Khamis, 5 April 2012

Mesyuarat Agung Khas MBI

Salam buat semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, agak lama juga tidak mencoretkan sesuatu buat semua rakan-rakan diluar sana. Kengkangan masa disebabkan kerja dan hal-hal peribadi menyebabkan blog ini tidak teredit sejak beberapa masa. Mohon maaf di atas keadaan ini.
Insya Allah pada 21 April 2012, hari sabtu jam 9.00 pagi, pihak JAIS telah bersetuju untuk pihak MBI mengadakan mesyuarat Agung Khas, bertujuan mendapatkan barisan ajk baru yang akan mentadbir masjid Bukit Indah.
Bagi ahli Qariah yang selalu dengan masjid, selalui berjemaah di MBI, selalu hadir kuliah-kuliah di MBI dan selalu dengan ajk masjid, amat mengetahui perkembangan MBI secara langsung, tetapi bagi ahli qariah yang kurang ke masjid, mungkin kurang maklumat tentang perkembangan masjid, tentu mempunyai sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan ahli qariah yang biasa.
Oleh itu, kepada semua rakah ahli qariah, buat pilihan yang tepat dan sesuai dengan perkembangan MBI sekarang. Firman Allah Ta'ala dalam surah At Taubah ayat 18 :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
(Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid2 Allah itu ialah orang2 yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan akat dan tidak takut melainkan kepada Allah (Dengan adanya sifat2 yg tersebut) mak adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk)
Semoga Allah menjauhkan segala permusuhan dan persengketaan sewaktu mesyuarat diadakan.
Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan