Khamis, 28 Julai 2011

RAMADHAN 2011/1432H

Salam...
Sebagaimana biasa setiap tahun apabila datang bulan Ramadhan, maka kemeriahannya terserlah...dengan ramainya ahli qariah menyertai sama dalam program-program masjid. Tahun ini, agak unik sedikit, kerana kita telah mulakan Bulan Ramadhan ini dengan satu program yang besar, iaitu kuliah USTAZ AZHAR IDRUS pada 23/7 baru-baru ini. Kutipan derma Ramadhan yang diperolehi lebih kurang RM13,000.00 campur dengan kutipan sewa tapak perniagaan.
Pada Ramadhan tahun lepas, pihak masjid telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM113,000.00 untuk kesemua bentuk program dan infaq Ramadhan.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam bulan mulia ini sebagaimana berikut :
(1) 7.00 mlm - 7.30 mlm : Berbuka puasa setiap hari di Masjid.
(2) 7.40 mlm : Solat Maghrib
(3) 8.30 mlm : Solat Isya'
(4) 8.45 mlm : Tahlil
(5) 9.00 mlm : Solat Terawih 8 Rakaat.
(6) 9.40 mlm : Tazkirah
(7) 10.15 mlm : Solat Witir 3 Rakaat.
(8) 10.30 mlm : Moreh
(9) 10.45 mlm : Tadarrus al Quran
INFFAQ IFTHOR HARIAN
Akan dilaksanakan setiap hari, dijemput kepada semua ahli Qariah melabur untuk Akhirat dengan RM700 sehari bagi satu saham, boleh bayar kurang dari jumlah itu, masjid akan mencari ahli Qariah lain untuk mencukup RM700.00.
INFAQ MOREY
Setiap malam juga, program Solat Terawih akan ditutup dengan sedikit jamuan kueh mueh, atau lebih kepada makanan ringan, pihak Masjid membuka pelaburan Akhirat sebanyak RM500.00 sahaja untuk satu saham.
INFAQ SAHUR
Selain dari itu, masjid juga membuka pelaburan Akhirat sebanyak RM500.00 satu saham sahaja untuk sahur bermula dari malam ke 21 hingga ke malam 29 Ramadhan.
Pihak Ahli Qariah juga boleh menderma kepada masjid dalam semua bahagian, samada dalam bahagian prasarana, pa system, dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan