Ahad, 24 Oktober 2010

KULIAH UNTUK MINGGU TERAKHIR OKTOBER 2010


24 Okt 2010 (K Maghrib)
Us Mohd Jaffaruddin Md Ali.
25 Okt 2010 (K Maghrib)
Us Shamsul Hakim (Fekah)
26 Okt 2010
Us Nizamuddin (Riyadhussolhin)
27 Okt 2010
Us Abdullah Man
28 Okt 2010 - Yasin & Tahlil
29 Okt 2010 (K Maghrib)
Us Nazeri Mustafa Imam 1 Masjid Taman Kosas
30 Okt 2010 (K Subuh)
Us Khalil Abdul Hadi Awang
K Maghrib
Us Halizal Alias
31 Okt 2010
Qiyamullai & K Subuh
Us Badul Amin.
K Maghrib
Us Saufiyuddin

Ahad, 10 Oktober 2010

QIYAMULLAI BERSAMA US BADRUL AMIN

Assalamualaikum......
Insya' ALLAH pada hari Ahad 31 Okt 2010 bermula pukul 4.00 pagi, satu program Qiyamullail dan Kuliah Subuh akan diadakan di Masjid Bukit Indah....Semoga Allah menerima segala ibadat yang kita lakukan. Dijemput semua datang.

Hukum Azan dan qamat.

Assalamualaikum
Kepada teman-teman dan rakan-rakan ahli qariah, dah beberapa kali isu azan ini dikemukakan. Dengan segala penghormatan kepada saudara/i yang mencadangkan agar azan isya' terus dikumandangkan meskipun ada pengajian.
Sebenarnya memang kita pihak masjid akan tetap azan isya', tetapi jikalau pihak ustaz yang mengajar ketika itu, tidak memberi laluan, kerana sedang asyik mengemukakan hujjah-hujjahnya, maka untuk teruskan azan adalah agar sukar. Bilal yang bertugas perlu memaklumkan tentang masuk waktu....itulah yang agak sukar.
Oleh itu berdasarkan beberapa pandangan ulama, sebagaimana di bawah, maka saya simpulkan bahawa azan hukumnya sunat bukan wajib. Sunat pula, sunat kifa'i....maksudnya, jika ada surau atau masjid lain yang telah azan sebagai memberitahu telah masuk waktu solat, maka telah dikira memadai.
Jadi, oleh kerana di sekeliling masjid amat banyak surau-surau dan masjid-masjid yang telah mengumandangkan azan..maka telah memenuhi tuntutan sunat kifa'i.
Al Marhum Dato' Haji Baharum juga pernah ditanya tentang azan isya' ini ketika beliau sedang mengajar di Masjid al I'tisam, Batu 3....beliau menjelaskan bahawa azan itu sunat kifa'i manakala kuliah/majlis ilmu adalah wajib, maka tidak mungkin yang sunat boleh didahului.
"Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.
Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya".

Walau bagaimanapun, pihak ajk akan terus melaksanakan azan solat isya' ini jika keadaan mengizinkan, sebagaimana dinyatakan di atas. Semoga perkara ini dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara yang baik Insya ALLAH.

PROGRAM MERAIKAN JEMAAH HAJI 2010


Insya ALLAH pada hari ini 10 Oktober 2010 pukul 10.00 pagi, satu majlis meraikan para jemaah haji dari kalangan ahli Qariah Masjid Bukit Indah akan diadakan di dewan Masjid Bukit Indah. Semua ahli Qariah yang berkelapangan masa dijemput sama untuk memeriahkan majlis ini.