Sabtu, 28 November 2009

SOLAT HARI RAYA & KURBAN

Alhamdulillah, program Solat Sunat Hari Raya yang dilaksanakan di MBI telah berjaya mengumpul ramai jemaah yang terdiri dari ahli kariah Bukit Indah. Imam bertugas pada pagi itu yang juga khotib ialah Imam Zaki bin Yaakub (Imam 2).
Alhamdulillah juga di atas derma yang diberikan oleh ahli jemaah MBI sehinggakan kita berjaya mengumpulkan lebi dari 7 ribu. Terima kasih kepada semua. Saya juga ucapkan jazakumullah kepada semua ajk yang bertungkus lumus dalam melaksanakan program solat hari raya.

KURBAN AIDIL ADHA
Alhamdulillah, program sembelih lembu kurban yang berjumlah 16 ekor, ditambah lagi dengan seekor hadiah dari JAIS telah berjaya diselesaikan, mula dari 11.30 pagi, daging telah mula diagih-agihkan kepada ahli jemaah. Jazakallah kepada semua yang membantu menyembelih dan melapah serta membahagikan daging-daging qorban, juga kepada ajk masjid.
Terima kasih untuk semua ; Us Shukri Harun.

PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH BERJAYA...

Alhamdulillah.....puasa sunat yang MBI anjurkan pada 26/11/09 bersamaan 9 Zulhijjah, amat berjaya dilaksanakan. Keadaan ini berdasarkan kepada kehadiran ahli kariah ketika Majlis Berbuka Puasa petang tersebut.
Jazakumullah di atas segala kerjasama yang diberikan oleh semua ajk dan ahli kariah Masjid Bukit Indah. Insya Allah akan di adakan lagi majlis seperti ini di masa-masa akan datang.
Terima kasih : Dari Us Shukri Harun.

Rabu, 25 November 2009

Puasa Sunat Perdana 9 Zulhijjah

Assalamualaikum, kepada semua ahli kariah Masjid Bukit Indah
Insya' Allah esok bersamaan hari khamis 26hb November 2009 adalah merupakan hari di mana semua jemaah Haji akan melaksanakan rukun Haji yang paling penting iaitu Wukuf di padang Arafah. Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya :
"Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah"
(Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Para jemaah haji akan melakukan ibadah sampingan seperti solat sunat, berzikir ketika berada di padang Arafah. Tetapi apakah pula yang perlu dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkesempatan ke Mekah mengerjakan haji ini? Maka, jawapannya ialah berpuasa sunat pada 9 zulhijjah, sebagaimana hadis Rasulullah :
Daripada Hunaidah bin Khalid RA, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri-isteri Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berkata: ‘Rasulullah Sollallahu ’Alaihi Wa Sallam berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah, pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi : Berpuasa pada hari-hari sepuluh Zulhijjah adalah sunat yang sangat digalakkan
Oleh itu teman-teman sekelian, marilah sama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah ini, agar ia menjadi suatu amalan yang menjadi budaya kepada ahli kariah Masjid Bukit Indah Insya Allah.....
SELAMAT BERPUASA SUNAT....JAMUAN BUKA PUASA DISEDIAKAN.
Saudaramu Dalam Islam : Us Shukri Harun.

Selasa, 24 November 2009

Penantian Kuliah Subuh

Assalamualaikum
Kepada semua ahli kariah yang menantikan kuliah subuh Us Shauki Osman dari UPM ahad baru-baru ni, saya mohon maaf, kerana Us Shauki tidak dapat datang kerana demam dan selsema. Insya Allah beliau akan datang pada ahad ke empat pada bulan Disember depan. Kesulitan amat dikesali.