Selasa, 16 Ogos 2011

NUZUL QURAN BERSAMA IMAM MUDA HAZRAN DALAM QIYAMULLAIL 17 RAMADHAN, MALAM INI

Salam kepada semua teman-teman ahli Qariah Masjid Bukit Indah, Insya Allah MBI akan menghidupkan malam-malam 10 terakhir Ramadhan dengan Qiyamullail. Perancangan AJK, ialah menjemput beberapa peserta program Imam Muda yang amat terkenal sekarang ini.
Untuk permulaan kita akan panas-panaskan program ini dengan kedatangn Nuzul Quran, maka pihak Ajk Masjid telah merancang satu Program Qiyamullail yang akan diadakah pada pagi 17 Ogos, 2011 bermula pukul 3.30 pagi. Jemputan kita untuk Qiyam ini ialah Imam Muda Hazran dari Negeri Sembilan. Insya Allah Qiyamullail ini akan hidup dengan zikir munajat dan alunan ayat-ayat Quran yang boleh merintihkan jiwa bila mendengarnya. Mudah-mudahan ramai ahli Qariah dan juga penduduk sekitar akan datang beramai-ramai untuk Qiyam ini. Insya Allah sahur akan disediakan.

Selasa, 9 Ogos 2011

Bersama Imam Muda Izhar Arif Malam Ke 27 Ramadhan

Salam, buat makluman semua ahli Qariah Masjid Bukit Indah, kita telah berjaya mendapatkan Imam Muda Izhar Arif untuk Qiyamullail malam 27 Ramadhan, yang mana ramai ulama menyebut itulah malam Qodar. Insya Allah majlis itu akan ceria dan dikunjungi oleh ramai ahli Qariah kita insya Allah.

Khamis, 4 Ogos 2011

Buang kejahilanmu...hadirkan pengetahuanmu

Salam buat teman-teman yang sekarang sedang mengerjakan ibadah solat terawih di masjid Bukit Indah....
Pihak ajk bercita-cita untuk menjadikan ilmu sebagai tema penting kehidupan seseorang muslim. Mereka boleh bergerak dan beraktiviti dengan di kawal selia oleh ilmu, kerana ilmu itu perlu sekali menerajui kehidupan muslim.... bukan sekadar mendengar majlis ilmu secara adat dan isi masa lapang sahaja, lagi parah kerana terpaksa mendengar kerana sebab-sebab sesuatu...
Wahai teman...
Malam kedua Ramadhan di masjid kita, ketika penceramah sedang mengambil tempat di kerusi dan meja ceramah, sebahagian besar dari jemaah yang baru selesai mengerjakan witir bergegas keluar dari masjid, untuk memasukkan diri dalam senarai orang yang tidak bersedia menerima ilmu... malang sungguh kepada sesiapa yang keluar kerana tidak mahu mendengar....kerana Rasulullah pernah menyifatkan, sesiapa yang berada dalam majlis ilmu, sesungguhnya dia berada dalam fisabilillah.... yang tinggal yang sekitar 20% sahaja dari seramai-ramai jemaah yang hadir memenuhi masjid luar dan dalam.....
Wahai teman...
kadang-kadang terfikir juga, kenapakah ahli qariah kita tidak bersedia menghadirkan diri dalam majlis ilmu ini..... sedangkan, kalau diperhatikan keadaan para ahli qariah, memang ada yang amat memerlukan bimbingan ilmu... kerana kejahilan jelas kelihatan pada gerak geriknya.... ada yang sempat solat sunat selepas asar... sedangkan tiada solat sunat dlm waktu tahrim... ini adalah gambaran betapa ramai yang masih belum banyak pengetahuan agama.... tetapi masalahnya mengapa para ahli qariah kita tidak mempertingkatkan diri mereka untuk lebih mengambil tahu tentang ilmu dan belajar untuk mempertingkatkan diri dari jahil kepada alim????
Wahati teman...
mengapakah kita selalu lupa bahawa yang sunat itu tidak pernah menang jika dibandingkan dengan wajib.... menuntut ilmu itu wajib sedangkan solat terawih itu sunat, tidak pernah diwajibkan dan selama-lamanya kekal dengan sunat..... ini adalah gara-gara tidak tahu... kerana tidak berilmu... alangkah baiknya kalau kita berilmu.
Wahai teman
Diharapkan agar teman-teman semua sudi untuk menunggu sekita buat mengisi kelompangan jiwa denggan ilmu.....

Berbuka dengan Bob Lokman

Assalamualaikum, MBI terus berikan suntikan ilmu kepada semua jemaahnya... Insya Allah pada Sabtu 6 Ogos 2011 ini, Saudara Bob Lokman akan berbuka bersama dengan ahli Qariah Masjid Bukit Indah. Akan dimulakan dengan tazkirah sekitar pukul 6.00 petang Insya Allah. Dijemput semua muslimin muslimat terutama ahli Qariah Masjid Bukit Indah untuk datang mendengar tazkirah berbukanya dengan tajuk "Kembali ke jalan Allah, hatiku pasrah".

Selasa, 2 Ogos 2011

TAZKIRAH SELEPAS SOLAT SUBUH

Salam....
Bermula hari ini 2 Ogos (2 Ramadhan), telah bermula Tazkirah Rengkas selepas solat subuh, yang telah dimulai oleh Imam 1 Ustaz Arif. Semoga tazkirah rengkas ini dapat memberikan manafaat kepada para jemaah Insya Allah.