Ahad, 5 Februari 2012

KARNIVAL MAULIDURRASUL 1433

Alhamdulillah pada hari ini Masjid Bukit Indah mengadakan Karnival Maulidurrasul bagi tahun 1433 Hijrah. Banyak program yang sensasi yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekarang sedang berlangsung pertandingan azan peringat rendah dan menengah.
Sebelum itu, sejak pagi lagi kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna dan melukis, jumlah mereka melebihi 250 orang. Pihak ajk masjid menjangkakan hanya sekitar 100 lebih yang akan datang, kerana fikirkan mungkin ramai yang ambil kesempatan balik kampung, tetapi sebenarnya tidak. Lebih dari 200 yang datang.
Sebentar lagi, dalam pukul 10.30 akan persembahan nasyid akan berlangsung, kumpulan nasyid yang kita jemput ialah DIVOTESS.
Kemuncak kepada sambutan Maulidurrasul ini ialah progrm ilmu iaitu forum yang akan mengetengahkan panelis seperti Us Solahuddin Nasid dan Us Solihin Muhyi, forum dipengerusikan oleh Nazir Masjid Us Shukri Harun.