Ahad, 25 April 2010

KHUTBAH JUMAAT 23 APRIL 2010

الحمدُ لله القائل (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
(الذي إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وأتووا الزكاةَ وأمَروا بالمعروف ونَهَوا عنِ المنكر ولله عاقبةُ الأمور (الحج 41)
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Marilah kita bertaqwa kepada Allah, dan ingatlah bahawa neraka itu hampir dgn sesiapa yang melakukan kejahatan, berhentilah daripada kerja-kerja mungkar dan maksiat.
Khotib mengajak para jemaah semua memberi pesanan dan teguran, Firman Allah Ta’ala :
والعصر إن الإنسان في خسر إلا اللذي ءامنوا وعملوا الصالحا وتوصوا بالحق وتواصو باالصبر
(Demi masa, sesungguhnya manusia/insan itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta pesan memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaharan)
Sebagai seorang manusia yang menjadi khalifah Allah, kita mempunyai tanggungjawab yang besar, antaranya ialah membawa Islam ke tengah masyarakat, amanah ini diletakkan di bahu setiap muslim, firman Allah Ta’ala :
إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبينَ أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا
(Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, gunung ganang dan bukit bukau, namun semuanya tidak sanggup memikulnya, tetapi telah dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu maha zalim dan maha jahil)
Di antara senarai muslim yang menerima amanah ini ialah pemimpin, oleh itu marilah sama-sama kita beri sedikit pesanan kepada golongan ini, kerana memberi pesanan adalah satu suruhan dan sunnah baginda sollahu alaihi wasallam :
Pesanan الدينُ نصيحة قلنا لمن يا رسول الله قال : لله ولرسوله ولأئمةِ المسلمين وعامتهم
(Agama itu ialah nasihat, lalu sahabat bertanya "untuk siapakah ya Rasulallah?, jawap baginda "Untuk Allah, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan umat seluruhnya".
Buat semua yang mempunyai jawatan terutama pemimpin, bahawa mereka perlu melaksanakan beberapa perkara sebagaimana ayat yg di baca pada permulaan tadi,
Para pemimpin mesti berakhlak dengan Akhlak Islam yang mulia, kerana mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
Jangan berakhlak buruk dan keji seperti menyebarkan fiitnah : Firman Allah Ta’ala :
ولا تُطِعْ كُلَّ حَلاَّفٍ مهِينٍ هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيم - القلم 10
(jangan kamu patuh setiap orang yang suka bersumpah dan menghina orang lain. Yang suka membisikkan yakni mencela dan suka menabur fitnah)
Juga Jangan sekali-kali memaki hamun orang lain. Sabda Rasulullah :
سبابُ المؤمنِ فسوقٌ (مماكي) وقتالُهُ كُفرٌ
(Memaki hamun orang mukmin suatu kerja fasiq, memeranginya suatu kerja kufur)
Setiap pemimpin mestilah berfungsi menyedarkan masyarakat dengan Islam, dan menjadikan Islam sebagai agenda mereka, Memberi contoh terbaik kepada orang-orang bukan Islam yang melihat ke arah Islam, Firman Allah Ta’ala :
(Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)- At Taubah)
Pemimpin juga dinsaihati supaya tidak menunjukkan contoh yang tidak baik, umpama menjadi peminum arak, Sabda Rasulullah sollahu alaihiwasallam :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لَيَشْرَبَنَّ ناسٌ من أمتي الخَمْرَ يُسَمُّونَها بغير اسمِها يُعْزَفُ على رؤوسِهم بالمعازِفِ والمغَنِّياتِ يخسِفُ اللهُ الأرضَ ويجْعَلَ منهُم القرَدَةَ والخَنازيرَ

Kerana menjadi suatu kelaziman pembesar2, menjadikan arak sebagai cara keseronokan.
Kepada semua pemimpin, peganglah amanah serta tunaikanlahnya dengan sebaik-baiknya.
Kita berharap agar semua pemimpin bertaubat kepada Allah di atas setiap kesalahan yang dilakukan, dan kita berterima kasih kepada semua pemimpin yang sentiasa bertaubat kepada Allah, dan kita berharap pemimpin yang masih tidak bertaubat segera segeralah bertaubat kepada Allah...kerana mereka adalah contoh yang dilihat oleh masyarakat.
Firman Allah Ta’ala :
قل إن كنتم تُحبون الله فاتَّبِعُوني يُحْبِبْكُمُ اللهُ ويَغْفِرْ لكُم ذنوبَكُم واللهُ غفورٌ رحيمٌ - أل عمران 31
Katakanlah kalau kamu benar2 mencintai Allah, maka turutlah aku nescaya kamu akan dikasihi Allah, dan diampunkan segala dosa2 kamu, dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan