Isnin, 28 November 2011

Bersama Dengan Dato' Tuan Ibtahim

Alhamdulillah pagi ini 2 muharram bersamaan 28/11/11 hari isnin, Mbi menerima kunjungan kuliah subuh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang bebahagia dato' mengupas tajuk Hijrah.

Selasa, 16 Ogos 2011

NUZUL QURAN BERSAMA IMAM MUDA HAZRAN DALAM QIYAMULLAIL 17 RAMADHAN, MALAM INI

Salam kepada semua teman-teman ahli Qariah Masjid Bukit Indah, Insya Allah MBI akan menghidupkan malam-malam 10 terakhir Ramadhan dengan Qiyamullail. Perancangan AJK, ialah menjemput beberapa peserta program Imam Muda yang amat terkenal sekarang ini.
Untuk permulaan kita akan panas-panaskan program ini dengan kedatangn Nuzul Quran, maka pihak Ajk Masjid telah merancang satu Program Qiyamullail yang akan diadakah pada pagi 17 Ogos, 2011 bermula pukul 3.30 pagi. Jemputan kita untuk Qiyam ini ialah Imam Muda Hazran dari Negeri Sembilan. Insya Allah Qiyamullail ini akan hidup dengan zikir munajat dan alunan ayat-ayat Quran yang boleh merintihkan jiwa bila mendengarnya. Mudah-mudahan ramai ahli Qariah dan juga penduduk sekitar akan datang beramai-ramai untuk Qiyam ini. Insya Allah sahur akan disediakan.

Selasa, 9 Ogos 2011

Bersama Imam Muda Izhar Arif Malam Ke 27 Ramadhan

Salam, buat makluman semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, kita telah berjaya mendapatkan Imam Muda Izhar Arif untuk Qiyamullail malam 27 Ramadhan, yang mana ramai ulama menyebut itulah malam Qodar. Insya Allah majlis itu akan ceria dan dikunjungi oleh ramai ahli Qariah kita insya Allah.

Khamis, 4 Ogos 2011

Buang kejahilanmu...hadirkan pengetahuanmu

Salam buat teman-teman yang sekarang sedang mengerjakan ibadah solat terawih di masjid Bukit Indah....
Pihak ajk bercita-cita untuk menjadikan ilmu sebagai tema penting kehidupan seseorang muslim. Mereka boleh bergerak dan beraktiviti dengan di kawal selia oleh ilmu, kerana ilmu itu perlu sekali menerajui kehidupan muslim.... bukan sekadar mendengar majlis ilmu secara adat dan isi masa lapang sahaja, lagi parah kerana terpaksa mendengar kerana sebab-sebab sesuatu...
Wahai teman...
Malam kedua Ramadhan di masjid kita, ketika penceramah sedang mengambil tempat di kerusi dan meja ceramah, sebahagian besar dari jemaah yang baru selesai mengerjakan witir bergegas keluar dari masjid, untuk memasukkan diri dalam senarai orang yang tidak bersedia menerima ilmu... malang sungguh kepada sesiapa yang keluar kerana tidak mahu mendengar....kerana Rasulullah pernah menyifatkan, sesiapa yang berada dalam majlis ilmu, sesungguhnya dia berada dalam fisabilillah.... yang tinggal yang sekitar 20% sahaja dari seramai-ramai jemaah yang hadir memenuhi masjid luar dan dalam.....
Wahai teman...
kadang-kadang terfikir juga, kenapakah ahli qariah kita tidak bersedia menghadirkan diri dalam majlis ilmu ini..... sedangkan, kalau diperhatikan keadaan para ahli qariah, memang ada yang amat memerlukan bimbingan ilmu... kerana kejahilan jelas kelihatan pada gerak geriknya.... ada yang sempat solat sunat selepas asar... sedangkan tiada solat sunat dlm waktu tahrim... ini adalah gambaran betapa ramai yang masih belum banyak pengetahuan agama.... tetapi masalahnya mengapa para ahli qariah kita tidak mempertingkatkan diri mereka untuk lebih mengambil tahu tentang ilmu dan belajar untuk mempertingkatkan diri dari jahil kepada alim????
Wahati teman...
mengapakah kita selalu lupa bahawa yang sunat itu tidak pernah menang jika dibandingkan dengan wajib.... menuntut ilmu itu wajib sedangkan solat terawih itu sunat, tidak pernah diwajibkan dan selama-lamanya kekal dengan sunat..... ini adalah gara-gara tidak tahu... kerana tidak berilmu... alangkah baiknya kalau kita berilmu.
Wahai teman
Diharapkan agar teman-teman semua sudi untuk menunggu sekita buat mengisi kelompangan jiwa denggan ilmu.....

Berbuka dengan Bob Lokman

Assalamualaikum, MBI terus berikan suntikan ilmu kepada semua jemaahnya... Insya Allah pada Sabtu 6 Ogos 2011 ini, Saudara Bob Lokman akan berbuka bersama dengan ahli Qariah Masjid Bukit Indah. Akan dimulakan dengan tazkirah sekitar pukul 6.00 petang Insya Allah. Dijemput semua muslimin muslimat terutama ahli Qariah Masjid Bukit Indah untuk datang mendengar tazkirah berbukanya dengan tajuk "Kembali ke jalan Allah, hatiku pasrah".

Selasa, 2 Ogos 2011

TAZKIRAH SELEPAS SOLAT SUBUH

Salam....
Bermula hari ini 2 Ogos (2 Ramadhan), telah bermula Tazkirah Rengkas selepas solat subuh, yang telah dimulai oleh Imam 1 Ustaz Arif. Semoga tazkirah rengkas ini dapat memberikan manafaat kepada para jemaah Insya Allah.

Khamis, 28 Julai 2011

4 OGOS TAZKIRAH TERAWIH BERSAMA DENGAN US BADRUL AMIN


Salam....
Insya Allah Dr Badrul Amin akan menyampaikan Tazkirahnya pada 4 Ogos, masa tazkirah ialah selepas 8 rakaat terawih, semoga kita mendapat keberkatan dari majlis ilmu yang diadakan Insya Allah.

19 OGOS 2011 TAZKIRAH IFTHOR JAMA'E BERSAMA DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Salam
Insya Allah pada 19 ogos, 2011, MBI akan dikunjungi oleh Pendakwah terkenal iaitu DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN, yang akan menyampai tazkirahnya sambil berbuka bersama dengan ahli Qariah Bukit Indah.
Majlis bermula dari 5.30 petang, muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis 2 dalam 1 ini.

JADUAL KULIAH MASJID BUKIT INDAH BULAN RAMADHAN 2011/1432

1/8 (1 Ramadhan) - Ustaz Rashdan Yunus (Nazir Masjid al Aman, Lembah Jaya) - Membentuk Muslim Yang Taat Menerusi Ibadah Puasa.
2/8 (2 Ramadhan) - Ustaz Husni Harun - Bagaimana Menjadi Muslim Yang Bertanggungjawab Dengan Islam.
3/8 (3 Ramadhan) - Ustaz Hasrizal bin Jamil (Saifulislam Consultant) - Cinta Kepada Allah Dalam Semua Kegiatan
4/8 (4 Ramadhan) - Ustaz Badrul Amin - Kekuatan Qiyamullail Kepada Muslim
5/8 (5 Ramadhan) - Khutbah Jumaah - Us Hamzah Ngah (Terengganu), Tazkirah - Us Ridhzuan Md Nor - Bulan Puasa Bulan Jihad (Peperangan2 Dlm Bulan Ramadhan)
6/8 (6 Ramadhan) - Subuh - Us Idris Ahmad, Tazkirah - Us Khairul Anuar (Pengajaran Dari Kematian)
7/8 (7 Ramadhan) - Subuh - Us Hadi Talhah, Tazkirah - Us Azariza (Kelantan) - Menyelurusuri Kegiatan Alim Ulama Dalam Bulan Ramadhan.
8/8 (8 Ramadhan) - Us Shamsul Hakim (Garis antara Iman dan Kufur)
9/8 (9 Ramadhan) - Us Asmadi (zakaria) Abd Rahman (Menyediakan diri sebagai seorang pejuang Islam)
10/8 (10 Ramadhan) - Dr Zawawi Ismail (Pendidikan Yang Berkesan Dari Peristiwa Peperangan Badar)
11/8 (11 Ramadhan)- Us Zulkifli Suhaimi (Kaedah-kaedah Pendekatan Islam Terhadap Orang Bukan Islam)
12/8 (12 Ramadhan - Jumaat)- Us Sidiq Nor (Menjadi Mukmin Yang Sanggup Berkorban Demi Kerana Agamanya)
13/8 (13 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Jafaruddin, Tazkirah - Us Mohd Nazrul (Memori Peperangan Khanndak, dalam konteks pengorbanan Terhadap Allah)
14/8 (14 Ramadhan - Ahad) - Subuh Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat, Tazkirah - Us Sharhan Humaizi (Persaudaraan islam Membentuk Kekuatan Ummah)
Program Tadarrus Remaja Muslimat, anjuran Lajnah Muslimat MBI dengan kerjasama Nisa' Ampang, program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari.
15/8 (15 Ramadhan - Isnin) - Us Khairuddin Mokhtar (Hikmah Diturunkan al Quran secara beransur-ansur)
16/8 (16 Ramadhan - Selasa) - Us Hanafiah Nawawi (Yang Halal Bukan Makanan Sahaja....)
17/8 (17 Ramadhan - Rabu Cuti Nuzul Quran) - Subuh Us Ibrahim Zakaria, Tazkirah - Us Sobri Mat (al Quran Bukan sekadar bacaan....)
Forum Sempena Nuzul Quran selepas Solat Zohor.
18/8 (18 Ramadhan - Khamis) - (Rahsia Kejayaan Solahuddin al Ayyubi Dalam Peperangan dengan Tentera Solib)
19/8 (19 Ramadhan - Jumaat) - Us Ismail Abbas (Bagaimana Jihad Boleh Menjana Mukmin Supaya Rajin Bertaqarrub dengan Allah)
Tazkiran & Berbuka Puasa Bersama Dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam.
20/8 (20 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Arif Mahari, Tazkirah - Us Shahril Azman(Ketokohan Sultan Mohd Al fateh Dalam Peperangan)
21/8 (21 Ramadhan - Ahad)- Subuh - Us Rahimi Md Saat, Tazkirah - Us Fauzi Husin (Kenapa Bala' Allah itu datang)
22/8 (22 Ramadhan - Isnin) Us Shamsul Hakim (Penyakita Muslim masa Kini)
23/8 (23 Ramadhan - Selasa) Majlis Khatam al Quran.
24/8 (24 Ramadhan - Rabu) Us Abdullah Man (Tanda-tanda Kedatangan Dajjal)
25/8 (25 Ramadhan - Khamis) Us Solehin Muhyi (Sifat-sifat Imam Mahdi Yang ditunggu)
26/8 (26 Ramadhan - Jumaat) Us Zamerey Razak (Keberkesanan Sistem Muamalat Islam di Malaysia dewasa ini)
27/8 (27 Ramadhan - Sabtu) Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman, Tazkirah Us Mazlan Awang (Kaedah Beraya Dalam Islam)
28/8 (28 Ramadhan - Ahad) Subuh Us Shauqi Othman, Tazkirah (Aidil Fitri Sebagai Suatu Kemenangan)

RAMADHAN 2011/1432H

Salam...
Sebagaimana biasa setiap tahun apabila datang bulan Ramadhan, maka kemeriahannya terserlah...dengan ramainya ahli qariah menyertai sama dalam program-program masjid. Tahun ini, agak unik sedikit, kerana kita telah mulakan Bulan Ramadhan ini dengan satu program yang besar, iaitu kuliah USTAZ AZHAR IDRUS pada 23/7 baru-baru ini. Kutipan derma Ramadhan yang diperolehi lebih kurang RM13,000.00 campur dengan kutipan sewa tapak perniagaan.
Pada Ramadhan tahun lepas, pihak masjid telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM113,000.00 untuk kesemua bentuk program dan infaq Ramadhan.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam bulan mulia ini sebagaimana berikut :
(1) 7.00 mlm - 7.30 mlm : Berbuka puasa setiap hari di Masjid.
(2) 7.40 mlm : Solat Maghrib
(3) 8.30 mlm : Solat Isya'
(4) 8.45 mlm : Tahlil
(5) 9.00 mlm : Solat Terawih 8 Rakaat.
(6) 9.40 mlm : Tazkirah
(7) 10.15 mlm : Solat Witir 3 Rakaat.
(8) 10.30 mlm : Moreh
(9) 10.45 mlm : Tadarrus al Quran
INFFAQ IFTHOR HARIAN
Akan dilaksanakan setiap hari, dijemput kepada semua ahli Qariah melabur untuk Akhirat dengan RM700 sehari bagi satu saham, boleh bayar kurang dari jumlah itu, masjid akan mencari ahli Qariah lain untuk mencukup RM700.00.
INFAQ MOREY
Setiap malam juga, program Solat Terawih akan ditutup dengan sedikit jamuan kueh mueh, atau lebih kepada makanan ringan, pihak Masjid membuka pelaburan Akhirat sebanyak RM500.00 sahaja untuk satu saham.
INFAQ SAHUR
Selain dari itu, masjid juga membuka pelaburan Akhirat sebanyak RM500.00 satu saham sahaja untuk sahur bermula dari malam ke 21 hingga ke malam 29 Ramadhan.
Pihak Ahli Qariah juga boleh menderma kepada masjid dalam semua bahagian, samada dalam bahagian prasarana, pa system, dan lain-lain.

Selasa, 28 Jun 2011

KULIAH UST AZHAR IDRUS

Assalamualaikum, Insya ALLAh pada 23/7/2011 Hari Sabtu Minggu ke 4, Ulama muda dari Terengganu iaitu USTAZ AZHAR INDRUS akan berkuliah di MASJID BUKIT INDAH, majlis bermula selepas solat maghrib. Semua dijemput hadir.

FORUM BICARA REMAJA

Salam... kepada semua,
Satu Forum yang dinamakan FORUM BICARA REMAJA akan di adakan di Masjid Bukit Indah pada Hari Khamis 30 JUN 2011, selepas Maghrib. Ahli panelnya ialah pengacara terkenal TV3 WARDINA SAFIYYAH, pengacara Nasyid TV9 SHAM KAMIKAZE dan Ustaz Farhan Pendakwah Bebas.
Semua dijemput hadir.

Jumaat, 18 Mac 2011

KULIAH MAGHRIB BERSAMA DATO' SERI NIZAR

Assalamualaikum
Insya Allah pada 22 Mac 2011, Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan berkuliah maghrib di Masjid Bukit Indah. Dijemput semua jemaah datang mendengar isu-isu semasa dan pesanan dari tokoh yang pernah menggegarkan negara satu ketika dulu. Semoga kita mendapat manafaat daripada kuliah beliau nanti. Sesiapa sahaja yang berkuliah pasti akan ada manafaatnya, ambillah yang terbaik dari kuliah tersebut.

Rabu, 9 Februari 2011

MAULIDURRASUL 1432HIJRIAH

Assalmualaikum
Kepada teman-teman ahli qariah Masjid Bukit Indah, sebagaimana biasa MBI akan menyambut HARI KEPUTERAAN BAGINDA SOLLAHU ALAIHI WASALLAM tepat pada tarikhnya ialah 15 Feb 2011.
Program akan bermula dari 8.00 pagi, dengan aturcara yang padat dan menarik, Insya' Allah. Antara yang menarikh ialah :
1. Nasyid dari Kumpulan Faz
2. Nasyid dari firqah Nasyid 3 buah sekolah, iaitu Sekolah Bukit Indah, Kosas dan Ilmi.
3. Bercerita oleh 3 orang murid sekolah Rendah Bukit Indah, Kosas dan Ilmi.
4. Dijangkaka seorang pendeklamasi sajak iaiti PYAN HABIB akan dijemput untuk mendeklamasikan sajaknya.
5. Forum Perdana yang menampilkan Ustaz Hasrizal jamil sebagai salah seorang ahli panelnya.
Insya' Allah pihak MBI akan menyediakan makanan pagi dan tengah hari pada hari tersebut.
SEMUA AHLI QARIAH MBI dan sekitarnya di jemput hadir.
"MASJID KITA KOMITMENT KITA".