Selasa, 19 Jun 2012

2 HARI BERSAMA PROGRAM HEBAT PTS

Assalamualaikum
Kepada semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, satu program hebat 2 hari bersama dengan penerbit buku terkenal iaitu PTS akan dibuat di Masjid Bukit Indah, anturcaranya sebagaimana berikut :

SABTU - 30 JUN 2012
8.30 pagi - 12.30 tengahari : Bengkel "Fahami Bacaan Dalam Solat" - Pembentang : Dr Ibrahim Hahim (Pengarah Pusat Islam UPSI)
2.00 petang - 4.00 petang : Forum "Sihir & Cinta" -
Ahli Forum ialah :
(1) Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Astro Oasis) 
(2) Siti Fatimah Md Shrif (Finalis Ustazah pilihan)
5.00 ptg - 6.00 ptg : Demo Memasak "Senangnya Memaak, Gerenti Jadi" - Oleh Chef Hanieliza (Penulis Buku Resepi Bestseller)
9.00 mlm - 10.30 mlm : Forum "Marhaban Ya Ramadhan"
Ahli Panel :
(1) Ustaz Shahrizan Daud (Mursyid Imam Muda)
(2) Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus (Mursyid Imam Muda)

AHAD - 1 JULAI 2012
9.00 pg - 10. pg : FBI : Fasih Bahasa Inggeris - Tip untk pelajar
9.00 pg - 11.00 pg : Bengkel Fotografi "DSLR itu Mudah" oleh Fadly Halim (Bert Falynacreative), Fotografer Profesinal
10.00 pg - 12.00 tengahari :  Bengkel Melukis Komik
2.00 ptg - 4 ptg : Seminar Memborong di China & VIetnam oleh Muhammad Nizar (Usahawan Borong) & Nur Hafizah Shaarani (Usahawan Borong)
5.00 ptg - 6.00 ptg : Bahagiakan hidup anda tanpa stress oleh Iskandar Syah Ismail (Dr Bubbies)
5.00 ptg - 6.00 ptg : pertandingan merwarna oleh PTS.

Dijemput semua ahli Qariah MBI memeriahkan majlis dengan menyertai sama bersama keluarga, mudah mudahan Allah berkati majlis ini insya Allah.

Sekian terima kasih.

Rabu, 13 Jun 2012

AJK BARU SESI 2012 - 2015

Assalamualaikum Kepada semua teman-teman ahli Qariah Masjid Bukit Indah, semoga saudara/i berada dalam sihat walafiat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) telah mengeluarkan senarai ajk baru MBI yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2012. Di bawah dinyatakan senarai ajk tersebut :

A) PEGAWAI MASJID
1. Nazir - Us Shukri Harun
2. Imam 1 - Us Burhanuddin Suhaimi
3. Imam 2 - Us Md Zaki Yaakob
4. Bilal 1 - Hj Baharudin Hamzah
5. Bilal 2 - Hj. Hussin Manap
6. Siak 1 - Hj Abidin Rashidi
7. SIak 2 - Hj Yusof Desa

B) JAWATANKUASA KARIAH
1. Timbalan Nazir - Dato' Mohamed Nazir Meraslam
2. Setiausaha - Mohamad Nazri Rahman
3. Pen. Setiausaha - Rosman Ismail
4. Bendahari - Izzudin Idris
5. Ir. Hj Ghazali Omar
6. Us Shamsul Hakim Abd Samad
7. Hj Radzuan Ahmad
8. Us Ibrahim Nik Yahya
9. Muhammad Anas Hj Malek
10.Mohd Noh Nasira
11.Hj Ab Ghani Sulaiman
12.Ismail Ibrahim
13.Wakil Pemuda - Moh Muizz bin Bokari
14.Wakil Muslimat - Puan Nor Akidah Awang Ahmad
15.Pemeriksa Kira-kira 1 - Abd Halim Hilmi Shuib
16.Pemeriksa Kira-kira 2 - Hj Wan Md Suhaimi Wan Sulaiman

 

Pada tahun ini pihak PAID Gombak telah memperkenalkan kaedah baru dalam menentukan perlantikan imam-imam, iaitu dengan cara mengadakan ujian bertulis dan lisan bagi memilih imam yang sesuai. Oleh kerana semasa mesyuarat Khas baru-baru ini tiga imam telah dicadangkan kepada PAID. Maka selepas itu PAID mengadakan ujian lisan dan bertulis terhadap ketiga-tiga imam, maka keputusan yang diberikan sebagaimana di atas. Kedua-dua imam yang dilantik akan menerima elaun khas dari PAID (JAKIM).
Pihak AJK telah bermesyuarat dan membuat keputusan, MBI akan hanya menggunakan khidmat 2 orang imam sahaja, jika ada masalah dan keperluan maka imam ke 3 mungkin akan dilantik. Kepada Imam yang terkeluar namanya, pihak MBI dengan keputusan sebulat suara ajk, akan menawarkan jawatan Jurunikah MBI yang akan dikosongkan oleh Imam Arif bermula Oktober 2012. Mudah-mudahan imam yang terkeluar namanya masih tetap berkhidmat dengan MBI biarpun tanpa jawatan imam. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada masjid kita insya Allah, dan mudah-mudahan Allah menyatukan hati-hati kita semua dalam meneruskan kerja-kerja da'wah ini. Sekian terima kasih. Nazir.

Khamis, 7 Jun 2012

PROGRAM SIRI KEMBARA MASJID (Motivasi / Tayangan Filem / LDK)

Assalamualaikum Pada 10.6.2012 antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Masjid Bukit Indah, Ampang akan menjadi tuan rumah kepada Program Siri Kembara Masjid yang akan menampilkan salah seorang Imam Muda Ashraf, Najdi, Hizbur atau Adib. Program ini adalah merupakan program motivasi, tayangan filem dan LDK. Yuran penyertaan ialah RM45.00. Bagi 100 peserta pertama yang mendaftar, Masjid Bukit Indah akan subsidised sebanyak RM20.00 untuk setiap peserta. Oleh itu cepatlah mendaftar dengan sms ke nombor 012-32161215 atau 012-2951377. Penyertaan dari umur 9-15 tahun.

AJK BARU MASJID BUKIT INDAH

MBI Assalamualaikum Kepada semua teman, ahli Qariah Masjid Bukit Indah, pada 1 Jun 2012 bermulalah tugas ajk baru MBI. Terdapat sedikit perubahan yang tidak dapat dielakkan. Seperti kedudukan Imam-imam, kedudukan Siak dan ajk lain. Sebagaimana kita semua tahun bahawa imam yang dilantik dalam pemilihan ajak Masjid baru-baru ini ialah 3 orang, namun hanya 2 orang sahaja yang akan dipilih setelah menduduki peperiksaan lisan dan bertulis di JAIS. Malam ini 7/6/2012 akan diadakan mesyuarat pertama ajk baru tersebut, insya Allah semua ajk yang kekal serta ajk yang baru akan cuba buat sedaya mungkin bagi memakmurkan masjid kita Insya ALLAH. al Mukhlis : Nazir