Ahad, 28 Jun 2009

Beberapa perubahan yang telah dibuat oleh ajk baru

Salam untuk semua
Sejak ajk baru mentadbir Masjid Bukit Indah, perubahan yang paling ketara yang dilakukan ialah menaikkan gaji dan elaum petugas masjid. Sejak 4 hingga 5 tahun imam tidak pernah dinaikkan gaji dan elaunnya. Alhamdulillah dalam mesyuarat ke 2 ajk baru, setiap imam tinggal di luar diberikan elaun perumahan sebanyak RM300.00. Selain itu, gaji petugas masjid yang terdiri dari imam, bilal dan siak telah dinaikkan bermula akhir jun ini.
Masjid juga sedang merancang pengajian ilmu yang lebih berkesan dan bersistem. Insya ALLAH, semua sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid. Bantulah kami dalam mentadbir masjid ini demi kerana Allah. Teguran membina diperlukan. Sekian terima kasih.

Konvensyen Pengurusan Masjid

Assalamualaikum
Kepada semua ahli qaryah Bukit Indah
Hari semalam 27 Jun dan hari ini 28 Jun, 2 program yang telah dibuat oleh pihak Masjlid Agama Islam seeelangor. Harii pertama Masjid kita diwaakili oleh Setiausaha, Bendahari dan Imam I. Manakala hari ke dua iaitu, 28 Jun dihadiri sendiri oleh Nazir.
Pembentangan pertama oleh seorang pakar pendidik iaitu Dr Siddiq Baba. Aktivis da'wah yang rajin berceramah dan menulis. Dr Siddiq Baba mengajar semua pengurus masjid berusaha untuk mengakhtifkan masjid. Wujudkan halaqah ilmu di masjid-masjid. Beliau juga menyebutkan contoh masjid Nabawi, wujudnya golongan ahlusuffah, golongan ini adalah golongan berilmu. Peranan masjid dengan da'wah ia berhubung kait. Beliau membaca ayat quran yang mafhumnya "mestilah ada orang yang berjuang dan mengajar kepada Islam", juga beliau menyebut tentang uslub da'wah, firman Allah :
ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
(Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah, contoh yang terbaik dan jika berdebat, berdebatlah dengan cara paling baik)
Dr Siddiq juga mengatakan, kita hanya berda'wah, tetapi yang memberi hidayah ialah Allah. Inilah antara intisari ucapan Dr Siddiq Baba. Sebelah petang pembentangan Us Zahazan pula. Sekadar ini dulu.......(disediakan oleh Us Shukri Harun)

Jumaat, 26 Jun 2009

Tazkirah Jumaah Masjid Bukit Indah

وعن معاذ رضي الله عنه قال : قلتُ يا رسول الله : أخبِرنِي بعملٍ يُدخِلُنِي الجنةَ ويُباعِدُنِي منَ
النارٍ؟ قال : لقد سألتَ عن عظيمٍ وإنهُ لَيَسِيرٌ على مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تعالى عليه : تَعبُدُ الله لا تُشرِكَ به شيئاً وتُقيمُ الصلاةَ وتُؤتِيَ الزكاةَ وتصومَ رَمَضانَ وتَحُجَّ البيتَ إنِ استطَعتَ إليه سبيلا
ثم قال : ألا أَدُلُكَ على أبوابِ الخيرِ؟ الصومُ جنةٌ والصدقةُ تُطْفئُ الخطيئةَ كما يُطفئُ المآءُ النارَ وصلاةُ الرجلِ من جوفِ الليل ثم تلا : تتجافي جنوبهم عن المضاجع حتى بلغَ يعمَلون,
ثم قال : ألا أُخْبِرُكم برأس الأمرِ وعَمُودُهُ وذِروَةِ سِنَاْمِهِ (كمونجق)؟ قلتُ بلى يا رسول الله. قال : رأسُ الأمر الاسلام وعَمُودُهُ الصلاة وذِروَةُ سِنَاْمِهِ الجهاد,
ثم قال ك ألا أُخبرُك بهلاكِ ذلك كُلِّهِ؟ قلتُ بلى يا رسول الله, فأخذبلسانِهِ قال : كُفٍّ عليك هذا قلتُ يا رسول الله وإنا لَمُؤَاخّذّون بِما نتَكَلَّمُ به؟ فقال : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ وهل يَكُبُّ الناسَ في النارِ على وُجُهوهِهِم إلاَّ حَصائِدُ ألْسِنَتِهِم

Terjemahannya :
Dari Ma'az rodhiyALLAH 'anhu, katanya "Aku kata kepada Rasulullah, wahai Rasulullah, beritahulah amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka. Nabi menjawab, kamu bertanya tentang perkara yang besar.

(inilah hadis yang disampaikan oleh Nazir dalam tazkirah jumaah tadi, tak sempat nak terjemah. Nanti malam sambung balik Insya Allah)

Isnin, 22 Jun 2009

KHUTBAH YB DATO' HASSAN ALI EXCO AGAMA


Assalamualaikum
Buat makluman semua ahli qariah Bukit Indah, pada hari jumaat ini bersamaan 26 Jun 2009, khatib Jumaat ialah Yb Dato' Haji Hassan Ali, Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Inilah julung-julung kalinya YB Dato' datang berkhutbah di Masjid Bukit Indah sempena pertukaran ke ajk baru.
Kita semua mengenali YB Dato', dan mengetahui beliau amat berkemampuan dalam berpidato, semoga khutbah ini akan memberi kesan yang besar kepada para jemaah Insya Allah.
Semoga ajk baru diharapkan dapat hadir dan beramah mesra dengan YB Dato' Insya Allah selepas solat jumaat.

Khamis, 18 Jun 2009

MASJID BERASASKAN TAQWA KEPADA ALLAH



Assalamualaikum
Setiap jawatankuasa masjid perlu sedar bahawa, apabila jawatan diberikan kepada seseorang khususnya berkaitan dengan masjid, maka perlu diingati bahawa masjid adalah juga dikenali dengan rumah Allah, setiap ajk mesti ingat bahawa mereka menjadi ajk rumah Allah. Maka berwaspadalah agar tuntutan jawatan atau tanggungjawab terhadap jawatan itu amatlah besar dan penting. Firman Allah Ta'ala dalam surah An Nisa' ayat 58:
إن الله يأمرُكم أن تؤدوا الأماناتِ إلى إهلهاوإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إن الله كان سميعا بصيرا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Setiap jawatan juga bermaksud amanah yang diberikan Allah, bukannya jawatan ini bertujuan untuk bersuka-suka, ataupun bukannya untuk dijadikan sebagai cara mendapatkan nama atau kebendaan, tetapi merupakan suatu tanggungjawab yang akan di pertanggungjawabkan oleh Allah di padang mahsyar nanti.
Masjid adalah instusi yang mesti diasaskan dengan ketaqwaan, sebagaimana Masjid Quba' yang telah dipuji oleh Allah dalam ayat 108 surah At-Taubah:
لمسجدٌ أُسِّسَ على التقوى من أولِ يومٍ أحقُّ أن تقومَ فيه فيه رجال يحبون أن يتظهروا واللهُ يحب المطهرين
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Bagi menjadikan sesuatu masjid itu berasaskan taqwa, maka setiap ahli jawatankuasanya harus turut bertaqwa, kerana tidak mungkin masjid akan diasaskan dengan taqwa jika ajknya tidak bertaqwa. Setiap pengurusan masjid mesti berusaha menjadikan setiap jemaah yang hadir turut sama bertaqwa. Untuk tujuan tersebut, maka seluruh program yang dilaksanakan mestilah berorientasikan taqwa. Inilah yang telah dilakukan oleh baginda sollahu 'alaihi wasallam di Masjid Quba dan masjid Nabawi.
Mudah mudahan masjid Bukit Indah akan diasaskan dengan ketaqwaan kepada Allah, bukannya diasaskan oleh kepentingan diri, dan bukan juga di asaskan oleh kepentingan pangkat dan jawatan.
Semoga Allah merahmati kita, serta memberikan pertolongan kepada ajk baru yang dilantik untuk memenuhi asas taqwa yang dianjurkan dalam ayat tadi. Sekian terima kasih.

Pengumuman Ajk Baru

Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 18 Jun 2009 jam lebih kurang 8.30 malam, satu pengumuman jawatankuasa baru Masjid Bukit Indah telah dilakukan oleh Nazir Masjid. Semua senarai ajk masjid yang terdiri dari Pegawai Masjid dan jawatankuasa kariah telah diumumkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapan kita agar semua ajk yang dilantik menerima perlantikan ini dengan redha serta berusaha untuk menunaikan amanah sedaya mungkin. Rasulullah pernah menyebut dalam sabdanya :
كُلُّكُم راعٍ ووكلكم مسؤول عن رعيته
"Semua kamu adalah pemimpin, semua kamu akan ditanya di atas apa yang dipimpinnya"
Semoga Allah memimpin kita semua sebagai ajk rumah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya, amin.

Jawatankuasa Baru Masjid Bukit Indah

Assalamualaikum
Kepada semua penduduk atau ahli qariah Masjid Bukit Indah, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui suratnya kepada pihak Masjid Bukit Indah bertarikh 27 Mei 2009 dengan nombor rujukan Bil (24) MAIS/PENGERUSI/011/1 telah menyenaraikan dua bentuk struktur organisasi Masjid Bukit Indah, iaitu yang pertama ialah "PEGAWAI MASJID" dan yang kedua "JAWATANKUASA KARIAH".
Perlantikan ini berdasarkan KAEDAH 6 (1), KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2001 "Setiap Masjid hendaklah ditadbirkan oleh Pegawai Masjid dan suatu Jawatankuasa Kariah yang terdiri daripada :
PEGAWAI MASJID
1) Shukri bin Mohamed @ Harun - Nazir
2) Mohammad Arif bin Abdullah - Imam I
3) Saime bin Awang - Imam II
4) Mohd Zaki bin Yaacob - Imam III
5) Haji Baharudin bin Hamzah - Bilal I
6) Mohamed @ Hussin bin A Manap - Bilal II
7) Ab Aziz bin Mohd Isa - Siak I
8) Haji Yusoff bin Desa - Siak II

JAWATANKUASA KARIAH
1) Dato' Hj. Mohamed Nazir bin Meraslam - Timbalan Nazir
2) Mohmad Nazari bin Rahman - Setiausaha
3) Rosman bin Ismail - Penolong Setiausaha
4) Izzuddin bin Idris - Bendahari
5) Haji Mohd Nor @ Ghazali bin Omar - Ahli Jawatankuasa
6) Wan Md Suhaimi bin Wan Sulaiman - Ahli Jawatankuasa
7) Abd Ghani bin Sulaiman - Ahli Jawatankuasa
8) Abd Ghani bin Sulaiman - AHli Jawatankuasa
9) Mohd Anuar bin Mohd Yusof - Ahli Jawatankuasa
10) Rosli bin Abd Ghani - Ahli Jawatankuasa
11) Muhhammad Anas bin Haji Malek - Wakil Pemuda
12) Rofiah bt Zainal Abidin - Wakil Wanita
13) Abd Aziz bin Atan - Pemeriksa Kira-kira I
14) Ab Halim Hilmi bin Suib - Pemeriksa Kira-kira II
Perlantikan ini telah dibuat dengna resminya oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.
Seluruh jawatankuasa yang disebutkan di atas berkuat kuasa dari 1 Jun 2009 hingga, dan berakhir hingga tahun 2012.
Insya' Allah satu mesyuarat akan diadakan pada malam ini 18 Jun 2009 untuk membincangkan pengurusan Masjid Bukit Indah. Kelewatan ini kerana Nazir Us Shukri ke Mekah selama dua (2) minggu.
Semoga seluruh ahli qaryah Bukti Indah menolong membantu serta menyertai sama dalam mengimarahkan masjid, serta sentiasa bersedia untuk datang ke masjid sebagai suatu tuntutan Islam kepada setiap ahli qaryah.
Sekian terima kasih.
Dari : Nazir.