Isnin, 1 Februari 2010


Assalamualaikum, Insya Allah pada 26 Februari 2010 ini satu sambutan sempena Maulidurrasul akan dibuat. Maulidurrasul kali ini, pihak MBI tidak berarak sebagaimana tahun-tahun lepas. Ini disebabkan kesuntukkan masa, memandangkan hari jumaat, ada solat Jumaat.
QIYAMULLAI
Bermula dari pukul 4.30 pagi, qiyamullai di bawah pimpinan Ustaz Sazali (Mantan Imam Masjid As Syakirin KLCC), sehingga Kuliah Subuh. Seterusnya akan diikuti pula dengan beberapa program yang akan disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran dengan masjid, program ini akan selesai pada jam 12.30 tengah hari.
FORUM MAULIDURRASUL
Forum ini akan bermula selepas solat Maghrib. Ahli Panel yang dijemput ialah : Ustaz Haslin Abu Bakar (Pendakwah bebas, penceramah IKIM, Pembimbing Haji), ahli panel kedua ialah Ustaz Halim Din (Pegawai Dakwah dari Lembaga Zakat Selangor), dan forum ini akan dipengerusikan oleh Ustas Syarhan (Penyelia Masjid dari Pejabat Agama Islamm Gombak).
Semoga semua ahli kariah Masjid Bukit Indah datang beramai-ramai untuk menimba ilmu, tajuk forum ialah "KEADILAN PEMERINTAHAN RASULULLAH DI MADINAH".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan