Sabtu, 2009 November 28

SOLAT HARI RAYA & KURBAN

Alhamdulillah, program Solat Sunat Hari Raya yang dilaksanakan di MBI telah berjaya mengumpul ramai jemaah yang terdiri dari ahli kariah Bukit Indah. Imam bertugas pada pagi itu yang juga khotib ialah Imam Zaki bin Yaakub (Imam 2).
Alhamdulillah juga di atas derma yang diberikan oleh ahli jemaah MBI sehinggakan kita berjaya mengumpulkan lebi dari 7 ribu. Terima kasih kepada semua. Saya juga ucapkan jazakumullah kepada semua ajk yang bertungkus lumus dalam melaksanakan program solat hari raya.

KURBAN AIDIL ADHA
Alhamdulillah, program sembelih lembu kurban yang berjumlah 16 ekor, ditambah lagi dengan seekor hadiah dari JAIS telah berjaya diselesaikan, mula dari 11.30 pagi, daging telah mula diagih-agihkan kepada ahli jemaah. Jazakallah kepada semua yang membantu menyembelih dan melapah serta membahagikan daging-daging qorban, juga kepada ajk masjid.
Terima kasih untuk semua ; Us Shukri Harun.

PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH BERJAYA...

Alhamdulillah.....puasa sunat yang MBI anjurkan pada 26/11/09 bersamaan 9 Zulhijjah, amat berjaya dilaksanakan. Keadaan ini berdasarkan kepada kehadiran ahli kariah ketika Majlis Berbuka Puasa petang tersebut.
Jazakumullah di atas segala kerjasama yang diberikan oleh semua ajk dan ahli kariah Masjid Bukit Indah. Insya Allah akan di adakan lagi majlis seperti ini di masa-masa akan datang.
Terima kasih : Dari Us Shukri Harun.

Rabu, 2009 November 25

Puasa Sunat Perdana 9 Zulhijjah

Assalamualaikum, kepada semua ahli kariah Masjid Bukit Indah
Insya' Allah esok bersamaan hari khamis 26hb November 2009 adalah merupakan hari di mana semua jemaah Haji akan melaksanakan rukun Haji yang paling penting iaitu Wukuf di padang Arafah. Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya :
"Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah"
(Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Para jemaah haji akan melakukan ibadah sampingan seperti solat sunat, berzikir ketika berada di padang Arafah. Tetapi apakah pula yang perlu dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkesempatan ke Mekah mengerjakan haji ini? Maka, jawapannya ialah berpuasa sunat pada 9 zulhijjah, sebagaimana hadis Rasulullah :
Daripada Hunaidah bin Khalid RA, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berkata: ‘Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah, pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi : Berpuasa pada hari-hari sepuluh Zulhijjah adalah sunat yang sangat digalakkan
Oleh itu teman-teman sekelian, marilah sama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah ini, agar ia menjadi suatu amalan yang menjadi budaya kepada ahli kariah Masjid Bukit Indah Insya Allah.....
SELAMAT BERPUASA SUNAT....JAMUAN BUKA PUASA DISEDIAKAN.
Saudaramu Dalam Islam : Us Shukri Harun.

Selasa, 2009 November 24

Penantian Kuliah Subuh

Assalamualaikum
Kepada semua ahli kariah yang menantikan kuliah subuh Us Shauki Osman dari UPM ahad baru-baru ni, saya mohon maaf, kerana Us Shauki tidak dapat datang kerana demam dan selsema. Insya Allah beliau akan datang pada ahad ke empat pada bulan Disember depan. Kesulitan amat dikesali.

Rabu, 2009 Oktober 21

Meeting AJK MBI

Salam sejahtera buat semua teman-teman dan ahli kariah yang masih memantau blog ini. Untuk makluman semua malam ini ajk akan bermesyuarat untuk pengurusan agm yang akan di adakan sabtu ini 24 Okt 09, dari jam 8.30 pagi. Semoga Allah meredhai serta memberkati sesiapapun yang sanggup menghabiskan masanya demi pengurusan rumah Allah ini.
SELAMAT BERMESYUARAT BAGI SEMUA AJK.
dari nazir.

Khamis, 2009 Oktober 15

Assalamualaikum kepada teman-teman yang terus memantau blog Masjid Bukit Indah ini. Agak lama jugak tidak up date blog ini, ini adalah kerana dah ada blog rasmi masjid iaitu (www.masjidbukitindahampang.com).
Buat makluman rakan-rakan ahli kariah semua, MBI telah memulakan program kuliahnya sejak awal Oktober lagi dengan pengkuliahnya Ustaz Hasrizal Jamil. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan penceramah/pengkuliah yang kita jemput sewaktu bulan Ramadhan dulu.
Semalam 14/10 Dr. Zawawi dari UM, beliau akan kekal berkuliah setiap rabu ke 2 dengan menggunakan kitab An Nawawi bertajuk "Al Azkar". Para jemaah yang berminat amat digalakkan membeli kitab tersebut. Atau mungkin pihak MBI akan membeli untuk para jemaah.
Jadual kuliah ini telah mula di tampal, Insya Allah jumaat ini akan diedarkan untuk rujukan para ahli kariah.
Semoga kita dapat menjadikan MBI sebagai "universiti rakyat" yang membekalkan ilmu yang bermanafaat untuk proses menjadi insan bertaqwa sepanjang masa dan ketika.
Harapan kami agar tuan-tuan semua dapat memberikan komitment untuk hadir ke majlis-majlis kuliah yang banyak manafaat ini.

Selasa, 2009 September 15

Alhamdulillah, semalam MBI telah dikunjungi oleh Syeikh Mohammad Siyam, Mantan Imam Masjdi Al Aqsa yang sekarang menetap di Yaman. Beliau tidak dibenarkan balik ke Palestin. Sambutan ahli kariah cukup membanggakan. Kutipan derma mencecah 9 ribu lebih, kutipan yang melambangkan keprihatian ahli kariah kepada perjuangan rakyat Palestin. JazakumuLLAH kepada semua ahli kariah yang begitu iltizam dengan nasib sesama Islam. Mudah mudahan Allah memberikan keberkatan kepada harta ahli kariah MBI semua. Allah juga akana menurunkana rahmah-Nya serta keredhaan-Nya kepada masyarakat yang melaksanakan tanggungjawab mereka seumpama menderma, firman Allah Ta'ala:
ومما رزقناهم ينفقون(dan apa yang Kami berikan kepada mereka, mereka infaqkan yakni sedekahkan - Surah al Baqarah ayat 3)
Saya begitu kagum dengan syeikh Siyam ini, beliau boleh khatam quran setiap 3 hari, sepanjang perjalanan beliau dari Kedah ke Kelantanpun beliau sempat khatam Al-Quran juga. ALLAHUAKBAR.....begitu sekali hebatnya amalan syeikh Siyam. Hidupnya sentiasa dengan mashaf Al-Quran. Itulah contoh alim yang mempraktikan ilmunya. Oleh itu, wahai teman-teman ahli kariah semua.....contohilah akhlak yang terpuji ini, hidup dengan Al-Quran, dan matipun dengan Al-Quran.