Khamis, 31 Disember 2009

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Assalamualaikum
Kepada semua teman-teman diluar sana, terutama ahli qaryah Masjid Bukit Indah, dijangkakan sehari dua ini akan berlaku Gerhana Bulan. Maka pihak masjid akan menganjurkan Solat Sunat Gerhana Bulan. Untuk membimbing para jemaah mengerjakannya, maka di bawah ini dijelaskan kaifiatnya :
PERTAMA :
Dalil 1 :
Rasulullah “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
Cara Solat Gerhana
Dalil 2:
“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah)”. Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu”. (Hr Bukhari dan Muslim).
Ada beberapa cara mengerjakan solat gerhana pengamalan zaman Nabi Muhammad s.a.w.:
KEDUA : KAIFIAT/CARANYA
Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku’nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.
Solat gerhana dapat dikerjakan secara berjamaah. Sebaiknya setelah solat dilakukan khutbah seperti pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada hal-hal yang bermanfaat, seperti anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi munkar; dan jangan lupakan keterangan tentang gerhana itu sendiri.
Insya Allah, pemakluman akan disampaikan melalui Tuan Haji Ghani. Semoga para jemaah dapat menghidupkan serta menyerikan majlis ini.

Isnin, 28 Disember 2009

Jadual Kuliah Masjid Bukit Indah

JADUAL KULIAH MAGHRIB/SUBUH JANUARY 2010
JUMAAT 1 - Maghrib - Us Ridzuan Md Nor (Pendidik)
SABTU 2 - Maghrib - Us Khairul Anuar (Pendidik)
AHAD 3 - Subuh - Us Hadi Talha (Pendakwah Bebas)
- Maghrib - TABLIGH
ISNIN 4 - Maghrib - Us Rashdan (Nazir Masjid al Aman)
SELASA 5 - Maghrib - Us Husni Harun
RABU 6 - Maghrib - Us Hasrizal Jamil (Pakar Motivasi)
KHAMIS 7 - Maghrib - YASIN
JUMAAT 8 - Maghrib - Cadangan Untuk Forum
SABTU 9 Kosong
AHAD 10 - Subuh - Dr Yaakub
ISNIN 11 - Maghrib - Us Shamsul Hakim
SELASA 12 - Maghrib - Us Badrul Amin
RABU 13 - Maghrib - Dr Zawawi Ismail (Pensyarah Uni Malaya)
KHAMIS 14 - Maghrib - YASIN
JUMAAT 15 Kosong
SABTU 16 - Subuh - Us Zamri (Vice Pres Asian Finance)
- Us Shahril Azman (Mudir Ma'had Tahfiz, Jengka)
AHAD 17 - Subuh - Us Rahimi (Pensyarah UM)
- Maghrib - TABLIGH
ISNIN 18 - Maghrib - Us Fadlil Ismail (Pendidik)
SELASA 19 - Maghrib - Us Hanafiah Nawawi (Bank Rakyat)
RABU 20 Kosong
KHAMIS 21 - Maghrib - YASIN
JUMAAT 22 - Khutbah - Us Idris Ahmad (Pendakwah Bebas)
- Maghrib - Dr Rahmat (Pensyarah UIA)
SABTU 23 - Maghrib - Us Yusof Embong (Pendakwah Bebas)
AHAD 24 - Subuh - Us Shauki Othman (Pensyarah UPM)
ISNIN 25 - Maghrib - Us Shamsul Hakim (Pensyarah HUSM)
SELASA 26 - Maghrib - Us Nizammuddin
RABU 27 - Maghrib - Us Abdullah Man
KHAMIS 28 - Maghrib - YASIN
JUMAAT 29 Kosong
SABTU 30 Kosong
AHAD 31 Kosong

Rabu, 16 Disember 2009

Forum Hijrah

Salam sejahtera buat semua ahli kariah Masjid Bukit Indah.
MBI akan menganjurkan satu forum sempena Awal Muharram ini, atau lebih tepat lagi dinamakan Hijrah.
Tarikh : 18 Disember 2009
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tajuk : Kesan-kesan Hijrah
Ahli Panel : 1) Ustaz Raihan Abdul Aziz
(Nazir Masjid Bandar Baru Ampang / Pegawai BIMB Induk)
2) Ustaz Musa bin Baharudin (Pegawai Hal Ehwal Masjid PAID Kajang)
3) Moderator : Ustaz Shamsul Hakim (Pensyarah USIM)
Muslimin dan Muslimat di jemput hadir, bersama-sama memantapkan ilmu.

Sabtu, 28 November 2009

SOLAT HARI RAYA & KURBAN

Alhamdulillah, program Solat Sunat Hari Raya yang dilaksanakan di MBI telah berjaya mengumpul ramai jemaah yang terdiri dari ahli kariah Bukit Indah. Imam bertugas pada pagi itu yang juga khotib ialah Imam Zaki bin Yaakub (Imam 2).
Alhamdulillah juga di atas derma yang diberikan oleh ahli jemaah MBI sehinggakan kita berjaya mengumpulkan lebi dari 7 ribu. Terima kasih kepada semua. Saya juga ucapkan jazakumullah kepada semua ajk yang bertungkus lumus dalam melaksanakan program solat hari raya.

KURBAN AIDIL ADHA
Alhamdulillah, program sembelih lembu kurban yang berjumlah 16 ekor, ditambah lagi dengan seekor hadiah dari JAIS telah berjaya diselesaikan, mula dari 11.30 pagi, daging telah mula diagih-agihkan kepada ahli jemaah. Jazakallah kepada semua yang membantu menyembelih dan melapah serta membahagikan daging-daging qorban, juga kepada ajk masjid.
Terima kasih untuk semua ; Us Shukri Harun.

PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH BERJAYA...

Alhamdulillah.....puasa sunat yang MBI anjurkan pada 26/11/09 bersamaan 9 Zulhijjah, amat berjaya dilaksanakan. Keadaan ini berdasarkan kepada kehadiran ahli kariah ketika Majlis Berbuka Puasa petang tersebut.
Jazakumullah di atas segala kerjasama yang diberikan oleh semua ajk dan ahli kariah Masjid Bukit Indah. Insya Allah akan di adakan lagi majlis seperti ini di masa-masa akan datang.
Terima kasih : Dari Us Shukri Harun.

Rabu, 25 November 2009

Puasa Sunat Perdana 9 Zulhijjah

Assalamualaikum, kepada semua ahli kariah Masjid Bukit Indah
Insya' Allah esok bersamaan hari khamis 26hb November 2009 adalah merupakan hari di mana semua jemaah Haji akan melaksanakan rukun Haji yang paling penting iaitu Wukuf di padang Arafah. Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya :
"Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah"
(Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Para jemaah haji akan melakukan ibadah sampingan seperti solat sunat, berzikir ketika berada di padang Arafah. Tetapi apakah pula yang perlu dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkesempatan ke Mekah mengerjakan haji ini? Maka, jawapannya ialah berpuasa sunat pada 9 zulhijjah, sebagaimana hadis Rasulullah :
Daripada Hunaidah bin Khalid RA, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berkata: ‘Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah, pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi : Berpuasa pada hari-hari sepuluh Zulhijjah adalah sunat yang sangat digalakkan
Oleh itu teman-teman sekelian, marilah sama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah ini, agar ia menjadi suatu amalan yang menjadi budaya kepada ahli kariah Masjid Bukit Indah Insya Allah.....
SELAMAT BERPUASA SUNAT....JAMUAN BUKA PUASA DISEDIAKAN.
Saudaramu Dalam Islam : Us Shukri Harun.

Selasa, 24 November 2009

Penantian Kuliah Subuh

Assalamualaikum
Kepada semua ahli kariah yang menantikan kuliah subuh Us Shauki Osman dari UPM ahad baru-baru ni, saya mohon maaf, kerana Us Shauki tidak dapat datang kerana demam dan selsema. Insya Allah beliau akan datang pada ahad ke empat pada bulan Disember depan. Kesulitan amat dikesali.

Rabu, 21 Oktober 2009

Meeting AJK MBI

Salam sejahtera buat semua teman-teman dan ahli kariah yang masih memantau blog ini. Untuk makluman semua malam ini ajk akan bermesyuarat untuk pengurusan agm yang akan di adakan sabtu ini 24 Okt 09, dari jam 8.30 pagi. Semoga Allah meredhai serta memberkati sesiapapun yang sanggup menghabiskan masanya demi pengurusan rumah Allah ini.
SELAMAT BERMESYUARAT BAGI SEMUA AJK.
dari nazir.

Khamis, 15 Oktober 2009

Assalamualaikum kepada teman-teman yang terus memantau blog Masjid Bukit Indah ini. Agak lama jugak tidak up date blog ini, ini adalah kerana dah ada blog rasmi masjid iaitu (www.masjidbukitindahampang.com).
Buat makluman rakan-rakan ahli kariah semua, MBI telah memulakan program kuliahnya sejak awal Oktober lagi dengan pengkuliahnya Ustaz Hasrizal Jamil. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan penceramah/pengkuliah yang kita jemput sewaktu bulan Ramadhan dulu.
Semalam 14/10 Dr. Zawawi dari UM, beliau akan kekal berkuliah setiap rabu ke 2 dengan menggunakan kitab An Nawawi bertajuk "Al Azkar". Para jemaah yang berminat amat digalakkan membeli kitab tersebut. Atau mungkin pihak MBI akan membeli untuk para jemaah.
Jadual kuliah ini telah mula di tampal, Insya Allah jumaat ini akan diedarkan untuk rujukan para ahli kariah.
Semoga kita dapat menjadikan MBI sebagai "universiti rakyat" yang membekalkan ilmu yang bermanafaat untuk proses menjadi insan bertaqwa sepanjang masa dan ketika.
Harapan kami agar tuan-tuan semua dapat memberikan komitment untuk hadir ke majlis-majlis kuliah yang banyak manafaat ini.

Selasa, 15 September 2009

Alhamdulillah, semalam MBI telah dikunjungi oleh Syeikh Mohammad Siyam, Mantan Imam Masjdi Al Aqsa yang sekarang menetap di Yaman. Beliau tidak dibenarkan balik ke Palestin. Sambutan ahli kariah cukup membanggakan. Kutipan derma mencecah 9 ribu lebih, kutipan yang melambangkan keprihatian ahli kariah kepada perjuangan rakyat Palestin. JazakumuLLAH kepada semua ahli kariah yang begitu iltizam dengan nasib sesama Islam. Mudah mudahan Allah memberikan keberkatan kepada harta ahli kariah MBI semua. Allah juga akana menurunkana rahmah-Nya serta keredhaan-Nya kepada masyarakat yang melaksanakan tanggungjawab mereka seumpama menderma, firman Allah Ta'ala:
ومما رزقناهم ينفقون(dan apa yang Kami berikan kepada mereka, mereka infaqkan yakni sedekahkan - Surah al Baqarah ayat 3)
Saya begitu kagum dengan syeikh Siyam ini, beliau boleh khatam quran setiap 3 hari, sepanjang perjalanan beliau dari Kedah ke Kelantanpun beliau sempat khatam Al-Quran juga. ALLAHUAKBAR.....begitu sekali hebatnya amalan syeikh Siyam. Hidupnya sentiasa dengan mashaf Al-Quran. Itulah contoh alim yang mempraktikan ilmunya. Oleh itu, wahai teman-teman ahli kariah semua.....contohilah akhlak yang terpuji ini, hidup dengan Al-Quran, dan matipun dengan Al-Quran.

Sabtu, 12 September 2009

QIYAMULLAI & SAHUR DI MBI

Assalamualaikum
Semalam adalah malam ke 2 atau pagi ke 2, MBI melaksanakan Qiyamullai. Pihak ajk sebenarnya tidak menjangka kunjungan yang agak ramai dari ahli kariah. Pada malam pertama kita tempat makan sahur untuk 100 orang, ternyata tidak cukup. Malam kedua kita tambah untuk 200 orang, pun tidak cukup juga. Malam ini ahad agaknya kena tambah 50 lagi. Untuk tempah banyak, bimbang nanti membazir. Mungkin sehari dua ini cuti, itu yang menyebabkan orang ramai, atau memang ahli kariah MBI telah mampu untuk benar-benar menghayati ramadhan. Alhamdulillah....pihak ajk cukup rasa berterima kasih di atas sambutan yang diberikan. Kutipan derma malam-malam Ramadhan setakat ini bertambah seratus ringgit setiap malam. Jazakumullah kepada semua ahli karia.
UNTUK MAKLUMAN, PENTAZKIRAN MALAM INI 12 SEPT 09 IALAH UST RAHIMI SAAT DARI UNIVERSITI MALAYA. BELIAU MENGGANTIKAN UST NASRUDDIN TONTOWI YANG KENA KUARANTIN KERANA H1N1 (SEMOGA ALLAN SEMBUHKAN).

Selasa, 25 Ogos 2009

(Maksud ayat : Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar - surah al Baqarah ayat 7)
Buat peringatan kita semua, bahawa sesiapa yang berpaling dari peringatan-peringatan Allah dan Rasul-Nya, maka seluruh pancaindera yang dikurniakan Allah tidak memberi manafaat bagi mereka.
Ramadhan juga cuba mendidik insan beriman agar sentiasa menjaga pancaindera mereka, agar tidak melakukan perlanggaran hukum hakam. Apabila hati telah dikunci oleh Allah, tiada lagi sebarang hidayah yang akan masuk ke dalam hatinya meskipun hati itu mempunyai banyak pintu. Bagaimana mampu hidayah masuk sedangkan telinganya tertutup dengan kemas oleh penutup istimewa. Penutup yang menutup hidayah, tidak menutup kesesatan yang masuk ke dalamnya.
Malah yang paling teruk, orang yang membelakangi hidayah Allah ini mendapat azab api neraka di hari kiamat nanti.
Sekadar peringatan.

Khamis, 20 Ogos 2009

Senarai Pentazkirah Ramadhan

Assalamualaikum
Buat makluman semua jemaah Masjid Bukit Indah, di bawah dinyatakan senarai pentazkirah dari 21 hingga 24 Ogos.
1. 21/8 Jumaat Tazkirah dimulai oleh Nazir Masjid Bukit Indah. Tajuk ialah "Taqwa".
2. 22/8 Sabtu - Pentazkirah ialah ust Asmadi @ Zakaria, dengan tajuk "Kepimpinan Rasulullah".
2. 23/8 Ahad - Pentazkirah ialah ust Rahimi Saad, Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dengan tajuk "Mukmin Yang Tawadhu'".
3. 24/8 Isnin - Pentazkirah ialah Ust Taufiq Ismail, Pensyarah Universiti Islam Malaysia, tajuk bebas.

Tafsir Surah Yasiin Bersama Nazir


Assalamualaikum buat semua teman-teman ahli kariah Bukit Indah. Sesungguhnya surah yasin yang merupakan salah satu surah dari al-Quran adalah satu surah yang dikenali sebagai jantung ataupun hati al-Quran. Sabda Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam :
إن لكل شيء قلبا وقلبُ القرءان يس وَدَدْتُ أنها في قلبِ كُل إنسان من أمتي
(Bahawa sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada hatinya. Hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesungguhnya aku terlallu amat gembira jika surah ini berada di dalam hati setiap umatku (Riwayat At Termizi).
Selama ini kita membaca surah Yasin, kita betulkan segala hukum tajwidnya, akan tetapi kita tidak didedahkan akan maksud serta tafsiran surah ini. Terlalu banyak kisah dan pengajaran dari dalam surah Yasin ini.
Untuk tujuan mendedahkan isi kandungan surah Yasin ini, maka pada setiap hari khamis ke 3 setiap bulan, satu kelas tafsir Surah Yasin akan di adakan. Permulaannya ialah pada malam ini 20 Ogos 2009.
Kitab tafsir yang digunakan ialah karangan Ustaz Syahril Azman al-Hafiz. Pihak masjid telah menyediakan kitab tersebut. Semoga dengan program ini akan memberi sedikit peningkatan kepada ahli kariah yang sentiasa iltizam dengan solat berjemaah dan kuliah-kuliah di masjid Bukit Indah.

Selasa, 18 Ogos 2009

Mesyuarat Dengan MAIS


Assalamualaikum
Antara aktiviti pagi ini di Masjid Bukit Indah ialah mesyuarat dan lawatan tapak oleh Majlis Agama Islam Selangor. Turut hadis ialah wakil dari KPJ atau Klinik Wakaf An Nur. Selain itu, pihak kontraktor klinik iaitu Pembinaan Mohd Nazir turut sama hadir. Setakat ini pembinaan asas telah berjaya disiapkan. Jangkaan KPJ, klinik ini akan mula beroperasi sebelum musim haji tahun ini Insya Allah.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Aturcara Malam-malam Ramadhan


Assalamualaikum
Seluruh AJK Masjid Bukit Indah mengucapkan SELAMAT BERPUASA SERTA SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN. Buat makluman ahli kariah, aturcara malam-malam ramadhan adalah seperti berikut :
1. Solat Isya' - seperti biasa.
2. Tahlil arwah.
3. Solat Sunat Ba'diah (Isya')
4. Solat Terawih 8 rakaat.
5. Tazkirah Ramadhan.
6. Solat Witir.
7. Moreh.
8. Tadarrus al-Quran
9. Qiyamullai - dari malam ke 20 hingga malam ke 29 Ramadhan.

TAZKIRAH 5 MINIT SELEPAS SOLAT SUBUH
Insya' Allah setiap hari, imam yang bertugas akan menyampaikan satu tazkirah pendek selama 5 minit sebaik sahaja lepas solat subuh.

Aktiviti Semasa Di MBI

Assalamualaikum
1. Buat makluman semua ahli kariah Bukit Indah hari ini seramai 4 orang penender yang akan ditemuduga oleh ajk masjid. Temuduga ini bertujuan memilih pembekal makanan untuk buka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
2. Begitu juga hari ini, akan berlangsungnya mesyuarat ajk masjid, untuk melicinkan perjalanan masjid. Laman web masjid juga menjadi perkara utama perbincangan. Untuk makluman semua laman wab masjid telah didaftarkan dengan menggunakan alamat "www.masjidbukitindahampang.com", walau bagaimanapun ianya masih dalam pembinaan. Insya Allah seminggu dua lagi siaplah.
3. Tengah hari ini akan berlangsung majlis aqiqah keluarga al marhum Imam Shariff.
Sekian dimaklumkan.

Ceramah Di ambang Ramadhan


Assalamualaikum
Kepada semua ahli kariah Bukit Indah, pada 17 Ogos 2009 bersamaan Hari Isnin, Masjid Bukit Indah akan menganjurkan satu ceramah bertajuk "Amalan Rasulullah & Para Sahabat Sepanjang Ramadhan".
Penceramah undangan ialah USTAZ ZAMRI ZAINAL ABIDIN" pengacara terkenal Radio IKIM. Oleh dijemput semua warga Bukit indah untuk bersama-sama menambahkan ilmu dengan mengulangkaji hal-hal bulan Ramadhan. Sila panjang-panjangkan kepada rakan taulan serta ahli keluarga.

Merakam Rasa Terima kasih


Alhamdulillah....semalam (14/8/09) program solat hajat perdana anjuran BISA (Belia Islam Ampang) diadakan di Masjid Bukit Indah. Sambutan amat menggalakkan. YB Tuan Khasim Abdul Aziz turut hadir bagi memeriah majlis, beliau juga memberikan sedikit ucapan.
Program bermula sejak maghrib lagi dengan kuliah oleh Ustaz Ridhuan Md Nor yang menyentuh tentang puasa dan muda mudi sekarang.
Semoga anak-anak yang akan menempuh peperiksaan diberi Allah kekuatan untuk mematuhi perintah-perintah Allah, serta diberi kejayaan oleh Allah dalam peperiksaan mereka. Amin.

Khamis, 13 Ogos 2009

CERAMAH / KULIAH RAMADHAN 1430 HIJRIAH

Assalamualaikum.
Bersama ini dimaklumkan nama pentazkirah dan tajuknya sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak. Mudah-mudahan program Ramadhan tahun ini membekalkan ilmu secukupnya kepada semua ahli kariah Insya Allah:
BULAN OGOS 2009
Sabtu 22
Pentazkirah - Us Shukri Harun (Tajuk : Ramadhan secara umum)
Ahad 23
Kuliah Subuh - Dr Yaakub (Tajuk : Umum)
Pentazkirah - Us Idris Ahmad (Tajuk : Mukmin yang tawadhu')
Isnin 24
Selasa 25
Pentazkirah - Us Ismail Abas (Tajuk : Al-Quran menjana taqwa)
Rabu 26
Pentazkirah - Us Rashdan (Tajuk : Pangkat orang yang berilmu)
Khamis 27
Pentazkirah - Us Shauki Othman (Tajuk : Kesempurnaan Islam)
Jumaat 28
Pentazkirah - Us Ridhuan Md Nor (Tajuk : Menyelusuri sejarah puasa)
Sabtu 29
Pentazkirah - Us Shamsul Dari mana (Asas-asas Ilmu Fekah)
Ahad 30
Pentazkirah -Azhar Yahya (Tajuk : Kerinduan kepada syurga)
Isnin 31
Pentazkirah - Us Fadzil Ismail (Tajuk : Istiqamah dalam beribadah)
BULAN SEPTEMBER 2009
Selasa 1
Pentazkirah - Us Zul Shaari (Tajuk : Kesan Pemakanan Haram kepada Ibadah)
Rabu 2
Pentazkirah - Ustaz Asmadi (Tajuk - Rasulullah sebagai Pemimpin Madinah)
Khamis 3
Pentazkirah - Us Hamzah Ngah Tajuk : Kehebatan Al-Quran)
Jumaat 4
Pentazkirah - Dr Saufi (Tajuk : Hadis sebagai penguat al-Quran)
Sabtu 5
Ahad 6
Kuliah Subuh Ustaz Hadi Talhah
Pentazkirah - Us Safawi (Tajuk : Memori Jihad Melalui Perang Badar)
Isnin 7
Pentazkirah - Dr Zawawi(Tajuk : Sejarah Penurunan & Pengumpulan Al-Quran)
Selasa 8
Pentazkirah - Hj Ghazli Tabligh (Tajuk : Puasa ibadah perpaduan)
Rabu 9
Pentazkirah - Badrul Amin (Tajuk : Ramadhan suatu perjuangan)
Khamis 10
Pentazkirah - Us Hasrizal (Tajuk : Mukmin sebenar)
Jumaat 11
Pentazkirah - Dr Rahmat (Tajuk : Mukmin yang bersyukur)
Sabtu 12
Pentazkirah - Dato Khalid (Tajuk : Qiyamullai Ibadah Salafussoleh)
Ahad 13
Us Shamsul Us Nazri Mansor (Tajuk : UM Mukmin yang sabar)
Isnin 14
Tazkirah - Dr Zawawi Ismail (Tajuk : Ramadhan Bulan Sedekah)
Selasa 15
Rabu 16
Pentazkirah - Us Raihan (Tajuk : Penerusan ibadah selepas ramadhan)
Khamis 17
Tazkirah Ramadhan - Us Hasrizal (Tajuk : Perang Al-Ahzab Memori Pejuang Islam)
Jumaat 18
Pentazkirah - Us Nazri Chik (Tajuk : Gaya Menyambut Lebaran Menurut Islam)

Sabtu, 25 Julai 2009

Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan yang inginkan hadis yang saya nyatakan dalam shout mix, saya berikan untuk rujukan. Saya tidak akan membawa sesiapapun ke lembah kebinasaan dengan berhujjah dengan hadis yang dhaif, melainkan kalau sekadar menyatakan kelebihan atau hikmah.
Hadis dipetik dari Fathul Bari, Karangan ibnu Hajar Asqolani : وَبِهَذَا الْإِسْنَادِ ‏ ‏مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي وَإِنَّمَا الْإِمَامُ ‏ ‏جُنَّةٌ ‏ ‏يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَعَدَلَ فَإِنَّ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرًا وَإِنْ قَالَ بِغَيْرِهِ فَإِنَّ عَلَيْهِ مِنْهُ ‏
(Maksud : Sesiapa yang mentaatiku sesungguhnya ia taatkan Allah, sesiapa yang taat kan amir (ketua) sesungguhnya dia mentaatiku, sesiapa yang derhakakan amir (ketua) sesungguhnya menderhakaiku, sesungguhnya pemimpian itu perisai......
Sama-sama kita mempelajari hadis dan ilmu hadis, supaya lebih mantap ilmu dan seterusnya amalannya.

Khamis, 23 Julai 2009

Program Isra' & Mi'raj



Salam sejahtera buat semua ahli kariah Masjid Bukit Indah.....
Malam esok 24 Julai 2009, selepas maghrib jangan lupa Forum Isra' & Mi'raj bertajuk "Teladan Sepanjang Zaman dari Isra' wal mi'raj".
Ahli panel ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam) dan Ustaz Zamri Zainal Abidin (Mari Mengaji). Pada asalnya ialah Ust Zahazan, tetapi Ust Zahazan tidak dapat datang. Alhamdulillah dapat cari ganti dengan pertolongan Ust Zahazan yang tidak kurang terkenalnya, iaitu Us Zamri.
Sila datang beramai-ramai untuk majlis ilmu ini. "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang-orang beriman dari kalangan kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu dengan beberapa darjat".

Rabu, 22 Julai 2009

Mengenai Bacaan Al-Quran

Salam sejahtera buatsemua ahli kariah Bukit Indah
Firman Allah :
أفلا يتدبرون القرآن أم على قلوب أقفالُها
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Surah Muhammad ayat 24
Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap pembaca al-Quran mestilah memahami isi kandungan al-Quran, bukan sekadar membacanya. Mestilah mengetahui makna-makna dan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam ayat-ayatNya. Ia melibatkan hukum hakam yang melibatkan 500 ayat lebih. Juga melibatkan kisah-kisah yang menjadi contoh-contoh kepada manusia. Kisah-kisah yang berasaskan tauhid dan akhlak yang terpuji.
كتابٌ أنزلنا إليك مبارك ليدبروا آياته وليذكر أولوا الألباب29]
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar - سورة ص
Berdasarkan 2 ayat tadi, dapatlah difahami bahawa setiap pembaca al-Quran mestilah juga mengetahui akan maksud serta isi kandungan ayat, bukan sekadar membaca ayat-ayatnya dan membetulkan tajwidnya semata-mata, malah perlu mengetahui apa yang dikehendaki oleh ayat-ayat yang dibacanya. Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :
مَنْ جعلَ القرآنَ أمامَهُ قادَهُ إلى الجنةِ ومن جعلَهُ وراءَ ظَهرِهِ ساقَهُ إلى النار
(Sesiapa yang meenjadi al-Quran itu sebagai pemimpinnya nescaya ia akan memimpinnya ke syurga, sesiapa yang menjadikan al-Quran dibelakangnya nescaya ia akan memimpin ke neraka - rujukan dalam kitab wasiat agama dan nasihat Imam dalam bab Al Quran, kebanyakan hadis dalam kitab ini dinaqalkan dari kitab bahrul mazi)
Mudah-mudahan setiap guru yang mengajar al Quran dan juga pelajar-pelajarnya mempelajari al-Quran dengan memahami kehendak-kehendak ayat, jangan sampai nanti apa yang dibaca, mengenai kepala pembacanya sendiri, sedangkan pembaca tidak mengetahui al Quran sedang melaknatnya, sebab kerana pembacanya tidak mengetahui makna dan kehendak ayat.

Jumaat, 17 Julai 2009

Lujnah Masjid Bukit Indah

Assalamualaikum
Kepada semua ahli kariah, untuk makluman semua senarai lujnah-lujnah adalah seperti berikut :
1. Pengurusan & Pembangunan Masjid
Dato' Haji Mohamed Nazir bin Hj Meraslam - Ketua
2. Dakwah & Tarbiah
Ust Shukri bin Mohamed @ Harun - Ketua
3. Kemasyarakatan
Tuan Haji Ghazali bin Omar - Ketua
4. Ekonomi
Tuan Haji Wan Md Suhaimi bin Wan Sulaiman - Ketua
5. Sambutan, Keraian & Tugas-tugas Khas
Tuan Haji Ghani bin Sulaiman - Ketua
6. Pemuda
Saudara Muhammad Anas bin Haji Malek - Ketua
7. Nisa'
Puan Rofiah bt Zainal Abidin - Ketua
8. Keselamatan
Tuan Haji Mohd Anuar Md Yusof - Ketua
Insya' Allah pada hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga zohor akan di adakan satu brain storming di Masjid, program ini akan memperlihatkan betapa aktifnya lajnah-lajnah dalam membentang program lajnah serta perlaksanaannya. Semoga semua ajk diredhai Allah dan diberi bimbinganNya Insya ALLAH. Selamat berprogram.

Khamis, 16 Julai 2009

Bacaan Yassin & Tahlil


Assalamualaikum
Buat makluman semua ahli kariah Bukit Indah, terutama yang amat iltizam dengan bacaan yassin dan tahlil setiap malam jumaat. Satu pembaharuan cuba dibuat untuk meningkatkan ilmu dan penguasaannya. Maka pihak pegawai masjid telah bersetuju untuk mengadakan satu kuliah Tafsir Surah Yasin, masanya ialah pada salah satu khamis malam jumaat, pada permulaannya khamis ke 2, tetapi berkemungkinan ditukar ke khamis pertama. Insya Allah akan dimulakan pada bulan Ogos ini.
Kitab tafsir surah Yassin akan disediakan oleh pihak Masjid, namun begitu seandainya ada mana-mana pihak yang ingin beramal, maka pihak masjid menawarkan pakej pembelian buku "tafsir surah yassin & Sains" dengan harga lebih kurang RM10.00 sahaja. Pembelian ini akan melibatkan sejumlah 30 buah buku. Penyumbang boleh menyumbang sebuah atau lebih. Kaedah ini boleh menjimatkan belanja serta meratakan penglibatan ahli kariah dalam aktiviti masjid.
Ahli kariah yang ingin menyumbang sila berhubung dengan pihak pejabat masjid, jumpa kerani kita Saudara Zakaria dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Selasa, 14 Julai 2009

PA System Masjid


Pihak ajk telah menerima beberapa aduan mengenai sistem siaraya masjid. Untuk makluman semua ahli kariah, pada hari ahad yang lalu (10/7) kita memanggil sahabat kita yang pakar dalam siaraya ini. Hasilnya beliau telah berjaya mengatasi masalah bergaung dan bergema apabila siaraya digunakan.
Walaubagaimanapun, pemasangan secara kekal akan dilakukan beberapa waktu lagi. Banyak juga peruntukkan yang diperlukan, lebih kurang dalam RM20,000.00.
Oleh kerana memandangkan bajet ini besar juga, maka pihak ajk ingin menawarkan kepada ahli kariah yang mempunyai kelapangan harta untuk menyumbang bagi menampung pengubah suaian siaraya ini. Semoga Allah memberikan tambahan harta kepada sesiapa yang menderma.
Wajazakumullah khairan jaza'.

Kuliah Bulan Julai 2009

15 Julai 09 - Kuliah Maghrib
Ustaz Termizi Zakaria - Ustaz baru di MBI.
16 Julai 09 - Maghrib
Dikekalkan bacaan Yassin & Tahlil
17 Julai 09 - Kuliah Maghrib
Ustaz Idris Ahmad - Ustaz Baru di MBI
18 Julai 09 - Kuliah Maghrib
Ustaz Nizamuddin bin Zakarian - Ust lama yang dikekalkan.
**** Jangan lupa Forum Isra' & Mi'raj pada 24/7/09 oleh Us Hasrizal (Saifulislam.com) & Us Zahazan (Telaga Biru)

Isnin, 13 Julai 2009


Assalamualaikum
Insya Allah jumaat ini 17 Julai 09, Khatib jumaat kita ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau juga akan menyampaikan kuliah pendek sebelum jumaat. Agak lama juga saya cuba dapatkan tarikh dari Nazaruddin Pa Dato' tuan, alhamdulillah kali ini dapat. Dato' tuan merupakan tokoh yang tidak asing lagi di kalangan rakyat malaysia, kerana beliaulah antara ahli panel yang selalu dijemput dalam Program EHwal Islam dulu di RTM 1. Beliau adalah mantan pensyarah kanan UiTM Jengka.
Mempunyai keistimewaan ucapan yang lembut dan berkesan kepada hati. Perwatakan lembut dan seringkali senyum, mudah menolong orang pada bila-bila masa.
Semoga tiada apa halangan Insya Allah pada hari tersebut. Semua dijemput hadir untuk mendapatkan ilmu.

Jumaat, 10 Julai 2009

Program Ramadhan 1430 Hijriah

Kepada semua ahli kariah Bukit Indah
Sempena bulan Ramadhan tahun ini, terdapat beberapa perubahan dan pembaharuan yang akan dibuat oleh ajk Masjid, antaranya ialah :
1. SOLAT TERAWIH
Berdasarkan perbincangan dengan Pegawai-pegawai Masjid, solat terawih 8 dan 3 witir akan diperkenalkan di Masjid Bukit Indah sepanjang bulan ramadhan tahun ini.
Rasional :
a. Kajian dari tahun-tahun lepas, apabila imam masuk rakaat ke 9, maka 1 setengah saf sahaja yang tinggal.
b. Berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat nazir-nazir gombak bersama dengan Kodi Tuan Haji Daim, maka pihak Jais tidak mempunyai apa-apa halangan memberikan kebebasan kepada ajk masjid menentukan. Begitu juga tazkirah untuk bulan ramadhan, juga diserahkan kepada ajk masjid menentukan.
c. Majlis ilmu adalah salah satu kelebihan bulan ramadhan. Juga bulan ramadhan jemaah lebih ramai, maka tazkirah ramadhan akan diisi bagi menggantikan baki solat yang dikurangkan "Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :"menuntut ilmu adalah wajib/fardhu ain bagi setiap muslim".
d. Solat akan lebih tenang dan perlahan, serta imam dan makmum akan dapat menghayati ayat-ayat Quran yang dibaca oleh imam bertugas.
2. TAZKIRAH RAMADHAN WAKTU SUBUH
Tazkirah Qosirah (Pendek) akan diperkenalkan yang memakan masa sekitar 5 hingga 10 minit akan dibuat oleh imam bertugas setiap hari di bulan Ramadhan. Sukatannya akan dibuat, agar masa tidak melebihi dari apa yang dihadkan.
Semoga dua perubahan ini akan dilalui oleh jemaah dengan penuh rasa ukhuwwah dan rasa perhambaan diri kepada ALlah.

Rabu, 8 Julai 2009

PROGRAM ISRA' & MI'RAJ



Salam buat semua ahli qaryah Bukit Indah.
Insya' Allah satu Forum sempena Isra' & Mi'raj akan diadakan pada tarikh 24 Julai 2009, Hari Jumaat malam sabtu, selepas maghrib. Penceramahnya ialah Dr Zahazan (Pensyarah UIA - Pakar motivasi, pencermah IKIM) & Dr Hasrizal (pakar motivasi, mantan Imam Masjid Dublin). Semua dijemput hadir.

Ambillah peringatan

Alhamdulillah, berdasarkan shout mix banyak sahabat2 dan ahli qaryah yang ambil bahagian dalam memberi pandangan, walaupun ada yang membina dan tidak kurang pula yang memeng melepaskan geram. Mungkin inipun satu kebaikan kerana ajk akan tahu kedudukan kerja-kerja mereka sejak dilantik pada 1 jun.
Dalam ghairah memberi pandangan yang melayak seseorang, ingatlah saudaraku sekelian Allah menghitung dan mengira apa yang kita tulis, juga apa yang kita tuturkan. Ada yang menggunakan nama samaran untuk tujuan menghentam dan mengata, tidak mampu dan terlalu lemah untuk datang ke pejabat untuk menegur secara langsung. Jiwa begini adalah jiwa yang lemah, jiwa yang boleh menerima semua teguran adalah jiwa yang kuat serta berani.
Rasulullah mengatakan bahawa "...sambil baginda memegang lidah baginda, cukuplah apa yang dilakukan oleh lidah ini membinasakan semua amalan kamu!"
Cubalah gambarkan disebabkan lidah kita, semua solat, zakat, puasa dan lain-lain ditolak oleh Allah sebagaimana dalam hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Termizi, dek kerana lidah dan lisan yang mengata dan mengumpat yang tidak benar, dan dengan tujuan memuaskan hawa nafsu masing-masing.
semoga Allah memberi kekuatan kepada sesiapa yang menolong agama Allah dan memberikan keinsafan dan kesedaran kepada sesiapa yang sentiasa melihat menerusi sudut masalah. Allahu Akbar, walillahilham.

Isnin, 6 Julai 2009

Kuliah & Ceramah Masjid Bukit Indah

Julai 2009
Bermula 10 Julai ini, semua majlis kuliah dan ceramah akan ditangguhkan untuk urusan kemaskini. Walau bagaimanapun ada beberapa ustaz yang tidak ditangguhkan seperti ustaz Shamsul. Untuk mengisi kekosongan selama tempoh kemas kini ini, kita akan bawa ustaz-ustaz yang tidak tetap, seperti Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Ridhuan Md Nor dan Ustaz Fadhli Ismail (Akan dimaklumkan dari masa ke semasa)
Untuk makluman semua ahli karyah, ustaz2 lama akan cuba dikekalkan Insya' Allah. Kita akan cuba berikan majlis ilmu yang berkesan kepada ahli karyah.
Jangan lupa program Isra' & Mi'raj pada 24 Julai ini oleh Us Zahazan & Us Hasrizal.

Aktiviti Luar & Dalam Masjid Bukit Indah

1) Satu mesyuarat nazir-nazir daerah gombak kali I akan diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah, Gombak, Taman Keramat, bermula jam 9.30 pagi pada hari Selasa 7 Julai 2009.
2) Taklimat program Musabaqah hadis di mdi dari jam 9.30 mlm, pada 6 julai 09.
3) Mesyuarat Lajnah Pemuda mdi di blk mesyuarat mdi, dari jam 9.30 mlam pd 6 julai.

Cadangan Untuk Kelancaran Masjid Kita

Assalamualaikum
Buat semua rakan-rakan ahli kariah Bukit Indah dan sekitarnya, saya berharap agar semua yang sudi, sudi-sudilah kiranya memberi cadangan atau teguran di atas pengurusan Masjid Bukit Indah. Seorang ahli kariah kita yang menggunakan nama samaran "ma'mun subuh" telah memberikan beberapa cadangan, saya rasa cadangan ini amat baik dan boleh dilaksanakan, malah ada dua atau tiga daripadanya sedang diusahakan. Cadangan beliau ialah :
1. Mengadakan kuliah penden sebelum solat jumaat;
2. Menyuruh mak'mum berada hampir dengan pemberi kuliah, rapat dengan meja pengkuliah.
3. Kaji balik imbuhan dan elaun yang diberikan kepada petugas masjid (telah dilaksanakan pada bulan elaun/imbuhan bulan jun baru-baru ini)
4. Mengadakan program/aktiviti yang boleh mengeratkan tali silaturrahim antara ahli kariah.
5. Mengadakan kursus dan seminar berkenaan Kfahaman Islam terbuka kepada semua ahli kariah. Cth: kursus sehari mengurus jenazah, kursus qiraatul quran futsal, bola tampar. ini bagi mendekatkan masyarat dgn Masjid
6. Mengadakan majlis seperti berkhatan beramai2, solat hajat utk peperiksaan, kem motivasi pelajar, sambutan maal hijrah, maulidurrasul, korban seminar kepenggunaan Islam, Kewangan Islam, pengurusan kewangan peribadi, kursus memasak, membuat kek dll. Terbuka kpd umum juga sekitar ampang1, Sukan: Bola tampar, bola sepak, badminton, bowling, bola jaring dll. Mungkin tapak parking masjid blh dibuat gelanggangnya.
7. Mengadakan stiker cthnye "I love Masjid Bukit Indah", apa2 yang dpt menyatukan hati kita. lekat di kereta, mudah2an lekat di hati.
8. Adakan Buletin Masjid Bkt Indah. Sbgai pelengkap kpd blog ini. Juga dpt generate pendapatan masjid dgn ruangan iklan. Edaran utk 2 minggu sekali.
9. Mengubah kedudukan penceramah dgn meletakkannya di tengah masjid, bukan di saf imam spt sekarang. Rasionalnya, mengubah citarasa.
10. Menggalakkan penceramah/ khutbah dengan menggunakan slide (LCD) powerpoint.
11. Memanfaatkan pemidang iklan di pagar masjid bagi mempromosi aktiviti masjid dan pengiklanan produk2 muslim (juga sebagai sumber pendapatan masjid)
12. Mengadakan gotong royong membersihkan masjid/ gotong royong amal masjid di sekitar Bukit Indah bagi merapatkan warga kariah di samping berdakwah dan menonjolkan kesatuan umat Islam di mata non-Muslim.
Inilah 12 cadangan yang dinyatakan dalam shout mix oleh sahabat ahli kariah kita yang berwawasan serta mempunyai pemikiran yang positif, terima kasih banyak-banyak, saya kira ramai ajk kita yang sedang dan akan melihat seluruh cadangan ini. Kita akan bincang dalam meeting terdekat ini insya Allah.

Jumaat, 3 Julai 2009

Program-program di Masjid

Assalamualaikum
Untuk makluman semua ahli qaryah, di nyatakan beberapa aktiviti yang berlaku di Masjid kita sehari dua ini :
1. 1 Julai 09 Mesyuarat ahli jawatankuasa Masjid dari 8.00 malam hingga 12.00 malam.
2. 2 Julai 09 Mesyuarat petugas-petugas masjid.
3. 4 Julai 09 Nazir di jempat dalam seminar zakat di Masjid al Khairiah, Gombak
4. 5 Julai 09 Mesyuarat pengisytiharan ajk kecil Lajnah nisa' Masjid.
5. 10 Julai 09 - Khatib jemputan ialah Ust Nik Zawawi Nik Salleh dari Besut, Terengganu.
6. 14 Julai 09 Konvensyen rumahtangga di Jais. Akan dihadiri oleh Imam 1 Us Md Arif.
7. 24 - 27 Julai 09 Kursus Pengendalian Masjid, akan dihadiri oleh Nazir.
8. 5 Ogos 09 Kuliah Maghrib oleh Ust Badrul Amin.

Ahad, 28 Jun 2009

Beberapa perubahan yang telah dibuat oleh ajk baru

Salam untuk semua
Sejak ajk baru mentadbir Masjid Bukit Indah, perubahan yang paling ketara yang dilakukan ialah menaikkan gaji dan elaum petugas masjid. Sejak 4 hingga 5 tahun imam tidak pernah dinaikkan gaji dan elaunnya. Alhamdulillah dalam mesyuarat ke 2 ajk baru, setiap imam tinggal di luar diberikan elaun perumahan sebanyak RM300.00. Selain itu, gaji petugas masjid yang terdiri dari imam, bilal dan siak telah dinaikkan bermula akhir jun ini.
Masjid juga sedang merancang pengajian ilmu yang lebih berkesan dan bersistem. Insya ALLAH, semua sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid. Bantulah kami dalam mentadbir masjid ini demi kerana Allah. Teguran membina diperlukan. Sekian terima kasih.

Konvensyen Pengurusan Masjid

Assalamualaikum
Kepada semua ahli qaryah Bukit Indah
Hari semalam 27 Jun dan hari ini 28 Jun, 2 program yang telah dibuat oleh pihak Masjlid Agama Islam seeelangor. Harii pertama Masjid kita diwaakili oleh Setiausaha, Bendahari dan Imam I. Manakala hari ke dua iaitu, 28 Jun dihadiri sendiri oleh Nazir.
Pembentangan pertama oleh seorang pakar pendidik iaitu Dr Siddiq Baba. Aktivis da'wah yang rajin berceramah dan menulis. Dr Siddiq Baba mengajar semua pengurus masjid berusaha untuk mengakhtifkan masjid. Wujudkan halaqah ilmu di masjid-masjid. Beliau juga menyebutkan contoh masjid Nabawi, wujudnya golongan ahlusuffah, golongan ini adalah golongan berilmu. Peranan masjid dengan da'wah ia berhubung kait. Beliau membaca ayat quran yang mafhumnya "mestilah ada orang yang berjuang dan mengajar kepada Islam", juga beliau menyebut tentang uslub da'wah, firman Allah :
ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
(Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah, contoh yang terbaik dan jika berdebat, berdebatlah dengan cara paling baik)
Dr Siddiq juga mengatakan, kita hanya berda'wah, tetapi yang memberi hidayah ialah Allah. Inilah antara intisari ucapan Dr Siddiq Baba. Sebelah petang pembentangan Us Zahazan pula. Sekadar ini dulu.......(disediakan oleh Us Shukri Harun)

Jumaat, 26 Jun 2009

Tazkirah Jumaah Masjid Bukit Indah

وعن معاذ رضي الله عنه قال : قلتُ يا رسول الله : أخبِرنِي بعملٍ يُدخِلُنِي الجنةَ ويُباعِدُنِي منَ
النارٍ؟ قال : لقد سألتَ عن عظيمٍ وإنهُ لَيَسِيرٌ على مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تعالى عليه : تَعبُدُ الله لا تُشرِكَ به شيئاً وتُقيمُ الصلاةَ وتُؤتِيَ الزكاةَ وتصومَ رَمَضانَ وتَحُجَّ البيتَ إنِ استطَعتَ إليه سبيلا
ثم قال : ألا أَدُلُكَ على أبوابِ الخيرِ؟ الصومُ جنةٌ والصدقةُ تُطْفئُ الخطيئةَ كما يُطفئُ المآءُ النارَ وصلاةُ الرجلِ من جوفِ الليل ثم تلا : تتجافي جنوبهم عن المضاجع حتى بلغَ يعمَلون,
ثم قال : ألا أُخْبِرُكم برأس الأمرِ وعَمُودُهُ وذِروَةِ سِنَاْمِهِ (كمونجق)؟ قلتُ بلى يا رسول الله. قال : رأسُ الأمر الاسلام وعَمُودُهُ الصلاة وذِروَةُ سِنَاْمِهِ الجهاد,
ثم قال ك ألا أُخبرُك بهلاكِ ذلك كُلِّهِ؟ قلتُ بلى يا رسول الله, فأخذبلسانِهِ قال : كُفٍّ عليك هذا قلتُ يا رسول الله وإنا لَمُؤَاخّذّون بِما نتَكَلَّمُ به؟ فقال : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ وهل يَكُبُّ الناسَ في النارِ على وُجُهوهِهِم إلاَّ حَصائِدُ ألْسِنَتِهِم

Terjemahannya :
Dari Ma'az rodhiyALLAH 'anhu, katanya "Aku kata kepada Rasulullah, wahai Rasulullah, beritahulah amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka. Nabi menjawab, kamu bertanya tentang perkara yang besar.

(inilah hadis yang disampaikan oleh Nazir dalam tazkirah jumaah tadi, tak sempat nak terjemah. Nanti malam sambung balik Insya Allah)

Isnin, 22 Jun 2009

KHUTBAH YB DATO' HASSAN ALI EXCO AGAMA


Assalamualaikum
Buat makluman semua ahli qariah Bukit Indah, pada hari jumaat ini bersamaan 26 Jun 2009, khatib Jumaat ialah Yb Dato' Haji Hassan Ali, Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Inilah julung-julung kalinya YB Dato' datang berkhutbah di Masjid Bukit Indah sempena pertukaran ke ajk baru.
Kita semua mengenali YB Dato', dan mengetahui beliau amat berkemampuan dalam berpidato, semoga khutbah ini akan memberi kesan yang besar kepada para jemaah Insya Allah.
Semoga ajk baru diharapkan dapat hadir dan beramah mesra dengan YB Dato' Insya Allah selepas solat jumaat.

Khamis, 18 Jun 2009

MASJID BERASASKAN TAQWA KEPADA ALLAH



Assalamualaikum
Setiap jawatankuasa masjid perlu sedar bahawa, apabila jawatan diberikan kepada seseorang khususnya berkaitan dengan masjid, maka perlu diingati bahawa masjid adalah juga dikenali dengan rumah Allah, setiap ajk mesti ingat bahawa mereka menjadi ajk rumah Allah. Maka berwaspadalah agar tuntutan jawatan atau tanggungjawab terhadap jawatan itu amatlah besar dan penting. Firman Allah Ta'ala dalam surah An Nisa' ayat 58:
إن الله يأمرُكم أن تؤدوا الأماناتِ إلى إهلهاوإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إن الله كان سميعا بصيرا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Setiap jawatan juga bermaksud amanah yang diberikan Allah, bukannya jawatan ini bertujuan untuk bersuka-suka, ataupun bukannya untuk dijadikan sebagai cara mendapatkan nama atau kebendaan, tetapi merupakan suatu tanggungjawab yang akan di pertanggungjawabkan oleh Allah di padang mahsyar nanti.
Masjid adalah instusi yang mesti diasaskan dengan ketaqwaan, sebagaimana Masjid Quba' yang telah dipuji oleh Allah dalam ayat 108 surah At-Taubah:
لمسجدٌ أُسِّسَ على التقوى من أولِ يومٍ أحقُّ أن تقومَ فيه فيه رجال يحبون أن يتظهروا واللهُ يحب المطهرين
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Bagi menjadikan sesuatu masjid itu berasaskan taqwa, maka setiap ahli jawatankuasanya harus turut bertaqwa, kerana tidak mungkin masjid akan diasaskan dengan taqwa jika ajknya tidak bertaqwa. Setiap pengurusan masjid mesti berusaha menjadikan setiap jemaah yang hadir turut sama bertaqwa. Untuk tujuan tersebut, maka seluruh program yang dilaksanakan mestilah berorientasikan taqwa. Inilah yang telah dilakukan oleh baginda sollahu 'alaihi wasallam di Masjid Quba dan masjid Nabawi.
Mudah mudahan masjid Bukit Indah akan diasaskan dengan ketaqwaan kepada Allah, bukannya diasaskan oleh kepentingan diri, dan bukan juga di asaskan oleh kepentingan pangkat dan jawatan.
Semoga Allah merahmati kita, serta memberikan pertolongan kepada ajk baru yang dilantik untuk memenuhi asas taqwa yang dianjurkan dalam ayat tadi. Sekian terima kasih.

Pengumuman Ajk Baru

Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 18 Jun 2009 jam lebih kurang 8.30 malam, satu pengumuman jawatankuasa baru Masjid Bukit Indah telah dilakukan oleh Nazir Masjid. Semua senarai ajk masjid yang terdiri dari Pegawai Masjid dan jawatankuasa kariah telah diumumkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapan kita agar semua ajk yang dilantik menerima perlantikan ini dengan redha serta berusaha untuk menunaikan amanah sedaya mungkin. Rasulullah pernah menyebut dalam sabdanya :
كُلُّكُم راعٍ ووكلكم مسؤول عن رعيته
"Semua kamu adalah pemimpin, semua kamu akan ditanya di atas apa yang dipimpinnya"
Semoga Allah memimpin kita semua sebagai ajk rumah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya, amin.

Jawatankuasa Baru Masjid Bukit Indah

Assalamualaikum
Kepada semua penduduk atau ahli qariah Masjid Bukit Indah, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui suratnya kepada pihak Masjid Bukit Indah bertarikh 27 Mei 2009 dengan nombor rujukan Bil (24) MAIS/PENGERUSI/011/1 telah menyenaraikan dua bentuk struktur organisasi Masjid Bukit Indah, iaitu yang pertama ialah "PEGAWAI MASJID" dan yang kedua "JAWATANKUASA KARIAH".
Perlantikan ini berdasarkan KAEDAH 6 (1), KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001 "Setiap Masjid hendaklah ditadbirkan oleh Pegawai Masjid dan suatu Jawatankuasa Kariah yang terdiri daripada :
PEGAWAI MASJID
1) Shukri bin Mohamed @ Harun - Nazir
2) Mohammad Arif bin Abdullah - Imam I
3) Saime bin Awang - Imam II
4) Mohd Zaki bin Yaacob - Imam III
5) Haji Baharudin bin Hamzah - Bilal I
6) Mohamed @ Hussin bin A Manap - Bilal II
7) Ab Aziz bin Mohd Isa - Siak I
8) Haji Yusoff bin Desa - Siak II

JAWATANKUASA KARIAH
1) Dato' Hj. Mohamed Nazir bin Meraslam - Timbalan Nazir
2) Mohmad Nazari bin Rahman - Setiausaha
3) Rosman bin Ismail - Penolong Setiausaha
4) Izzuddin bin Idris - Bendahari
5) Haji Mohd Nor @ Ghazali bin Omar - Ahli Jawatankuasa
6) Wan Md Suhaimi bin Wan Sulaiman - Ahli Jawatankuasa
7) Abd Ghani bin Sulaiman - Ahli Jawatankuasa
8) Abd Ghani bin Sulaiman - AHli Jawatankuasa
9) Mohd Anuar bin Mohd Yusof - Ahli Jawatankuasa
10) Rosli bin Abd Ghani - Ahli Jawatankuasa
11) Muhhammad Anas bin Haji Malek - Wakil Pemuda
12) Rofiah bt Zainal Abidin - Wakil Wanita
13) Abd Aziz bin Atan - Pemeriksa Kira-kira I
14) Ab Halim Hilmi bin Suib - Pemeriksa Kira-kira II
Perlantikan ini telah dibuat dengna resminya oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.
Seluruh jawatankuasa yang disebutkan di atas berkuat kuasa dari 1 Jun 2009 hingga, dan berakhir hingga tahun 2012.
Insya' Allah satu mesyuarat akan diadakan pada malam ini 18 Jun 2009 untuk membincangkan pengurusan Masjid Bukit Indah. Kelewatan ini kerana Nazir Us Shukri ke Mekah selama dua (2) minggu.
Semoga seluruh ahli qaryah Bukti Indah menolong membantu serta menyertai sama dalam mengimarahkan masjid, serta sentiasa bersedia untuk datang ke masjid sebagai suatu tuntutan Islam kepada setiap ahli qaryah.
Sekian terima kasih.
Dari : Nazir.