Khamis, 9 Disember 2010

PUASA 10 MUHARRAM

Saudara sekelian.....tidak berapa lama lagi kita akan melalui 10 Muharram, oleh itu satu ibadah yang sinonim dengannya ialah puasa. Nabi pernah bersabda:
يوم عاشوراء إن شاء صام
Yang bermaksud: " Pada Hari A'syura sekiranya kamu hendak berpuasa, berpuasalah".
Dan hadis daripada ummu al-mukminin Aisyah RA telah berkata:
كان يوم عاشوراء تصومه قريش في الجاهلية, وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية , فلما قدم المدينة صامه وأمر بصيامه , فلما فرض رمضان ترك يوم عاشوراء , فمن شاء صامه ومن شاء تركه
Yang bermaksud:
"Masyarakat jahiliah pada ketika dahulu telah berpuasa pada hari a'syura, dan begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW juga pernah berpuasa pada hari tersebut, ketika mana nabi Muhammad SAW tiba di Madinah nabi Muhammad SAW juga telah berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan agar para sahabat juga berpuasa, dan apabila diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi Muhammad telah meninggalkan puasa pada hari a'syura, maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang ingin meninggalkannya maka tinggalkanlah."
Ramai juga Ulama yang bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara yang berlaku pada 10 Muharram ini, antaranya ialah, tentang pengampunan Allah terhadap kesilapan Nabi Adam dan Hawa memakan buah larangan. Kapal Nabi Nuh alahissalam berlabuh di Bukit Judi, Nabi Yunus dimuntahkan oleh Ikan Nun di tepi pantai, diciptakan dunia pada hari 10 asyura'.
Semoga insan yang sedar jiwanya, melihat semuanya ini sebagai suatu suntikan perjuangan dan motivasi diri ke arah lebih baik dan cemerlang.
SELAMAT BERPUASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan