Jumaat, 17 Disember 2010

Kuliah-kuliah Bulan Disember 2010

17/12/2010, Jumaat (11 Muharram) - Kuliah Maghrib Us Ismail Abbas (Pendakwah Bebas), Tafsir.
18/12/2010, Sabtu (12 Muharram) - Kuliah Subuh Us. Zamiri Abd Rasak (Asia Finance), Muamalat.
Kuliah Maghrib Us Shahril Azman al Hafiz, Tafsir Surah al Fatihah
19/12/2010, Ahad (13 Muharram) - Kuliah Subuh Us Rahimi Saat (Universiti Malaya).
Kuliah Maghrib Jemaah Tabligh.
20/12/2010, Isnin (14 Muharram) - Us Fadhli Ismail, Tafsir Juzuk ke 30
21/12/2010, Selasa (15 Muharram)- Us Hanafiah Nawawi (Bank Rakyat), Hadis.
22/12, Rabu (16 Muharram) - Us Abdullah Man
23/12, Khamis (17 Muharram) - Tahlil & Yasin.
24/12, Jumaat (18 Muharram) - Dr Rahmat UIA.
25/12, Sabtu (19 Muharram) - Kuliah Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman (Pegawai Zakat), Maghrib Kosong.
26/12, Ahad (20 Muharram) - Kosong
27/12, Isnin (21 Muharram) - Us Shamsul Hakim USIM, Fekah.
28/12, Selasa (22 Muharram) - Us Nizamuddin USIM, Hadis.
29/12, Rabu (23 Muharram) - Dr Badul Amin - Penceramah Jemputan.
30/12, Khamis (24 Muharram) - Yasin & Tahlil
31/12, Jumaat (25 Muharram) - Us Tarmizi Abd Rahman.

Khamis, 9 Disember 2010

PUASA 10 MUHARRAM

Saudara sekelian.....tidak berapa lama lagi kita akan melalui 10 Muharram, oleh itu satu ibadah yang sinonim dengannya ialah puasa. Nabi pernah bersabda:
يوم عاشوراء إن شاء صام
Yang bermaksud: " Pada Hari A'syura sekiranya kamu hendak berpuasa, berpuasalah".
Dan hadis daripada ummu al-mukminin Aisyah RA telah berkata:
كان يوم عاشوراء تصومه قريش في الجاهلية, وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية , فلما قدم المدينة صامه وأمر بصيامه , فلما فرض رمضان ترك يوم عاشوراء , فمن شاء صامه ومن شاء تركه
Yang bermaksud:
"Masyarakat jahiliah pada ketika dahulu telah berpuasa pada hari a'syura, dan begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW juga pernah berpuasa pada hari tersebut, ketika mana nabi Muhammad SAW tiba di Madinah nabi Muhammad SAW juga telah berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan agar para sahabat juga berpuasa, dan apabila diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi Muhammad telah meninggalkan puasa pada hari a'syura, maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang ingin meninggalkannya maka tinggalkanlah."
Ramai juga Ulama yang bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara yang berlaku pada 10 Muharram ini, antaranya ialah, tentang pengampunan Allah terhadap kesilapan Nabi Adam dan Hawa memakan buah larangan. Kapal Nabi Nuh alahissalam berlabuh di Bukit Judi, Nabi Yunus dimuntahkan oleh Ikan Nun di tepi pantai, diciptakan dunia pada hari 10 asyura'.
Semoga insan yang sedar jiwanya, melihat semuanya ini sebagai suatu suntikan perjuangan dan motivasi diri ke arah lebih baik dan cemerlang.
SELAMAT BERPUASA.

Ucapan Tahniah

Alhamdulillah, pada hari Ahad 5/12 yang lalu Masjid Bukit Indah telah berjaya melaksanakan PROGRAM KHATAN PERDANA kali pertama dalam sejarah pembinaannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, sebagaimana dirancang.
Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli Jawatankuasai MBI, Badan Amal Kami Prihatian (BKP), Pusat Perubatan Ibnu Sina dan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Lembah Jaya, yang telah bertungkus lumus menjayakan program besar ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kerja-kerja saudara-saudara sekelian.
Semoga Allah merahmati serta memberikan keredhaan-Nya kepada sesiapa sahaja yang bersedia membantu dan menolong agama Allah ini.
TAHNIAH DIUCAPKAN.

