Rabu, 10 Februari 2010

Ucapan Tahniah & Terima Kasih

Assalamualaikum buat semua ahli kariah Masjid Bukit Indah.
HARI KESIHATAN
Pada hari Sabtu 6 Feb 2010, satu program hari Kesihatan telah diadakan di perkarangan Masjid Bukit Indah, di bawah kelolaan KPJ-AMpang Puteri.
Rasanya semua ajk agak terkejut dengan sambutan yang begitu baik dari semua ahli kariah. Orang berpusu-pusu beratur mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah program ini dikira amat berjaya. Saya sebagai Nazir Masjid mengucapkan tahniah yang tidak terhingga di atas kejayaan para ajk semua khususnya Saudara Anas Ketua Pemuda Masjid.
KUTIPAN MINGGUAN MASJID
Alhamdulillah, setakat yang saya lihat kutipan setiap hari jumaat agak bertambah dengan cara mendadak. Kalau dulu tengah bulan kutipan sekitar RM2800 atau RM2900, tetapi kebelakangan ini banyak kutipan mencecah RM3800, malah sampai mencecah RM4200 walaupun di tengah bulan. Kita akan gunakan semua kutipan ini untuk mengaktifkan program-program masjid.
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEBERKATAN KEPADA HARTA TUAN/PUAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan