Isnin, 23 Ogos 2010

Qiyamullail 17 Ramadhan

Assalamualaikum
Insya Allah pada Hari Khamis Malam Jumaat, dikira hari Jumaat bersamaan 27 Ogos 2010 / 17 Ramadhan 1431, satu program Qiyamullail akan di adakan bermula jam 3.45 pagi di masjid Bukit Indah.
Ust Sazali Mantan Imam Masjid As Syakirin KLCC telah dijemput untuk menyempurnakan program ini. Berikutan dengan program qiyam itu, selepas itu akan diadakan kuliah Subuh bertajuk "Kekuatan Qiymullail".
Pada malam itu, sahur akan disediakan, dijemput semua muslimin musliman terutama yang berada di sekitar Bukit Indah menyertainya.

Keadaan Ruh Dalam Bulan Ramadhan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ramadan masuk penggal ke 2

Salam sejahtera buat semua teman-teman para jemaah Masjid Bukit Indah....kita telah melepasi 10 malam pertama. Hari ini hari ke 11 Ramadan.....bermulalah penggal ke 2 Ramadan. Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wassallam :
أوله رحمة وأوسطه مغفرة وءاخرو عتق من النار
(Permulaannya Rahmat, pertengahannya keampunan dan hujungnya bebas dari api neraka.
Saudara, bersedialah untuk menemui pula 10 hari terakhir, di sinilah malam Qadar bersembunyi. Carilah dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah Subhanahu wata'ala.
Doalah dengan penuh khusyuk dan tawadhu' di hadapan Allah, agar DIA mengizinkan kita menemui Malam Qadar pada tahun ini.

Selasa, 27 Julai 2010

Jadual Tazkirah Ramadhan 2010

Assalamualaikum
Rasulullah Sollahu alaihiwasallam bersabda :
(Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan ketulusan hati akan diampunkan segala dosanya yang lalu)
Bersama ini dimaklumkan aturcara dan juga senarai pentazkirah sepanjang bulan Ramadhan 2010 untuk Rujukan ahli Qariah Bukit Indah semua. Sebagaimana biasa pihak ajk masjid telah bersetuju untuk melaksanakan Ramadhan kali ini sebagaimana Ramadhan tahun lepas, iaitu :
ATURCARA SEPANJANG RAMADHAN
1. Berbuka puasa.
2. Solat Maghrib.
3. Solat Isya'.
4. Diikuti dengan Tahlil
5. Solat Tarawih 8 rakaat.
6. Tazkirah Ramadhan (Akan bertukar mengikut citarasa penceramah)
5. Solat Witir 3 rakaat.
6. Morey & Tadarus al Quran
7. Qiyamullah, 17 ramadhan, dari malam ke 20 ramadhan.
Diharapkan agar semua jemaah beri komitment yang baik terhadap program, terutama majlis ilmu, kerana majlis ilmu itu lebih besar pahalanya dari solat terawih itu sendiri.

JADUAL TAZKIRAH
10/8 Selasa - Taklimat Puasa - Nazir MBI
11/8 Rabu - Dr. Zawawi Ismail, Pensyarah Kanan UM - menjadi insan yang bersyukur
12/8 Khamis - Us Taufiq Ismail, Pensyarah UIA - Tajuk bebas.
13/8 Jumaat - Us Nazri Mansor, MD al Farabi Consultant - Bagaimana cara membendung hawa nafsu.
14/8 Sabtu - Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman, PPZ - Kepentingan Menuntut Ilmu.
Tazkirah - Us Idris Ahmad, Pendakwah Bebas - Taubat Yang Diterima Allah.
15/8 Ahad - Subuh - Us Rahimi Saat - Pendidikan Al Quranul Karim, Tazkirah - Us Syarhan Humaizi Abdul Halim, Penyelaras Masjid Gombak - Jiwa yang gerun kepada neraka Allah.
16/8 Isnin - Us Fadli Ismail, Pensyarah UKM - Bercita-cita mendapat syurga Allah.
17/8 Selasa - Us Hanafiah Nawawi, Pegawai shariah Bank Rakyat - Bagaimana memantapkan ibadah.
18/8 Rabu - Us Khairul Anuar, Pensyarah ilmu Khas - Persiapan menemui kematian.
19/8 Khamis - Yaakub Abu Seman, Pendakwah Bebas - Menghindari dari maksiat dan dosa.
20/8 Jumaat - Khutbah Jumaat - Us Rahim Nasir, Maghrib - Us Ismail Abas, Pendakwah Bebas - Bagaimana membersihkan jiwa.
21/8 Sabtu - Subuh - Us Zamiri Abdul Razak, Asia Finance - Muraqabah Allah
Tazkirah - Us Nik Zawawi Nik Salleh, Pendakwah Bebas - Sejarah Penurunan al Quran
22/8 Ahad - Subuh - Us Shauqi Osman, Pensyarah UPM - Bulan Jihad, Tazkirah - Us Hadi Talhah - Kemanisan beribadah
23/8 Isnin - Us Shamsul Hakim, Pensyarah HUSM - Memburu malam qadar
24/8 Selasa - Us Nizamuddin, Pendakwah Bebas - Sedekah menyembuhkan penyakit
25/8 Rabu - Us salahuddin Nasir, Pendakwah Bebas - Bagaimana melembutkan jiwa yang keras.
26/8 Khamis - Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahmanm PPZ - Golongan Yang Menjadi ahli neraka
27/8 Jumaat - Qiyamullai & K Subuh Us Sazali, Mantan Imam KLCC, Tazkirah - Dr Rahmat UIA - Istiqamah dengan majlis ilmu.
28/8 Sabtu - K Subuh - Kosong, Tazkirah - Us Syahril Azman, Pendakwah Bebas - Bagaimana al Quran menyembuhkan jiwa.
29/8 Ahad - K Subuh - Us Ridhuan - Bagaimana menyelesaikan gejala sosial, Tazkirah - Us Safiudin Amran, Pengetua Pusat Tahfiz al Quran Safiuddin - Membentuk keluarga bahagia.
30/8 Isnin - Us Yusof bin Embong, Pendakwah Bebas - Golongan yang mengimarahkan masjid
31/8 Selasa - Us Zulkifli Md Suhaimi, pendahwah bebas - Redha dengan kurniaan Allah
1/9 Rabu - Us Hasrizal Jamil, MD Consultant - Mencari cinta hakiki
2/9 Khamis - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Menjauhi bala Allah
3/9 Jumaat - Us Ridhuan Md Nor, Pendakwah Bebas - Sejarah Puasa.
4/9 Sabtu - K Subuh - us Zamiri Abdul Razak, Asean Finance - Tanda2 Kiamat, Tazkirah - Us Ramli Sidon, Ketua Penyelaras Masjid jais - Islam agama benar.
5/9 Jumaat - K Subuh - Us Hadi talhah, Tazkirah - Us Md Adnin Yahya, Pendakwah Bebas - Bebas dari api neraka
6/9 Sabtu - Us Rashdan, Pendakwah Bebas - Berammal dengan al Quran
7/9 Ahad - Us Husni Harun - Cara-cara berhari raya