Selasa, 23 November 2010

AKTIVITI ILMU MASJID BUKIT INDAH BULAN DIS 2010

Assalamualaikum wrmt wbrkt, kepada semua teman-teman ahli Qariah Masjid Bukit Indah. Pihak AJK MBI mengucapkan kepada pelajar-pelajar SELAMAT BERCUTI, gunakan masa cuti ini dengan sesuatu yang berfaedah serta memberi manafaat kepada agama, keluarga dan diri. Pihak AJK MBI mencadangkan aktiviti Ilmi di Masjid Bukit Indah untuk sebahagian dari cara mengisi masa cuti sekolah tahun ini.
MINGGU PERTAMA
1/12 (24 Zulhijjah) Rabu, Us Hasrizal Jamil (Pakar Motivasi) www.saifulislam.com
2/12 (25 Zulhijjah) Khamis, Bacaan Yasin & Tahlil oleh imam bertugas.
3/12 (26 Zulhijjah) Jumaat, Tayangan Filem 'Anak Derhaka" oleh Pemuda Masjid dengan kerjasama BISA Ampang.
4/12 (27 Zulhijjah) Sabtu, Us Khairul Anuar, Pensyarah Ilmu Khas, Topik - Kematian.
5/12 (28 ZUlhijjah) Ahad, Kuliah Subuh oleh Us Hadi Talhah, Mula jam 8.30 pagi program KHATAN PERDANA anjuran AJK MBI.
6/12 (29 Zulhijjah) Isnin, Us Rahdan Nazir Masjid al Amin Lembah Jaya.
DOA AKHIR & AWAL TAHUN
Imam bertugas akan mengetuai bacaan doa AKhir Tahun & Awal Tahun. Manakala ceramah pada malam ini, adalah berkenaan dengan Hijrah Rasulullah ke Madinah, oleh Us Rasydan.
7/12 (1 Muharram),Selasa - Kuliah Subuh oleh Us Asmadi, Kuliah Maghrib - Us Husni Harun
8/12 (2 Muharram), Rabu - Dr Zawawi Ismail UM - Al Azkar An Nawwawi
9/12 (3 Muharram), Khamis - Yasin & Tahlil
10/12 (4 Muharram), Jumaat - Kosong
11/12 (5 Muharram), Sabtu - Subuh Us Ridhuan, Maghrib - Kosong.
12/12 (6 Muharram), Ahad - Subuh Dr Yaakob UIA, Maghrib - Us Syarhan Humaizi PAID GOmbak.
13/12 (7 Muharram), Isnin - Us Shamsul Hakim - Fekah.
FORUM HIJRAH
14/12 8 Muharam) Selasa, Cadangan Forum Maal Hijrah oleh Us Ridhuan Md Nor & Us Azman Syafawi, Moderator oleh Ust Husni Harun.
Minggu pertama bulan Disember banyak program di Masjid Bukit Indah, penglibatan semua ahli Qariah amatlah dialu-alukan. Semoga ALLAH memberi ganjaran kepada semua mereka yang menyumbang untuk memajukan Islam serta menyebarkannya ke seluruh alam.

Isnin, 22 November 2010

KHATAN PERDANA MASJID BUKIT INDAH

MASJID BUKIT INDAH menganjurkan KHATAN PERDANA pada masa dan tarikh berikut :
HARI : AHAD
TARIKH : 5 DISEMBER 2010
MASA : DARI 8.00 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT : MASJID BUKIT INDAH (KLINIK WAKAF AN NUR)
BAYARAN : RM50.00
Setakat ini telah 28 orang peserta telah mendaftar, had bilangan peserta ialah 40 orang sahaja.
Semua ahli qariah Masjid Bukit Indah dialu-alukan mendaftara.

Selasa, 16 November 2010

PUASA 9 ZULHIJJAH - HARI ARAFAH

Assalamualaikum...kepada semua ahli kariah Masjid Bukit Indah, Hari ini 16 Nov 2010, Masjid Bukit Indah menganjurkan puasa sempena 9 Zulhijjah iaitu hari wuquf di Padang Arafah. Sehubungan dengan itu, satu IFTHOR PERDANA akan diadakan pada petang ini, semua muslimin dan muslimat di jemput hadir. Semoga ALLAH memberikan keselematan buat semua jemaah Haji kita di Tanah Suci, dan semoga mereka diberikan keberkatan serta rahmat. (dari : Nazir)

Ahad, 24 Oktober 2010

KULIAH UNTUK MINGGU TERAKHIR OKTOBER 2010


24 Okt 2010 (K Maghrib)
Us Mohd Jaffaruddin Md Ali.
25 Okt 2010 (K Maghrib)
Us Shamsul Hakim (Fekah)
26 Okt 2010
Us Nizamuddin (Riyadhussolhin)
27 Okt 2010
Us Abdullah Man
28 Okt 2010 - Yasin & Tahlil
29 Okt 2010 (K Maghrib)
Us Nazeri Mustafa Imam 1 Masjid Taman Kosas
30 Okt 2010 (K Subuh)
Us Khalil Abdul Hadi Awang
K Maghrib
Us Halizal Alias
31 Okt 2010
Qiyamullai & K Subuh
Us Badul Amin.
K Maghrib
Us Saufiyuddin

Ahad, 10 Oktober 2010

QIYAMULLAI BERSAMA US BADRUL AMIN

Assalamualaikum......
Insya' ALLAH pada hari Ahad 31 Okt 2010 bermula pukul 4.00 pagi, satu program Qiyamullail dan Kuliah Subuh akan diadakan di Masjid Bukit Indah....Semoga Allah menerima segala ibadat yang kita lakukan. Dijemput semua datang.

Hukum Azan dan qamat.

Assalamualaikum
Kepada teman-teman dan rakan-rakan ahli qariah, dah beberapa kali isu azan ini dikemukakan. Dengan segala penghormatan kepada saudara/i yang mencadangkan agar azan isya' terus dikumandangkan meskipun ada pengajian.
Sebenarnya memang kita pihak masjid akan tetap azan isya', tetapi jikalau pihak ustaz yang mengajar ketika itu, tidak memberi laluan, kerana sedang asyik mengemukakan hujjah-hujjahnya, maka untuk teruskan azan adalah agar sukar. Bilal yang bertugas perlu memaklumkan tentang masuk waktu....itulah yang agak sukar.
Oleh itu berdasarkan beberapa pandangan ulama, sebagaimana di bawah, maka saya simpulkan bahawa azan hukumnya sunat bukan wajib. Sunat pula, sunat kifa'i....maksudnya, jika ada surau atau masjid lain yang telah azan sebagai memberitahu telah masuk waktu solat, maka telah dikira memadai.
Jadi, oleh kerana di sekeliling masjid amat banyak surau-surau dan masjid-masjid yang telah mengumandangkan azan..maka telah memenuhi tuntutan sunat kifa'i.
Al Marhum Dato' Haji Baharum juga pernah ditanya tentang azan isya' ini ketika beliau sedang mengajar di Masjid al I'tisam, Batu 3....beliau menjelaskan bahawa azan itu sunat kifa'i manakala kuliah/majlis ilmu adalah wajib, maka tidak mungkin yang sunat boleh didahului.
"Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.
Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya".

