Khamis, 28 Julai 2011

4 OGOS TAZKIRAH TERAWIH BERSAMA DENGAN US BADRUL AMIN


Salam....
Insya Allah Dr Badrul Amin akan menyampaikan Tazkirahnya pada 4 Ogos, masa tazkirah ialah selepas 8 rakaat terawih, semoga kita mendapat keberkatan dari majlis ilmu yang diadakan Insya Allah.

19 OGOS 2011 TAZKIRAH IFTHOR JAMA'E BERSAMA DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Salam
Insya Allah pada 19 ogos, 2011, MBI akan dikunjungi oleh Pendakwah terkenal iaitu DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN, yang akan menyampai tazkirahnya sambil berbuka bersama dengan ahli Qariah Bukit Indah.
Majlis bermula dari 5.30 petang, muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis 2 dalam 1 ini.

JADUAL KULIAH MASJID BUKIT INDAH BULAN RAMADHAN 2011/1432

1/8 (1 Ramadhan) - Ustaz Rashdan Yunus (Nazir Masjid al Aman, Lembah Jaya) - Membentuk Muslim Yang Taat Menerusi Ibadah Puasa.
2/8 (2 Ramadhan) - Ustaz Husni Harun - Bagaimana Menjadi Muslim Yang Bertanggungjawab Dengan Islam.
3/8 (3 Ramadhan) - Ustaz Hasrizal bin Jamil (Saifulislam Consultant) - Cinta Kepada Allah Dalam Semua Kegiatan
4/8 (4 Ramadhan) - Ustaz Badrul Amin - Kekuatan Qiyamullail Kepada Muslim
5/8 (5 Ramadhan) - Khutbah Jumaah - Us Hamzah Ngah (Terengganu), Tazkirah - Us Ridhzuan Md Nor - Bulan Puasa Bulan Jihad (Peperangan2 Dlm Bulan Ramadhan)
6/8 (6 Ramadhan) - Subuh - Us Idris Ahmad, Tazkirah - Us Khairul Anuar (Pengajaran Dari Kematian)
7/8 (7 Ramadhan) - Subuh - Us Hadi Talhah, Tazkirah - Us Azariza (Kelantan) - Menyelurusuri Kegiatan Alim Ulama Dalam Bulan Ramadhan.
8/8 (8 Ramadhan) - Us Shamsul Hakim (Garis antara Iman dan Kufur)
9/8 (9 Ramadhan) - Us Asmadi (zakaria) Abd Rahman (Menyediakan diri sebagai seorang pejuang Islam)
10/8 (10 Ramadhan) - Dr Zawawi Ismail (Pendidikan Yang Berkesan Dari Peristiwa Peperangan Badar)
11/8 (11 Ramadhan)- Us Zulkifli Suhaimi (Kaedah-kaedah Pendekatan Islam Terhadap Orang Bukan Islam)
12/8 (12 Ramadhan - Jumaat)- Us Sidiq Nor (Menjadi Mukmin Yang Sanggup Berkorban Demi Kerana Agamanya)
13/8 (13 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Jafaruddin, Tazkirah - Us Mohd Nazrul (Memori Peperangan Khanndak, dalam konteks pengorbanan Terhadap Allah)
14/8 (14 Ramadhan - Ahad) - Subuh Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat, Tazkirah - Us Sharhan Humaizi (Persaudaraan islam Membentuk Kekuatan Ummah)
Program Tadarrus Remaja Muslimat, anjuran Lajnah Muslimat MBI dengan kerjasama Nisa' Ampang, program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari.
15/8 (15 Ramadhan - Isnin) - Us Khairuddin Mokhtar (Hikmah Diturunkan al Quran secara beransur-ansur)
16/8 (16 Ramadhan - Selasa) - Us Hanafiah Nawawi (Yang Halal Bukan Makanan Sahaja....)
17/8 (17 Ramadhan - Rabu Cuti Nuzul Quran) - Subuh Us Ibrahim Zakaria, Tazkirah - Us Sobri Mat (al Quran Bukan sekadar bacaan....)
Forum Sempena Nuzul Quran selepas Solat Zohor.
18/8 (18 Ramadhan - Khamis) - (Rahsia Kejayaan Solahuddin al Ayyubi Dalam Peperangan dengan Tentera Solib)
19/8 (19 Ramadhan - Jumaat) - Us Ismail Abbas (Bagaimana Jihad Boleh Menjana Mukmin Supaya Rajin Bertaqarrub dengan Allah)
Tazkiran & Berbuka Puasa Bersama Dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam.
20/8 (20 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Arif Mahari, Tazkirah - Us Shahril Azman(Ketokohan Sultan Mohd Al fateh Dalam Peperangan)
21/8 (21 Ramadhan - Ahad)- Subuh - Us Rahimi Md Saat, Tazkirah - Us Fauzi Husin (Kenapa Bala' Allah itu datang)
22/8 (22 Ramadhan - Isnin) Us Shamsul Hakim (Penyakita Muslim masa Kini)
23/8 (23 Ramadhan - Selasa) Majlis Khatam al Quran.
24/8 (24 Ramadhan - Rabu) Us Abdullah Man (Tanda-tanda Kedatangan Dajjal)
25/8 (25 Ramadhan - Khamis) Us Solehin Muhyi (Sifat-sifat Imam Mahdi Yang ditunggu)
26/8 (26 Ramadhan - Jumaat) Us Zamerey Razak (Keberkesanan Sistem Muamalat Islam di Malaysia dewasa ini)
27/8 (27 Ramadhan - Sabtu) Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman, Tazkirah Us Mazlan Awang (Kaedah Beraya Dalam Islam)
28/8 (28 Ramadhan - Ahad) Subuh Us Shauqi Othman, Tazkirah (Aidil Fitri Sebagai Suatu Kemenangan)