Selasa, 20 Julai 2010

Buka Puasa Ramadhan

Assalamualaikum
Sebagaimana biasa, bila tiba bulan Ramadhan maka pihak Masjid Bukit Indah akan menganjurkan derma dan sumbangan untuk tujuan mendapatkan dana bagi program-program sepanjang bulan Ramadhan.
Pihak ajk masjid telah bersetuju untuk menganjurkan infaq buka puasa setiap hari sebanyak RM700.00. Ahli kariah boleh menyumbang seberapa banyak yang mampu. Bagi ahli kariah yang ingin mennyumbang seluruh bayaran sehari atau ingin menyumbang lebih, maka teman-teman semua boleh berhubung dengan pejabat masjid. Insya Allah sehari dua lagi pihak masjid akan mengeluarkan borang yang berkaitan.

Kipas Ruangan Tengah Masjid

Assalamualaikum
Menyedari betapa panasnya jemaah yang datang untuk solat di ruangan tengah masjid, maka pihak ajk telah membuat keputusan untuk meluluskan pembinaan 24 buah kipas di ruangan tengah masjid.
Alhamdulillah hampir 90% pembinaannya telah dapat diselesaikan setakat ini, bakinya 10% lagi akan diselesaikan tidak berapa lama lagi Insya Allah.
Keseluruhan peruntukkan yang digunakan ialah sebanyak lebih kurang RM28,000. Kipas yang digunakan ialah kipas lima bilah yang cukup selesa bila para jemaah berada di bawahnya.
Kepada teman-teman dari kalangan ahli kariah masjid bukit indah atau sesiapa sahaja yang ingin menyertai sama dalam amal jariah ini, amatlah dialu-alukan. Tuan-tuan boleh menghulurkan derma melalui pejabat Masjid Bukit Indah ataupun melalui tabung khas yang akan disediakan nanti.
Semoga segala sumbangan yang diberikan akan memberikan kita pahala yang berterusan Insya Allah.

Sabtu, 19 Jun 2010

Hukum Letak Al Quran

Assalamalaikum.....baru-baru ini timbul sedikit persoalan dari kalangan jemaah Masjid Bukit Indah tentang cara letak al Quran di atas Reha di hadapan saf solat, ada yang mengatakan cara ini haram, al Quran mesti diletakkan atas dari pinggang......
Teman-teman sekelian
Gambar di sebelah adalah rak al Quran di Masjidil Haram, kedudukan rak paling bawah, jauh lebih rendah dari reha di Masjid Bukit Indah. Adakah cara ini haram ? sedangkan di Mekah penuh dengan alim Ulama'. Di Masjid Bukit Indahpun begitu juga, setiap malam ada saja ustaz-ustaz yang datang mengajar, jika sekiranya cara letak al QURAN atas reha itu salah, tentu ustaz2 tersebut tidak akan berdiam diri.
Mudah-mudahan, dengan gambar ini masalah ini akan dapat dirungkaikan....dari segi pandangan ulama, ramai yang membenarkan cara letak al Quran begini. Mengangkatknya lebih tinggi dari lantai telah memadai.
Wallahu a'lam.