Walau bagaimanapun, pihak ajk akan terus melaksanakan azan solat isya' ini jika keadaan mengizinkan, sebagaimana dinyatakan di atas. Semoga perkara ini dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara yang baik Insya ALLAH.

PROGRAM MERAIKAN JEMAAH HAJI 2010


Insya ALLAH pada hari ini 10 Oktober 2010 pukul 10.00 pagi, satu majlis meraikan para jemaah haji dari kalangan ahli Qariah Masjid Bukit Indah akan diadakan di dewan Masjid Bukit Indah. Semua ahli Qariah yang berkelapangan masa dijemput sama untuk memeriahkan majlis ini.

Selasa, 28 September 2010

JADUAL KULIAH OKTOBER 2010

MINGGU KE 1
1/10 Jumaat - Kuliah Maghrib : Us Ridhuan Md Nor
2/10 Sabtu - Kuliah Subuh : Us Idris Ahmad / Kuliah Maghrib : Us Khairul Anuar
3/10 Ahad - Kuliah Subuh : Us Hadi Talhah / Kuliah Maghrib : Jemaah Tabligh
4/10 Isnin - Kuliah Maghrib : Us Rashdan
5/10 Selasa - Kuliah Maghrib : Us Husni Harun
6/10 Rabu - Kuliah Maghrib : Us Us Hasrizal Jamil
7/10 Khamis - Kuliah Maghrib : Yasin & Tahlil
MINGGU KE 2
8/10 Jumaat - Kuliah Maghrib : Kosong
9/10 Sabtu - Kuliah Subuh : Us Ridhuan / Kuliah Maghrib : Program Pemuda
10/10 Ahad - Kuliah Subuh : Dr Yaakob / Kuliah Maghrib : Kosong
11/10 Isnin - Kuliah Maghrib : Us Shamsul Hakim
12/10 Selasa - Kuliah Maghrib : Kosong
13/10 Rabu - Kuliah Maghrib : Dr Zawawi Ismail
14/10 Khamis - Maghrib : Yasin & Tahlil
MINGGU KE 3
15/10 Jumaat - Kuliah Maghrib : Us Ismail Abbas
16/10 Sabtu - Kuliah Subuh : Us Zamiri Razak / Kuliah Maghrib us Syahril Azman
17/10 Ahad - Kuliah Subuh : Us Rahimi Saad / Maghrib : Jemaah Tabligh
18/10 Isnin - Kuliah Maghrib : Us Fadhli Ismail
19/10 Selasa - Kuliah Maghrib : Us Hanafiah Nawawi
20/10 Rabu - Kuliah Maghrib : Kosong
21/10 Khamis - Maghrib : Tafsir Yasin - Nazir Masjid
MINGGU KE 4
22/10 Jumaat - Kuliah Maghrib : Dr Rahmat
23/10 Sabtu - Kuliah Subuh : Tiada / Kuliah Maghrib : Program Pemuda
24/10 Ahad - Kuliah Subuh : Us Shauqi UPM / Kuliah Maghrib : Kosong
25/10 Isnin - Kuliah Maghrib : Us Shamsul Hakim
26/10 Selasa - Kuliah Maghrib : Us Nizamudin
27/10 Rabu - Kuliah Maghrib : Us Abdullah Man
28/10 Khamis - Maghrib : Yasin & Tahli.
MINGGU KE 5
29/10 Jumaat
30/10 Sabtu
31/10 Ahad

Isnin, 6 September 2010

Bisikan Lebaran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kepada semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, bermula para ahli jawatankuasa, para jemaah, dan sesiapa yang sahaja yang pernah menjejakkan kakinya di Masjid Bukit Indah.....Salam Labaran diucapkan, semoga semunya berada dalam kondisi yang amat baik serta sentiasa di bawah perlindungan Allah Azzawajalla.
Di kesempatan ini, saya bagi pihak ajk Masjid Bukit Indah ingin merakamkaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli qariah kerana memberikan kerjasama bagi menjayakan semua program di sepanjang bulan Ramadhan. Pihak ajk juga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas semua sumbangan samada berbentuk wang ringgit, barangan, makanan dan sebagainya yang diberikan sepanjang bulan ramadhan.
Kita menggangarkan MBI akan mencapai kutipan Ramadan sehingga 100 ribu untuk tahun ini. Semuanya hasil dari sokongan dan kerjasama ahli Qariah semua.
Kami berharap agar roh Ramadan terus berfungsi dalam jiwa setiap ahli qariah, memenuhi ruang hati, agar rohnya masih terus kekal sehingga ke bulan-bulan yang lain.
Kita berharap agar, program-program yang akan dilaksanakan dalam bulan-bulan lain akan terus mendapat sambutan sebagaimana dalam bulan Ramadan.
Pihak ajk juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran dari semua ahli Qariah, agar sesuatu yang terbaik dapat dilaksanakan di masjid kita ini. Kita tahu, bahawa peranan masjid amat besar, berkesan serta bersifat peribadatan dan perhambaan diri keapda Allah. Setiap bantuan dan kerjasama yang diberikan akan diberi ganjaran oleh Allah Azzawajalla.
Pihak ajk juga memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kedhaifan pengurusan kami selama ini yang telah masuk tahun ke 2, samada disedari atau tidak disedari. Apa yang kita lakukan adalah sekadar memenuhi tugasan kami sebagai ajk yang dilantik. Di kalangan ajk MBI ramai yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan masjid.
Pihak Muslimat juga tidak kurang jasanya kepada kemajuan masjid, sayap penting ajk mbi ini amat berfungsi terutama dalam memohon derma dan sumbangan kepada tabung masjid, serta juga menguruskan penyediaan bubur lambuk setiap sabtu dan ahad pada bulan Ramadan.
Kita berharap, dengan kerjasam semua pihak, secara langsung atau tidak langsung akan terus memacu MBI ke peringkat yang tinggi serta lebih berkesan kepada masyarakat Bukit indah.
Oleh itu saya selaku nazir Masjid Bukit Indah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada seluruh ahli jawatankuasa dan seluruh ahli Qariah masjid Bukit, Maaf Zahir dan batin.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis, 2 September 2010

Kuliah Zohor di Masjid Bukit Indah

Assalamualaikum
Dua kuliah zohor yang diadakan pada :
1) Sabtu 4/9/2010 - Us Yusof Embong - Pendakwah Bebas dari Pahang.
2) Ahad 5/9/2010 - Us Badrul Amin - Pendakwah Bebas, K Lumpur.
Semua di jemput hadir.

Isnin, 23 Ogos 2010

Qiyamullail 17 Ramadhan

Assalamualaikum
Insya Allah pada Hari Khamis Malam Jumaat, dikira hari Jumaat bersamaan 27 Ogos 2010 / 17 Ramadhan 1431, satu program Qiyamullail akan di adakan bermula jam 3.45 pagi di masjid Bukit Indah.
Ust Sazali Mantan Imam Masjid As Syakirin KLCC telah dijemput untuk menyempurnakan program ini. Berikutan dengan program qiyam itu, selepas itu akan diadakan kuliah Subuh bertajuk "Kekuatan Qiymullail".
Pada malam itu, sahur akan disediakan, dijemput semua muslimin musliman terutama yang berada di sekitar Bukit Indah menyertainya.

Keadaan Ruh Dalam Bulan Ramadhan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ramadan masuk penggal ke 2

Salam sejahtera buat semua teman-teman para jemaah Masjid Bukit Indah....kita telah melepasi 10 malam pertama. Hari ini hari ke 11 Ramadan.....bermulalah penggal ke 2 Ramadan. Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wassallam :
أوله رحمة وأوسطه مغفرة وءاخرو عتق من النار
(Permulaannya Rahmat, pertengahannya keampunan dan hujungnya bebas dari api neraka.
Saudara, bersedialah untuk menemui pula 10 hari terakhir, di sinilah malam Qadar bersembunyi. Carilah dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah Subhanahu wata'ala.
Doalah dengan penuh khusyuk dan tawadhu' di hadapan Allah, agar DIA mengizinkan kita menemui Malam Qadar pada tahun ini.

Selasa, 27 Julai 2010

Jadual Tazkirah Ramadhan 2010

Assalamualaikum
Rasulullah Sollahu alaihiwasallam bersabda :
(Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan ketulusan hati akan diampunkan segala dosanya yang lalu)
Bersama ini dimaklumkan aturcara dan juga senarai pentazkirah sepanjang bulan Ramadhan 2010 untuk Rujukan ahli Qariah Bukit Indah semua. Sebagaimana biasa pihak ajk masjid telah bersetuju untuk melaksanakan Ramadhan kali ini sebagaimana Ramadhan tahun lepas, iaitu :
ATURCARA SEPANJANG RAMADHAN
1. Berbuka puasa.
2. Solat Maghrib.
3. Solat Isya'.
4. Diikuti dengan Tahlil
5. Solat Tarawih 8 rakaat.
6. Tazkirah Ramadhan (Akan bertukar mengikut citarasa penceramah)
5. Solat Witir 3 rakaat.
6. Morey & Tadarus al Quran
7. Qiyamullah, 17 ramadhan, dari malam ke 20 ramadhan.
Diharapkan agar semua jemaah beri komitment yang baik terhadap program, terutama majlis ilmu, kerana majlis ilmu itu lebih besar pahalanya dari solat terawih itu sendiri.

JADUAL TAZKIRAH
10/8 Selasa - Taklimat Puasa - Nazir MBI
11/8 Rabu - Dr. Zawawi Ismail, Pensyarah Kanan UM - menjadi insan yang bersyukur
12/8 Khamis - Us Taufiq Ismail, Pensyarah UIA - Tajuk bebas.
13/8 Jumaat - Us Nazri Mansor, MD al Farabi Consultant - Bagaimana cara membendung hawa nafsu.
14/8 Sabtu - Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman, PPZ - Kepentingan Menuntut Ilmu.
Tazkirah - Us Idris Ahmad, Pendakwah Bebas - Taubat Yang Diterima Allah.
15/8 Ahad - Subuh - Us Rahimi Saat - Pendidikan Al Quranul Karim, Tazkirah - Us Syarhan Humaizi Abdul Halim, Penyelaras Masjid Gombak - Jiwa yang gerun kepada neraka Allah.
16/8 Isnin - Us Fadli Ismail, Pensyarah UKM - Bercita-cita mendapat syurga Allah.
17/8 Selasa - Us Hanafiah Nawawi, Pegawai shariah Bank Rakyat - Bagaimana memantapkan ibadah.
18/8 Rabu - Us Khairul Anuar, Pensyarah ilmu Khas - Persiapan menemui kematian.
19/8 Khamis - Yaakub Abu Seman, Pendakwah Bebas - Menghindari dari maksiat dan dosa.
20/8 Jumaat - Khutbah Jumaat - Us Rahim Nasir, Maghrib - Us Ismail Abas, Pendakwah Bebas - Bagaimana membersihkan jiwa.
21/8 Sabtu - Subuh - Us Zamiri Abdul Razak, Asia Finance - Muraqabah Allah
Tazkirah - Us Nik Zawawi Nik Salleh, Pendakwah Bebas - Sejarah Penurunan al Quran
22/8 Ahad - Subuh - Us Shauqi Osman, Pensyarah UPM - Bulan Jihad, Tazkirah - Us Hadi Talhah - Kemanisan beribadah
23/8 Isnin - Us Shamsul Hakim, Pensyarah HUSM - Memburu malam qadar
24/8 Selasa - Us Nizamuddin, Pendakwah Bebas - Sedekah menyembuhkan penyakit
25/8 Rabu - Us salahuddin Nasir, Pendakwah Bebas - Bagaimana melembutkan jiwa yang keras.
26/8 Khamis - Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahmanm PPZ - Golongan Yang Menjadi ahli neraka
27/8 Jumaat - Qiyamullai & K Subuh Us Sazali, Mantan Imam KLCC, Tazkirah - Dr Rahmat UIA - Istiqamah dengan majlis ilmu.
28/8 Sabtu - K Subuh - Kosong, Tazkirah - Us Syahril Azman, Pendakwah Bebas - Bagaimana al Quran menyembuhkan jiwa.
29/8 Ahad - K Subuh - Us Ridhuan - Bagaimana menyelesaikan gejala sosial, Tazkirah - Us Safiudin Amran, Pengetua Pusat Tahfiz al Quran Safiuddin - Membentuk keluarga bahagia.
30/8 Isnin - Us Yusof bin Embong, Pendakwah Bebas - Golongan yang mengimarahkan masjid
31/8 Selasa - Us Zulkifli Md Suhaimi, pendahwah bebas - Redha dengan kurniaan Allah
1/9 Rabu - Us Hasrizal Jamil, MD Consultant - Mencari cinta hakiki
2/9 Khamis - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Menjauhi bala Allah
3/9 Jumaat - Us Ridhuan Md Nor, Pendakwah Bebas - Sejarah Puasa.
4/9 Sabtu - K Subuh - us Zamiri Abdul Razak, Asean Finance - Tanda2 Kiamat, Tazkirah - Us Ramli Sidon, Ketua Penyelaras Masjid jais - Islam agama benar.
5/9 Jumaat - K Subuh - Us Hadi talhah, Tazkirah - Us Md Adnin Yahya, Pendakwah Bebas - Bebas dari api neraka
6/9 Sabtu - Us Rashdan, Pendakwah Bebas - Berammal dengan al Quran
7/9 Ahad - Us Husni Harun - Cara-cara berhari raya

Selasa, 20 Julai 2010

Buka Puasa Ramadhan

Assalamualaikum
Sebagaimana biasa, bila tiba bulan Ramadhan maka pihak Masjid Bukit Indah akan menganjurkan derma dan sumbangan untuk tujuan mendapatkan dana bagi program-program sepanjang bulan Ramadhan.
Pihak ajk masjid telah bersetuju untuk menganjurkan infaq buka puasa setiap hari sebanyak RM700.00. Ahli kariah boleh menyumbang seberapa banyak yang mampu. Bagi ahli kariah yang ingin mennyumbang seluruh bayaran sehari atau ingin menyumbang lebih, maka teman-teman semua boleh berhubung dengan pejabat masjid. Insya Allah sehari dua lagi pihak masjid akan mengeluarkan borang yang berkaitan.

Kipas Ruangan Tengah Masjid

Assalamualaikum
Menyedari betapa panasnya jemaah yang datang untuk solat di ruangan tengah masjid, maka pihak ajk telah membuat keputusan untuk meluluskan pembinaan 24 buah kipas di ruangan tengah masjid.
Alhamdulillah hampir 90% pembinaannya telah dapat diselesaikan setakat ini, bakinya 10% lagi akan diselesaikan tidak berapa lama lagi Insya Allah.
Keseluruhan peruntukkan yang digunakan ialah sebanyak lebih kurang RM28,000. Kipas yang digunakan ialah kipas lima bilah yang cukup selesa bila para jemaah berada di bawahnya.
Kepada teman-teman dari kalangan ahli kariah masjid bukit indah atau sesiapa sahaja yang ingin menyertai sama dalam amal jariah ini, amatlah dialu-alukan. Tuan-tuan boleh menghulurkan derma melalui pejabat Masjid Bukit Indah ataupun melalui tabung khas yang akan disediakan nanti.
Semoga segala sumbangan yang diberikan akan memberikan kita pahala yang berterusan Insya Allah.

Sabtu, 19 Jun 2010

Hukum Letak Al Quran

Assalamalaikum.....baru-baru ini timbul sedikit persoalan dari kalangan jemaah Masjid Bukit Indah tentang cara letak al Quran di atas Reha di hadapan saf solat, ada yang mengatakan cara ini haram, al Quran mesti diletakkan atas dari pinggang......
Teman-teman sekelian
Gambar di sebelah adalah rak al Quran di Masjidil Haram, kedudukan rak paling bawah, jauh lebih rendah dari reha di Masjid Bukit Indah. Adakah cara ini haram ? sedangkan di Mekah penuh dengan alim Ulama'. Di Masjid Bukit Indahpun begitu juga, setiap malam ada saja ustaz-ustaz yang datang mengajar, jika sekiranya cara letak al QURAN atas reha itu salah, tentu ustaz2 tersebut tidak akan berdiam diri.
Mudah-mudahan, dengan gambar ini masalah ini akan dapat dirungkaikan....dari segi pandangan ulama, ramai yang membenarkan cara letak al Quran begini. Mengangkatknya lebih tinggi dari lantai telah memadai.
Wallahu a'lam.

Jumaat, 14 Mei 2010

Jadual Kuliah

15/5 (Sabtu) Subuh, Us Zamiri Razak (Asian Fainance), Tajuk : MUamalat.
Maghrib, Us Syahrilazman (Mudir, Ma'had Tahfiz Rahimah,
Jengka), Tajuk : Tafsir Surah al Fatihah.
16/5 (Ahad) Subuh, Us Rahimi Saad (Pensyarah UM Fakulti Pendidikan).
17/5 (Isnin) Maghrib, Us Fadhli Ismail (Pensyarah, UKM Bangi), Tajuk :
Tafsir Juzuk 30 abrul athir.
18/5 (Selasa) Maghrib, Us Hanafiah Nawawi (Pegawai Bank Rakyat).
19/5 (Rabu) Maghrib - Tiada
20/5 (Khamis) Maghrib, Nazir Masjid, Tajuk : Tafsir Surah Yasin.
21/5 (Jumaat) Maghrib, Us Ismail Abbas.
22/5 (Sabtu) Subuh Kosong, Maghrib Kosong.
23/5 (Ahad) Subuh, Us Shauqi Osman (Pensyarah UPM).
Maghrib, Us Jafarudin.
24/5 (Isnin) Maghrib, Us Shamsul Hakim (Pensyarah HUSM), Tajuk : Fekah
25/5 (Selasa) Maghrib, Us Nizamuddin (Pensyarah UIA).
26/5 (Rabu) Maghrib, Us Abdullah Man.
27/5 (Khamis) Maghrib, Yasin & Tahlil, Imam Bertugas.
28/5 (Jumaat) Maghrib, Dr. Rahmat (Pensyarah UIA).
29/5 (Sabtu) Qiyamullail & Kuliah Subuh, Masih cari pengendalinya.
30/9 (Ahad) Subuh, Kosong.
Maghrib, Us Shaari Che In.
Semoga semua ahli qariah Bukit Indah dapat menafaat ilmu dari semua kuliah di atas, Ilmu mengangkat martabat seseorang di sisi Allah.

Ahad, 25 April 2010

KHUTBAH JUMAAT 23 APRIL 2010

الحمدُ لله القائل (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
(الذي إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وأتووا الزكاةَ وأمَروا بالمعروف ونَهَوا عنِ المنكر ولله عاقبةُ الأمور (الحج 41)
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Marilah kita bertaqwa kepada Allah, dan ingatlah bahawa neraka itu hampir dgn sesiapa yang melakukan kejahatan, berhentilah daripada kerja-kerja mungkar dan maksiat.
Khotib mengajak para jemaah semua memberi pesanan dan teguran, Firman Allah Ta’ala :
والعصر إن الإنسان في خسر إلا اللذي ءامنوا وعملوا الصالحا وتوصوا بالحق وتواصو باالصبر
(Demi masa, sesungguhnya manusia/insan itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta pesan memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaharan)
Sebagai seorang manusia yang menjadi khalifah Allah, kita mempunyai tanggungjawab yang besar, antaranya ialah membawa Islam ke tengah masyarakat, amanah ini diletakkan di bahu setiap muslim, firman Allah Ta’ala :
إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبينَ أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا
(Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, gunung ganang dan bukit bukau, namun semuanya tidak sanggup memikulnya, tetapi telah dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu maha zalim dan maha jahil)
Di antara senarai muslim yang menerima amanah ini ialah pemimpin, oleh itu marilah sama-sama kita beri sedikit pesanan kepada golongan ini, kerana memberi pesanan adalah satu suruhan dan sunnah baginda sollahu alaihi wasallam :
Pesanan الدينُ نصيحة قلنا لمن يا رسول الله قال : لله ولرسوله ولأئمةِ المسلمين وعامتهم
(Agama itu ialah nasihat, lalu sahabat bertanya "untuk siapakah ya Rasulallah?, jawap baginda "Untuk Allah, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan umat seluruhnya".
Buat semua yang mempunyai jawatan terutama pemimpin, bahawa mereka perlu melaksanakan beberapa perkara sebagaimana ayat yg di baca pada permulaan tadi,
Para pemimpin mesti berakhlak dengan Akhlak Islam yang mulia, kerana mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
Jangan berakhlak buruk dan keji seperti menyebarkan fiitnah : Firman Allah Ta’ala :
ولا تُطِعْ كُلَّ حَلاَّفٍ مهِينٍ هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيم - القلم 10
(jangan kamu patuh setiap orang yang suka bersumpah dan menghina orang lain. Yang suka membisikkan yakni mencela dan suka menabur fitnah)
Juga Jangan sekali-kali memaki hamun orang lain. Sabda Rasulullah :
سبابُ المؤمنِ فسوقٌ (مماكي) وقتالُهُ كُفرٌ
(Memaki hamun orang mukmin suatu kerja fasiq, memeranginya suatu kerja kufur)
Setiap pemimpin mestilah berfungsi menyedarkan masyarakat dengan Islam, dan menjadikan Islam sebagai agenda mereka, Memberi contoh terbaik kepada orang-orang bukan Islam yang melihat ke arah Islam, Firman Allah Ta’ala :
(Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)- At Taubah)
Pemimpin juga dinsaihati supaya tidak menunjukkan contoh yang tidak baik, umpama menjadi peminum arak, Sabda Rasulullah sollahu alaihiwasallam :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لَيَشْرَبَنَّ ناسٌ من أمتي الخَمْرَ يُسَمُّونَها بغير اسمِها يُعْزَفُ على رؤوسِهم بالمعازِفِ والمغَنِّياتِ يخسِفُ اللهُ الأرضَ ويجْعَلَ منهُم القرَدَةَ والخَنازيرَ

Kerana menjadi suatu kelaziman pembesar2, menjadikan arak sebagai cara keseronokan.
Kepada semua pemimpin, peganglah amanah serta tunaikanlahnya dengan sebaik-baiknya.
Kita berharap agar semua pemimpin bertaubat kepada Allah di atas setiap kesalahan yang dilakukan, dan kita berterima kasih kepada semua pemimpin yang sentiasa bertaubat kepada Allah, dan kita berharap pemimpin yang masih tidak bertaubat segera segeralah bertaubat kepada Allah...kerana mereka adalah contoh yang dilihat oleh masyarakat.
Firman Allah Ta’ala :
قل إن كنتم تُحبون الله فاتَّبِعُوني يُحْبِبْكُمُ اللهُ ويَغْفِرْ لكُم ذنوبَكُم واللهُ غفورٌ رحيمٌ - أل عمران 31
Katakanlah kalau kamu benar2 mencintai Allah, maka turutlah aku nescaya kamu akan dikasihi Allah, dan diampunkan segala dosa2 kamu, dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Khamis, 1 April 2010

