Ahad, 10 Oktober 2010

Hukum Azan dan qamat.

Assalamualaikum
Kepada teman-teman dan rakan-rakan ahli qariah, dah beberapa kali isu azan ini dikemukakan. Dengan segala penghormatan kepada saudara/i yang mencadangkan agar azan isya' terus dikumandangkan meskipun ada pengajian.
Sebenarnya memang kita pihak masjid akan tetap azan isya', tetapi jikalau pihak ustaz yang mengajar ketika itu, tidak memberi laluan, kerana sedang asyik mengemukakan hujjah-hujjahnya, maka untuk teruskan azan adalah agar sukar. Bilal yang bertugas perlu memaklumkan tentang masuk waktu....itulah yang agak sukar.
Oleh itu berdasarkan beberapa pandangan ulama, sebagaimana di bawah, maka saya simpulkan bahawa azan hukumnya sunat bukan wajib. Sunat pula, sunat kifa'i....maksudnya, jika ada surau atau masjid lain yang telah azan sebagai memberitahu telah masuk waktu solat, maka telah dikira memadai.
Jadi, oleh kerana di sekeliling masjid amat banyak surau-surau dan masjid-masjid yang telah mengumandangkan azan..maka telah memenuhi tuntutan sunat kifa'i.
Al Marhum Dato' Haji Baharum juga pernah ditanya tentang azan isya' ini ketika beliau sedang mengajar di Masjid al I'tisam, Batu 3....beliau menjelaskan bahawa azan itu sunat kifa'i manakala kuliah/majlis ilmu adalah wajib, maka tidak mungkin yang sunat boleh didahului.
"Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.
Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya".

Walau bagaimanapun, pihak ajk akan terus melaksanakan azan solat isya' ini jika keadaan mengizinkan, sebagaimana dinyatakan di atas. Semoga perkara ini dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara yang baik Insya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan