Rabu, 13 Jun 2012

AJK BARU SESI 2012 - 2015

Assalamualaikum Kepada semua teman-teman ahli Qariah Masjid Bukit Indah, semoga saudara/i berada dalam sihat walafiat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) telah mengeluarkan senarai ajk baru MBI yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2012. Di bawah dinyatakan senarai ajk tersebut :

A) PEGAWAI MASJID
1. Nazir - Us Shukri Harun
2. Imam 1 - Us Burhanuddin Suhaimi
3. Imam 2 - Us Md Zaki Yaakob
4. Bilal 1 - Hj Baharudin Hamzah
5. Bilal 2 - Hj. Hussin Manap
6. Siak 1 - Hj Abidin Rashidi
7. SIak 2 - Hj Yusof Desa

B) JAWATANKUASA KARIAH
1. Timbalan Nazir - Dato' Mohamed Nazir Meraslam
2. Setiausaha - Mohamad Nazri Rahman
3. Pen. Setiausaha - Rosman Ismail
4. Bendahari - Izzudin Idris
5. Ir. Hj Ghazali Omar
6. Us Shamsul Hakim Abd Samad
7. Hj Radzuan Ahmad
8. Us Ibrahim Nik Yahya
9. Muhammad Anas Hj Malek
10.Mohd Noh Nasira
11.Hj Ab Ghani Sulaiman
12.Ismail Ibrahim
13.Wakil Pemuda - Moh Muizz bin Bokari
14.Wakil Muslimat - Puan Nor Akidah Awang Ahmad
15.Pemeriksa Kira-kira 1 - Abd Halim Hilmi Shuib
16.Pemeriksa Kira-kira 2 - Hj Wan Md Suhaimi Wan Sulaiman

 

Pada tahun ini pihak PAID Gombak telah memperkenalkan kaedah baru dalam menentukan perlantikan imam-imam, iaitu dengan cara mengadakan ujian bertulis dan lisan bagi memilih imam yang sesuai. Oleh kerana semasa mesyuarat Khas baru-baru ini tiga imam telah dicadangkan kepada PAID. Maka selepas itu PAID mengadakan ujian lisan dan bertulis terhadap ketiga-tiga imam, maka keputusan yang diberikan sebagaimana di atas. Kedua-dua imam yang dilantik akan menerima elaun khas dari PAID (JAKIM).
Pihak AJK telah bermesyuarat dan membuat keputusan, MBI akan hanya menggunakan khidmat 2 orang imam sahaja, jika ada masalah dan keperluan maka imam ke 3 mungkin akan dilantik. Kepada Imam yang terkeluar namanya, pihak MBI dengan keputusan sebulat suara ajk, akan menawarkan jawatan Jurunikah MBI yang akan dikosongkan oleh Imam Arif bermula Oktober 2012. Mudah-mudahan imam yang terkeluar namanya masih tetap berkhidmat dengan MBI biarpun tanpa jawatan imam. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada masjid kita insya Allah, dan mudah-mudahan Allah menyatukan hati-hati kita semua dalam meneruskan kerja-kerja da'wah ini. Sekian terima kasih. Nazir.

1 ulasan:

  1. AsSalamualaikum wbt.,

    Saya secara peribadi amat bersyukur pemilihan kali ini berjalan dengan lancar. Tahniah...
    Alhamdulillah..

    Marilah kita sama-sama ingat-mengingati dan berpesan-pesan tentang tujuan asal kita untuk mengimarahkan masjid secara khususnya dan dakwah secara amnya.

    Ianya satu kewajiban untuk semua yang mengaku sebagai umat Muhammad SAW.

    Yang baik/sempurna dari Allah Azzawajalla, yang kurang dari diri ana sendiri.

    WAllahualam.

    Zaini Baharin

    BalasPadam