Khamis, 13 Disember 2012

KULIAH RENGKAS : TAFSIR AL QURAN

Assalamualaikum, pagi ini 12 Dis Tazkirah Rengkas Tafsir Al Quran diteruskan dengan menyambung ayat 27 Surah Al Baqarah :




Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

Ayat ini menjelaskan tentang 3 perbuatan buruk yang perlu dijauhi oleh setiap mukmin iaitu :
(a) Mencabuli serta melanggar perjanjian yang dimeteraikan. Perjanjian itu mestilah perjanjian yang tidak berunsurkan maksiat dan mungkar, kerana perjanjian yang berunsurkan maksiat dan munkar tiada hak untuk dipatuhi.
(b) Hubungkanlah tali kekeluargaan yang terputus, tali persahabat yang terputus, serta lakukan kebaikan kepada kaum kerabat dan sahabat handai.
(c) Jangan melakukan kerosakan di muka bumi dengan melakukan kemungkaran dan kemaksiatan serta melakukan semua perkara yang mengganggu keselamatan bumi.
Kesemua perkara ini adalah sifat2 buruk yang perlu dijauhi oleh setiap mukmin.
Sekadar perkongsian bersama.