Jumaat, 17 Disember 2010

Kuliah-kuliah Bulan Disember 2010

17/12/2010, Jumaat (11 Muharram) - Kuliah Maghrib Us Ismail Abbas (Pendakwah Bebas), Tafsir.
18/12/2010, Sabtu (12 Muharram) - Kuliah Subuh Us. Zamiri Abd Rasak (Asia Finance), Muamalat.
Kuliah Maghrib Us Shahril Azman al Hafiz, Tafsir Surah al Fatihah
19/12/2010, Ahad (13 Muharram) - Kuliah Subuh Us Rahimi Saat (Universiti Malaya).
Kuliah Maghrib Jemaah Tabligh.
20/12/2010, Isnin (14 Muharram) - Us Fadhli Ismail, Tafsir Juzuk ke 30
21/12/2010, Selasa (15 Muharram)- Us Hanafiah Nawawi (Bank Rakyat), Hadis.
22/12, Rabu (16 Muharram) - Us Abdullah Man
23/12, Khamis (17 Muharram) - Tahlil & Yasin.
24/12, Jumaat (18 Muharram) - Dr Rahmat UIA.
25/12, Sabtu (19 Muharram) - Kuliah Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman (Pegawai Zakat), Maghrib Kosong.
26/12, Ahad (20 Muharram) - Kosong
27/12, Isnin (21 Muharram) - Us Shamsul Hakim USIM, Fekah.
28/12, Selasa (22 Muharram) - Us Nizamuddin USIM, Hadis.
29/12, Rabu (23 Muharram) - Dr Badul Amin - Penceramah Jemputan.
30/12, Khamis (24 Muharram) - Yasin & Tahlil
31/12, Jumaat (25 Muharram) - Us Tarmizi Abd Rahman.

Khamis, 9 Disember 2010

PUASA 10 MUHARRAM

Saudara sekelian.....tidak berapa lama lagi kita akan melalui 10 Muharram, oleh itu satu ibadah yang sinonim dengannya ialah puasa. Nabi pernah bersabda:
يوم عاشوراء إن شاء صام
Yang bermaksud: " Pada Hari A'syura sekiranya kamu hendak berpuasa, berpuasalah".
Dan hadis daripada ummu al-mukminin Aisyah RA telah berkata:
كان يوم عاشوراء تصومه قريش في الجاهلية, وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه في الجاهلية , فلما قدم المدينة صامه وأمر بصيامه , فلما فرض رمضان ترك يوم عاشوراء , فمن شاء صامه ومن شاء تركه
Yang bermaksud:
"Masyarakat jahiliah pada ketika dahulu telah berpuasa pada hari a'syura, dan begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW juga pernah berpuasa pada hari tersebut, ketika mana nabi Muhammad SAW tiba di Madinah nabi Muhammad SAW juga telah berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan agar para sahabat juga berpuasa, dan apabila diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi Muhammad telah meninggalkan puasa pada hari a'syura, maka sesiapa yang hendak berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang ingin meninggalkannya maka tinggalkanlah."
Ramai juga Ulama yang bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara yang berlaku pada 10 Muharram ini, antaranya ialah, tentang pengampunan Allah terhadap kesilapan Nabi Adam dan Hawa memakan buah larangan. Kapal Nabi Nuh alahissalam berlabuh di Bukit Judi, Nabi Yunus dimuntahkan oleh Ikan Nun di tepi pantai, diciptakan dunia pada hari 10 asyura'.
Semoga insan yang sedar jiwanya, melihat semuanya ini sebagai suatu suntikan perjuangan dan motivasi diri ke arah lebih baik dan cemerlang.
SELAMAT BERPUASA.

Ucapan Tahniah

Alhamdulillah, pada hari Ahad 5/12 yang lalu Masjid Bukit Indah telah berjaya melaksanakan PROGRAM KHATAN PERDANA kali pertama dalam sejarah pembinaannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, sebagaimana dirancang.
Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli Jawatankuasai MBI, Badan Amal Kami Prihatian (BKP), Pusat Perubatan Ibnu Sina dan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Lembah Jaya, yang telah bertungkus lumus menjayakan program besar ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kerja-kerja saudara-saudara sekelian.
Semoga Allah merahmati serta memberikan keredhaan-Nya kepada sesiapa sahaja yang bersedia membantu dan menolong agama Allah ini.
TAHNIAH DIUCAPKAN.