KULIAH BULAN APRIL 2010

MINGGU 1
Khamis 1, Yasin & Tahlil.
Jumaat 2, Kosong
Sabtu 3, Subuh - Us Adnin Yahya, Maghrib - Us Khairul Anuar
Ahad 4, Subuh - Kosong, Maghrib - Jemaah Tabligh
Isnin 5, Us Rashdan (Nazir Masjid Al Aman, Lembah Jaya)
Selasa 6, Us Husni Harun.
Rabu 7, Us Hasrizal Jamil (Saifulislam.com)
Khamis 8, Yasin & Tahlil
MINGGU KE 2
Jumaat 9, Kosong
Sabtu 10, Subuh - Kosong, Maghrib - Us Yusof Embong (Pahang)
Ahad 11, Subuh - Dr Yaakob (UIA), Maghrib - Kosong.
Isnin 12, Us Shamsul Hakim (HUSIM)
Selasa 13, Saudara An Wang Seng.
Rabu 14, Dr Zawawi Ismail (UM)
Khamis 15, Nasir MBI Tafsir Surah Yasin
MINGGU KE 3
Jumaat 16, Khotib Us Solahuddin Nasir, Maghrib - Us Ismail Abbas
Sabtu 17, Subuh - Us Zamiri Razak (Asian Finance), Maghrib - Us Syahril Azman (Pahang)
Ahad 18, Subuh - Us Rahimi Saat (UM), Maghrib - Kosong
Isnin 19, Us Fadhil Ismail
Selasa 20, Us Hanafiah Nawawi (Bank Rakyat)
Rabu 21, Us Badrul Amin.
Khamis 22, Yasin & Tahlil
MINGGU KE 4
Jumaat 23, Dr. Rahmat (UIA)
Sabtu 24, Subuh - Qiyamullai, Maghrib - Kosong.
Ahad 25, Subuh - Us Shauqi Osman (UPM), Maghrib - Kosong.
Isnin 26, Us Shamsul Hakim (HUSIM)
Selasa 27, Us Nizamuddin.
Rabu 28, Us Abdullah Man.
Khamis 29, Yasin & Tahlil
MINGGU KE 5
Jumaat 30, Kosong.

Khamis, 11 Mac 2010

Senarai Kuliah di MBI

11/3 Khamis - Bacaan Yasin & Tahlil - Imam Bertugas
12/3 Jumaat - Khutbah Us Salehudin Nasir
Kuliah Maghrib - Sedang Cari
13/3 Sabtu - Kuliah Subuh -
Kuliah Maghrib -
14/3 Ahad - Kuliah Subuh Dr Yaakob UIA
15/3 Isnin - Us Fadli Ismail UKM
16/3 Selasa - Us Hanafiah Nawawi Bank Rakyat
17/3 Rabu - Kuliah Maghrib -
18/3 Khamis - Kuliah Maghrib - Tafsir Yasin oleh Nazir MBI
19/3 Jumaat - Kuliah Maghrib Us Ismail Abbas
20/3 Sabtu - Kuliah Subuh Us Zamiri Razak Asian Finance
Kuliah Maghrib Us Azmi Abd Hamid
21/3 Ahad - Kuliah Subuh Us Rahimi Saat UM
22/3 Isnin - Kuliah Maghrib Us Shamsul Hakim HUSIM
23/3 Selasa - Kuliah Subuh Us Nizamudin
24/3 Rabu - Kuliah Subuh Us Abdullah Man
25/3 Khamis - Bacaan Yasin & Tahlil
26/3 Jumaat - Kuliah Subuh Dr Rahmat UIA
27/3 Sabtu - Qiyamullai & Kuliah Subuh Us Azhar
28/3 Ahad - Kuliah Subuh Us Shauqi UPM.
29/3 Isnin - Kuliah Maghrib Us Sha'ari Che In
30/3 Selasa -
31/3 Rabu - Kuliah Maghrib Us Syarhan PAID Gombak

Isnin, 8 Mac 2010

Ucapan Tahniah

Assalamualaikum
Saya ucapkan tahniah kepada semua ajk Masjid Bukit Indah di atas kejayaan menganjurkan program "maulidurrasul", bermula dari Qiyamullahi sehinggalah Forum pada malamnya. Semoga Allah membalas jasa semua ajk dan diberi ganjaran yang setimpal.

Ahad, 21 Februari 2010

Maulidurrasul tinggal 4 hari lagi.....


Assalamualaikum
Kepada semua ahli qariah Bukit Indah...jangan lupa program Maulidurrasul 26 Feb ini. Bermula 4.30 pagi Qiyamullail....malam ada forum...datangalah beramai-ramai.

Khamis, 18 Februari 2010

tafsir Yasin Tangguh lagi.....

Salam buat semua ahli kariah yang iltizam dengan kuliah di Masjid Bukit Indah. Kuliah Saya malam ini (Tafsir Yasin) tidak dapat juga diteruskan, kerana ada perjumpaan dengan Nazir-nazir di Taman Dagang. Saya mohon maaf kepada semua ahli kariah yang memberikan komitment kepada majlis kuliah, Insya Allah bulan Mac ini saya akan sambung kuliah tafsir yasin tersebut.
Sekian tarima kasih - Dari : Nazir MBI

Rabu, 10 Februari 2010

PERTUKARAN BACAAN YASIN KEPADA KULIAH AGAMA

Assalamualaikum
Pada 11 Feb 2010 ini, bacaan yasin sebagaimana biasa ditangguhkan seketika untuk memberikan laluan kepada YB Taib Azamuddin menyampaikan kuliahnya. Pada malam yang sama juga, satu solat hajat akan diadakan, bagi membantu pihak SMK Bukit Indah menyelesaikan sedikit masalah histeria di sekolah yang agak kerap berlaku kebelakangan ini.
Semua ahli kariah dijemput hadir.

Ucapan Tahniah & Terima Kasih

Assalamualaikum buat semua ahli kariah Masjid Bukit Indah.
HARI KESIHATAN
Pada hari Sabtu 6 Feb 2010, satu program hari Kesihatan telah diadakan di perkarangan Masjid Bukit Indah, di bawah kelolaan KPJ-AMpang Puteri.
Rasanya semua ajk agak terkejut dengan sambutan yang begitu baik dari semua ahli kariah. Orang berpusu-pusu beratur mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah program ini dikira amat berjaya. Saya sebagai Nazir Masjid mengucapkan tahniah yang tidak terhingga di atas kejayaan para ajk semua khususnya Saudara Anas Ketua Pemuda Masjid.
KUTIPAN MINGGUAN MASJID
Alhamdulillah, setakat yang saya lihat kutipan setiap hari jumaat agak bertambah dengan cara mendadak. Kalau dulu tengah bulan kutipan sekitar RM2800 atau RM2900, tetapi kebelakangan ini banyak kutipan mencecah RM3800, malah sampai mencecah RM4200 walaupun di tengah bulan. Kita akan gunakan semua kutipan ini untuk mengaktifkan program-program masjid.
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEBERKATAN KEPADA HARTA TUAN/PUAN.

Selasa, 9 Februari 2010

Kuliah Bulan Februari 2010

09/2/10 - Maghrib - An Wan Seng
10/2/10 - Mahgrib - Dr Zawawi Ismail (UM)
11/2/10 - Maghrib - YB Taib Azamuddin (Bacaan Yasin ditangguhkan)
12/2/10 - Maghrib - Kosong
13/2/10 - Maghrib - Us Nik Radhi Nik Mat
14/2/10 - Subuh - Dr. Yaakub (UIA)
15/2/10 - Subuh - Prof Madya Dr Musa
15/2/10 - Maghrib - Us Fadhli Ismail
16/2/10 - Maghrib - Us Hanafiah Nawawi (Bank Rakyat)
17/2/10 - Maghrib - Kosong
18/2/10 - Maghrib - Nazir Masjid (Tafsir Yasin)
19/2/10 - Maghrib - Us Ismail Abbas
20/2/10 - Subuh - Us Zamiri (Asia Finance)
20/2/10 - Maghrib - Us Nasruddin Tontowi
21/2/10 - Subuh - Us Rahimi Saat (UM)
22/2/10 - Maghrib - Us Shamsul Hakim (HUSIM)
23/2/10 - Maghrib - Us Nizamuddin
24/2/10 - Maghrib - Us Abdullah Man
25/2/10 - Maghrib - Yasin
26/2/10 - Bermula dari 4.30 Pagi - Qiyamullai, Lepas Subuh Kuliah Subuh oleh
Us Sazali (Mantan Imam Masjid As Syakirian KLCC)
8 pg - 9 pg : Berzanji di bawah pimpinan Imam 2 Us Saime dan Bilal Din.
9 pg - 10 pg : Melukis kanak-kanak bawah 12 tahun
10 pg - 12 tengah hari : Nasyid di bawah pimpnan Kumpulan Nasyid Fas, wakil dari SMK Bukit Indah, SK Bukit Indah & Sek Men Agama (Arab) Ilmi.
Maghrib - Forum Maulidurrasul, ahli panel, (1) Us Hasnil Abu Bakar (Tabung Haji), Us Halim Din (Lembaga Zakat Selangor), akan dipengerusikan oleh Penyelia Masjid Gombang Us Syarhan.
27/2/10 - Maghrib - Kosong
28/2/10 - Subuh - Us Shauqi Osman (UPM)
Maghrib - Kosong

SEMOGA SEMUA AHLI KARIAH DAPAT HADIR MENIMBA ILMU PENGETAHUAN ISLAM.

Isnin, 1 Februari 2010


Assalamualaikum, Insya Allah pada 26 Februari 2010 ini satu sambutan sempena Maulidurrasul akan dibuat. Maulidurrasul kali ini, pihak MBI tidak berarak sebagaimana tahun-tahun lepas. Ini disebabkan kesuntukkan masa, memandangkan hari jumaat, ada solat Jumaat.
QIYAMULLAI
Bermula dari pukul 4.30 pagi, qiyamullai di bawah pimpinan Ustaz Sazali (Mantan Imam Masjid As Syakirin KLCC), sehingga Kuliah Subuh. Seterusnya akan diikuti pula dengan beberapa program yang akan disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran dengan masjid, program ini akan selesai pada jam 12.30 tengah hari.
FORUM MAULIDURRASUL
Forum ini akan bermula selepas solat Maghrib. Ahli Panel yang dijemput ialah : Ustaz Haslin Abu Bakar (Pendakwah bebas, penceramah IKIM, Pembimbing Haji), ahli panel kedua ialah Ustaz Halim Din (Pegawai Dakwah dari Lembaga Zakat Selangor), dan forum ini akan dipengerusikan oleh Ustas Syarhan (Penyelia Masjid dari Pejabat Agama Islamm Gombak).
Semoga semua ahli kariah Masjid Bukit Indah datang beramai-ramai untuk menimba ilmu, tajuk forum ialah "KEADILAN PEMERINTAHAN RASULULLAH DI MADINAH".