RAMADHAN 2011/1432H

Salam...
Sebagaimana biasa setiap tahun apabila datang bulan Ramadhan, maka kemeriahannya terserlah...dengan ramainya ahli qariah menyertai sama dalam program-program masjid. Tahun ini, agak unik sedikit, kerana kita telah mulakan Bulan Ramadhan ini dengan satu program yang besar, iaitu kuliah USTAZ AZHAR IDRUS pada 23/7 baru-baru ini. Kutipan derma Ramadhan yang diperolehi lebih kurang RM13,000.00 campur dengan kutipan sewa tapak perniagaan.
Pada Ramadhan tahun lepas, pihak masjid telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM113,000.00 untuk kesemua bentuk program dan infaq Ramadhan.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam bulan mulia ini sebagaimana berikut :
(1) 7.00 mlm - 7.30 mlm : Berbuka puasa setiap hari di Masjid.
(2) 7.40 mlm : Solat Maghrib
(3) 8.30 mlm : Solat Isya'
(4) 8.45 mlm : Tahlil
(5) 9.00 mlm : Solat Terawih 8 Rakaat.
(6) 9.40 mlm : Tazkirah
(7) 10.15 mlm : Solat Witir 3 Rakaat.
(8) 10.30 mlm : Moreh
(9) 10.45 mlm : Tadarrus al Quran
INFFAQ IFTHOR HARIAN
Akan dilaksanakan setiap hari, dijemput kepada semua ahli Qariah melabur untuk Akhirat dengan RM700 sehari bagi satu saham, boleh bayar kurang dari jumlah itu, masjid akan mencari ahli Qariah lain untuk mencukup RM700.00.
INFAQ MOREY
Setiap malam juga, program Solat Terawih akan ditutup dengan sedikit jamuan kueh mueh, atau lebih kepada makanan ringan, pihak Masjid membuka pelaburan Akhirat sebanyak RM500.00 sahaja untuk satu saham.
INFAQ SAHUR
Selain dari itu, masjid juga membuka pelaburan Akhirat sebanyak RM500.00 satu saham sahaja untuk sahur bermula dari malam ke 21 hingga ke malam 29 Ramadhan.
Pihak Ahli Qariah juga boleh menderma kepada masjid dalam semua bahagian, samada dalam bahagian prasarana, pa system, dan lain-lain.