Selasa, 20 Julai 2010

Kipas Ruangan Tengah Masjid

Assalamualaikum
Menyedari betapa panasnya jemaah yang datang untuk solat di ruangan tengah masjid, maka pihak ajk telah membuat keputusan untuk meluluskan pembinaan 24 buah kipas di ruangan tengah masjid.
Alhamdulillah hampir 90% pembinaannya telah dapat diselesaikan setakat ini, bakinya 10% lagi akan diselesaikan tidak berapa lama lagi Insya Allah.
Keseluruhan peruntukkan yang digunakan ialah sebanyak lebih kurang RM28,000. Kipas yang digunakan ialah kipas lima bilah yang cukup selesa bila para jemaah berada di bawahnya.
Kepada teman-teman dari kalangan ahli kariah masjid bukit indah atau sesiapa sahaja yang ingin menyertai sama dalam amal jariah ini, amatlah dialu-alukan. Tuan-tuan boleh menghulurkan derma melalui pejabat Masjid Bukit Indah ataupun melalui tabung khas yang akan disediakan nanti.
Semoga segala sumbangan yang diberikan akan memberikan kita pahala yang berterusan Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan