Salam buat semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, agak lama juga tidak mencoretkan sesuatu buat semua rakan-rakan diluar sana. Kengkangan masa disebabkan kerja dan hal-hal peribadi menyebabkan blog ini tidak teredit sejak beberapa masa. Mohon maaf di atas keadaan ini.
Insya Allah pada 21 April 2012, hari sabtu jam 9.00 pagi, pihak JAIS telah bersetuju untuk pihak MBI mengadakan mesyuarat Agung Khas, bertujuan mendapatkan barisan ajk baru yang akan mentadbir masjid Bukit Indah.
Bagi ahli Qariah yang selalu dengan masjid, selalui berjemaah di MBI, selalu hadir kuliah-kuliah di MBI dan selalu dengan ajk masjid, amat mengetahui perkembangan MBI secara langsung, tetapi bagi ahli qariah yang kurang ke masjid, mungkin kurang maklumat tentang perkembangan masjid, tentu mempunyai sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan ahli qariah yang biasa.
Oleh itu, kepada semua rakah ahli qariah, buat pilihan yang tepat dan sesuai dengan perkembangan MBI sekarang. Firman Allah Ta'ala dalam surah At Taubah ayat 18 :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
(Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid2 Allah itu ialah orang2 yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan akat dan tidak takut melainkan kepada Allah (Dengan adanya sifat2 yg tersebut) mak adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk)
Semoga Allah menjauhkan segala permusuhan dan persengketaan sewaktu mesyuarat diadakan.
Terima kasih.
Khamis, 5 April 2012
Ahad, 5 Februari 2012
KARNIVAL MAULIDURRASUL 1433
Alhamdulillah pada hari ini Masjid Bukit Indah mengadakan Karnival Maulidurrasul bagi tahun 1433 Hijrah. Banyak program yang sensasi yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekarang sedang berlangsung pertandingan azan peringat rendah dan menengah.Sebelum itu, sejak pagi lagi kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna dan melukis, jumlah mereka melebihi 250 orang. Pihak ajk masjid menjangkakan hanya sekitar 100 lebih yang akan datang, kerana fikirkan mungkin ramai yang ambil kesempatan balik kampung, tetapi sebenarnya tidak. Lebih dari 200 yang datang.
Sebentar lagi, dalam pukul 10.30 akan persembahan nasyid akan berlangsung, kumpulan nasyid yang kita jemput ialah DIVOTESS.
Kemuncak kepada sambutan Maulidurrasul ini ialah progrm ilmu iaitu forum yang akan mengetengahkan panelis seperti Us Solahuddin Nasid dan Us Solihin Muhyi, forum dipengerusikan oleh Nazir Masjid Us Shukri Harun.
Isnin, 28 November 2011
Bersama Dengan Dato' Tuan Ibtahim
Alhamdulillah pagi ini 2 muharram bersamaan 28/11/11 hari isnin, Mbi menerima kunjungan kuliah subuh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, yang bebahagia dato' mengupas tajuk Hijrah.
Selasa, 16 Ogos 2011
NUZUL QURAN BERSAMA IMAM MUDA HAZRAN DALAM QIYAMULLAIL 17 RAMADHAN, MALAM INI
Salam kepada semua teman-teman ahli Qariah Masjid Bukit Indah, Insya Allah MBI akan menghidupkan malam-malam 10 terakhir Ramadhan dengan Qiyamullail. Perancangan AJK, ialah menjemput beberapa peserta program Imam Muda yang amat terkenal sekarang ini.
Untuk permulaan kita akan panas-panaskan program ini dengan kedatangn Nuzul Quran, maka pihak Ajk Masjid telah merancang satu Program Qiyamullail yang akan diadakah pada pagi 17 Ogos, 2011 bermula pukul 3.30 pagi. Jemputan kita untuk Qiyam ini ialah Imam Muda Hazran dari Negeri Sembilan. Insya Allah Qiyamullail ini akan hidup dengan zikir munajat dan alunan ayat-ayat Quran yang boleh merintihkan jiwa bila mendengarnya. Mudah-mudahan ramai ahli Qariah dan juga penduduk sekitar akan datang beramai-ramai untuk Qiyam ini. Insya Allah sahur akan disediakan.
Selasa, 9 Ogos 2011
Bersama Imam Muda Izhar Arif Malam Ke 27 Ramadhan
Salam, buat makluman semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, kita telah berjaya mendapatkan Imam Muda Izhar Arif untuk Qiyamullail malam 27 Ramadhan, yang mana ramai ulama menyebut itulah malam Qodar. Insya Allah majlis itu akan ceria dan dikunjungi oleh ramai ahli Qariah kita insya Allah.
Khamis, 4 Ogos 2011
Buang kejahilanmu...hadirkan pengetahuanmu
Salam buat teman-teman yang sekarang sedang mengerjakan ibadah solat terawih di masjid Bukit Indah....Pihak ajk bercita-cita untuk menjadikan ilmu sebagai tema penting kehidupan seseorang muslim. Mereka boleh bergerak dan beraktiviti dengan di kawal selia oleh ilmu, kerana ilmu itu perlu sekali menerajui kehidupan muslim.... bukan sekadar mendengar majlis ilmu secara adat dan isi masa lapang sahaja, lagi parah kerana terpaksa mendengar kerana sebab-sebab sesuatu...
Wahai teman...
Malam kedua Ramadhan di masjid kita, ketika penceramah sedang mengambil tempat di kerusi dan meja ceramah, sebahagian besar dari jemaah yang baru selesai mengerjakan witir bergegas keluar dari masjid, untuk memasukkan diri dalam senarai orang yang tidak bersedia menerima ilmu... malang sungguh kepada sesiapa yang keluar kerana tidak mahu mendengar....kerana Rasulullah pernah menyifatkan, sesiapa yang berada dalam majlis ilmu, sesungguhnya dia berada dalam fisabilillah.... yang tinggal yang sekitar 20% sahaja dari seramai-ramai jemaah yang hadir memenuhi masjid luar dan dalam.....
Wahai teman...
kadang-kadang terfikir juga, kenapakah ahli qariah kita tidak bersedia menghadirkan diri dalam majlis ilmu ini..... sedangkan, kalau diperhatikan keadaan para ahli qariah, memang ada yang amat memerlukan bimbingan ilmu... kerana kejahilan jelas kelihatan pada gerak geriknya.... ada yang sempat solat sunat selepas asar... sedangkan tiada solat sunat dlm waktu tahrim... ini adalah gambaran betapa ramai yang masih belum banyak pengetahuan agama.... tetapi masalahnya mengapa para ahli qariah kita tidak mempertingkatkan diri mereka untuk lebih mengambil tahu tentang ilmu dan belajar untuk mempertingkatkan diri dari jahil kepada alim????
Wahati teman...
mengapakah kita selalu lupa bahawa yang sunat itu tidak pernah menang jika dibandingkan dengan wajib.... menuntut ilmu itu wajib sedangkan solat terawih itu sunat, tidak pernah diwajibkan dan selama-lamanya kekal dengan sunat..... ini adalah gara-gara tidak tahu... kerana tidak berilmu... alangkah baiknya kalau kita berilmu.
Wahai teman
Diharapkan agar teman-teman semua sudi untuk menunggu sekita buat mengisi kelompangan jiwa denggan ilmu.....
Berbuka dengan Bob Lokman
Assalamualaikum, MBI terus berikan suntikan ilmu kepada semua jemaahnya... Insya Allah pada Sabtu 6 Ogos 2011 ini, Saudara Bob Lokman akan berbuka bersama dengan ahli Qariah Masjid Bukit Indah. Akan dimulakan dengan tazkirah sekitar pukul 6.00 petang Insya Allah. Dijemput semua muslimin muslimat terutama ahli Qariah Masjid Bukit Indah untuk datang mendengar tazkirah berbukanya dengan tajuk "Kembali ke jalan Allah, hatiku pasrah".
Langgan:
Catatan (Atom)