Khamis, 20 Ogos 2009

Tafsir Surah Yasiin Bersama Nazir


Assalamualaikum buat semua teman-teman ahli kariah Bukit Indah. Sesungguhnya surah yasin yang merupakan salah satu surah dari al-Quran adalah satu surah yang dikenali sebagai jantung ataupun hati al-Quran. Sabda Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam :
إن لكل شيء قلبا وقلبُ القرءان يس وَدَدْتُ أنها في قلبِ كُل إنسان من أمتي
(Bahawa sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada hatinya. Hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesungguhnya aku terlallu amat gembira jika surah ini berada di dalam hati setiap umatku (Riwayat At Termizi).
Selama ini kita membaca surah Yasin, kita betulkan segala hukum tajwidnya, akan tetapi kita tidak didedahkan akan maksud serta tafsiran surah ini. Terlalu banyak kisah dan pengajaran dari dalam surah Yasin ini.
Untuk tujuan mendedahkan isi kandungan surah Yasin ini, maka pada setiap hari khamis ke 3 setiap bulan, satu kelas tafsir Surah Yasin akan di adakan. Permulaannya ialah pada malam ini 20 Ogos 2009.
Kitab tafsir yang digunakan ialah karangan Ustaz Syahril Azman al-Hafiz. Pihak masjid telah menyediakan kitab tersebut. Semoga dengan program ini akan memberi sedikit peningkatan kepada ahli kariah yang sentiasa iltizam dengan solat berjemaah dan kuliah-kuliah di masjid Bukit Indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan